Tuesday, March 17, 2015

Travelog Umrah 2014 - Last Day (Makkah - Jeddah - KL)


Entry sebelum - Travelog Umrah 2014 - Day 10


27/2/2014 (KHAMIS)
LAST DAY - AIRPORT JEDDAH - KL

Setibanya bas kami di airport Jeddah, suasana sangat sejuk. Kami terus berkumpul dan diberi dinner pack setiap seorang. Dek kerana lapar, kami pun duduk di kerusi2 yang tersedia di airport dan menjamu selera. Sedap pulak tu.. Kemudian kami berehat sebentar dan kemudian bersiap masuk ke balai berlepas, melalui imigresen dan kemudian tiba di balai pelepasan. Flight kami dijangka delayed 2 jam (aduss delay lagi) so kami yang x solat Isyak lagi terus solat di surau yang disediakan di airport. Kami terus tidur di kerusi duduk apabila terjaga waktu Subuh dah pun masuk. Kami pun Solat Subuh dan sempat membeli sedikit buah tangan (menghabiskan sisa duit riyal yang tinggal) di kedai2 jualan dalam airport.

Lebih kurang pukul 9.30 pagi kami pun diminta untuk masuk ke perut kapal. Kat airport ni xde pengumuman2 macam kt KLIA, diam senyapp seribu bahasa.. pelik jugak kitorang, tau2 je dah kene masuk dlm kapal.. hihi.

Selamat tinggal bumi anbiya.. sesungguhnya aku sangat gembira bercampur sedih untuk kembali semula ke tanah air. Aku dan suami sangat bersyukur kerana segalanya berjalan lancar dan kami dipermudahkan dalam segala urusan ibadah kami sepanjang umrah ini. Terima kasih atas doa2 dari keluarga dan juga rakan2. 

Teringat pelbagai dugaan yang diterima oleh rakan2 segrup kami, ada yang ayahnya hilang sampai ke sudah tak jumpa ketika umrah, ada yang kehilangan sejumlah wang yang banyak, ada yang diberi dugaan kesihatan yang agak teruk dan tidak mampu melaksanakan ibadah umrah, ada yang tidak boleh melakukan umrah kerana didatangi keuzuran (kaum wanita), ada jugak yang kehilangan barang2 kesayangan seperti kasut, selipar dsb. Kami seharusnya bersyukur kerana diberi dugaan2 yang ringan sepanjang berada di sana.. Syukur x henti2 ku panjatkan ke hadrat Mu ya Allah.

Umrah ke Madinah dulu bagiku ada baiknya dan aku lebih suka ke Madinah dulu sebab, kita akan rasa lebih yakin setelah melakukan ibadah2 di masjid Nabawi, sempat berdoa, solat hajat, solat sunat taubat dsb bagi mempersiapkan diri sebelum melakukan ibadah umrah di Mekah. Alhamdulillah..


Kami selamat tiba di tanah air lebih kurang pukul 11 malam. Urusan menunggu bagasi dan air zam-zam memakan masa yang agak lama. Kami sempat beramah mesra sesama jemaah, dan bertukar2 no telefon agar hubungan sentiasa terjalin selepas ini. Selesai solat Isyak di surau LCCT, adik ipar sudah menunggu di luar perkarangan air port utk menjemput kami, dan terus ke rumah MIL utk mengambil anak2 yang sedang tidur lebih kurang pukul 12 tgh malam.

Aku pasti rindu...


Travelog Umrah 2014 - Day 10 (Ziarah Hudaibiyah, Tawaf Wida')


Entry sebelum --> Travelog Umrah 2014 - Day 9


26/2/2014 (RABU)
DAY 10 – ZIARAH HUDAIBIYAH, TAWAF WIDA’

Walaupun semalam balik dah jam 3 pagi, tapi syukur, Allah memberi kekuatan kepada aku dan suami utk bangun dan berjalan kaki (jauh) ke masjidil Haram utk solat Subuh berjemaah. Subuh ini merupakan Subuh yang terakhir kami di sini. Sedih je rasa hati nak tinggalkan bumi barakah malam ni. Serius aku akan rindu Mekah dan Madinah.. sangat rindu

Imam Masjidil Haram membaca surah2 dalam Solat cukup sedap dan syahdu. Aku pasti rindukan bacaan2 imam besar di sini nanti. Betapa sedapnya bacaan imam hinggakan seluruh Jemaah terkesan lalu menangis selesai bacaan surah ketika solat subuh pagi itu. Aku turut sama menangis berlinangan air mata apabila mendengar bacaan yang sesedap itu, MasyaAllah.. kenangan yg x pernah padam dalam ingatan..

Selesai bersarapan pagi, kami dibawa utk aktiviti ziarah pilihan iaitu ziarah Hudaibiyah. Ziarah ini tiada dalam pakej. Kalau nak ikut akan dikenakan bayaran SR25 seorang. Aku dan suami xnak lepaskan peluang. Kami seboleh2nya akan join semua aktiviti yg ada di sini sebabnya –>1) keadaan kami yg masih sihat, 2)bukannya senang nak sampai ke sini lagi, 3)entah akan diberi rezeki sihat sebegini lagi atau x sekiranya berpeluang utk pergi lagi. Terasa rugi andai xdpt join aktiviti ziarah kat sini. Syukur Allah permudahkan setiap urusan aku dan suamiku sepanjang umrah ini.

Harini Kami akan dibawa ke Masjid Hudaibiyah dan ladang ternakan unta, yang terletak di daerah Hudaibiyah. Perjalanan mengambil masa sekitar setengah jam ke Hudaibiyyah. Masjid Hudaibiyyah merupakan satu lagi tempat Miqat umrah (niat) selain dari Masjid Ja’ranah dan Masjid Tana’im. Hudaibiyyah terletak kira-kira 24 km dari Masjidil Haram. Kawasan ini merupakan tempat peristiwa di mana Rasulullah SAW bersama 1400 para sahabatnya telah ditahan daripada melakukan umrah pada tahun ke 6 Hijrah dan akhirnya berlakulah perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Hudaibiyah yang berlaku pada bulan Zulkaedah tahun ke 6 Hijrah. Perjanjian itu ditandatangani antara pihak Musyrikin Mekah dengan Rasulullah SAW.

kemudian kami sampai ke destinasi2 kami iaitu:

1) Ladang Ternakan Unta
Kat sini boleh la tengok unta2 dengan jarak yang dekat, gosok2 badan unta, bagi makan unta dan bergambar2. Unta kat sini peramah2 belaka. Abg asim kata ada unta gigit dada dier. (eii Unta betina kot bang..ada hati kat awk hahah). Pas bergambar2 dan beli susu unta eii aku mmg x leh minum susu unta, x leh masuk,kembang rasa tekak. Susu tu x dipasteurkan.. takut sakit perut kalau x tahan. Pastu ada jugak jual urine (air kencing) unta. Katanya elok utk kesihatan. Dua2 produk ni aku mampu tengok sahaja hahah xde perasaan lak nak beli. Abg asim elok p beli 2 botol susu unta. Susu tu xde bahan pengawet n mesti minum cepat, kang rosak. Aku suruh abg asim abiskan..hahah sapa soh beli.

2) Masjid Hudaibiyah
Ok kitorg sampai masjid ni dan kat sini ada banyak jualan2. Ada jugak jual fridge magnet, ubat2an dsb. Aku terus ke masjid dan perform solat tahiyyatul masjid dan solat sunat ihram 2 rakaat lalu bermiqat untuk buat umrah kejap lagi. So aku xleh macam2 perangai, kena jaga pantang larang ihram sebab aku dah niat ihram tadi. Masjid kat sini agak kecil dan aku hanya bersolat di luar dan penuh pasir, lalu aku hanya bentangkan sejadah aku dan terus solat tanpa banyak karenah. Kemudian selesai solat aku singgah gerai2 utk membeli sedikit ole2 lalu kembali semula ke dalam bas utk ke lokasi seterusnya.

3) Muzium Haramain
Sebelum kembali ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah kami dibawa utk singgah di Muzium Haramain. Terdapat banyak artifak dan juga gambar2 perkembangan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dari zaman dahulu sehingga ke hari ini. Terdapat juga model projek pembinaan Masjidil Haram di dalam gelas kaca. Kami cukup teruja melihat semua artifak2 di situ. Al Quran2 lama dari zaman para sahabat nabi pun diletakkan di muzium tersebut. Aku agak menjaga2 sedikit takut2 tergigit kuku atau termusnah apa2 kerana kami berada dalam ihram. Kat muzium ni kami semua dihadiahkan secara percuma 2 botol air zam zam dan senaskhah Al Quran ketika keluar dari Muzium. seronoknya..

Selesai ziarah Hudaibiyah, kami bergegas turun dari bas dan terus ke Masjidil Haram. kami start menunaikan tawaf umrah mengelilingi kaabah. Kali ni perasaan lebih kepada sedih dan sayu kerana ini merupakan hari last kami berada di sini dan ini merupakan umrah kami yang kelima alhamdulillah. Selesai kami melaksanakan tawaf umrah kami terus tidak berlengah untuk melakukan Sa'ie dan seterusnya bertahallul. seronok dapat melakukan umrah dan masih kuat walaupun letih mendaki jabal Nur yang agak jugak a malam tadi.

Selesai kami buat umrah, kami terus solat Zuhur dan kembali semula ke hotel utk makan tengah hari. Kemudian siap2 packing barang sebab malam ni kami akan gerak ke Airport Jeddah. Kami kemudiannya tidak Solat Asar berjemaah di Haram hari ni kerana ada sesi ceramah dan taklimat berkenaan tawaf wida' di dewan makan oleh ustaz untuk grup kami. Selesai sesi taklimat kami terus solat Asar di bilik dan keluar ke BinDawood buat kali terakhir utk membeli ole2 kerana selepas perform tawaf wida' kami tidak boleh buat apa2 jugak aktiviti di tanah haram Makkah sama ada bergambar, membeli belah, solat2 sunat, tawaf sunat tidur dan sebagainya di tanah haram.

Selesai membeli pelbagai manisan, jus2 buah, susu2 coklat dsb di BinDawood (rege murah gila2), ramai betul org kat kedai petang tu,tak tau apesal.. Kami terus balik ke bilik dan solat maghrib di bilik sahaja sambil bersiap packing barang2 dan bawa turun ke lobi hotel utk dibawa masuk ke dalam bas. Kami akan gerak  ke airport Jeddah selepas solat Maghrib. 

Aku, Zura dan Abg asim bersiap2 untuk check out dan terus ke Masjidil Haram untuk melaksanakan Tawaf Wida' atau lebih dikenali sebagai tawaf selamat tinggal. Part ni satu lagi memang touching abes... Ketika buat tawaf wida 7 pusingan, dan di setiap pusingan jugakla air mata aku mengalir laju.. sedih yang x terhingga kerana setelah hampir 2 minggu berada di bumi yg penuh barakah ini akhirnya kami perlu mengucapkan selamat tinggal.. Aku pasti akan merindui Kaabah, Masjidil haram, dan semua yang ada di sini.. sedih nya, dan selesai sahaja pusingan tawaf yang ke tujuh, aku terus memandang Kaabah dengan hati yang penuh sayu kerana akan pergi dan bergegas keluar dari Masjidil Haram, dan pantas berjalan utk kembali semula ke hotel dan menaiki bas sesegera yang mungkin utk meninggalkan tanah haram. Kami diminta utk tidak tidur atau tertidur sehinggalah bas kami melalui sempada tanah haram-tanah halal. Aduii menahan mengantuk dan lapar mmg agak menyeksakan haha. 

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 - 4 jam ke airport Jeddah (sorry klu silap). Setiba kami di airport Jeddah dah tengah malam. Kami terus menunggu di ruangan menunggu kerana flight kami dijadualkan pukul 7 pagi. 

Entry seterusnya --> Travelog Umrah 2014 - last day







Travelog Umrah 2014 - Day 9 (Mendaki Jabal Nur - Gua Hira')

Entry sebelum --> Travelog Umrah 2014 - Day 8

25/2/2014 (SELASA)
DAY 9 – MAKKAH -UMRAH TANA’IM, MENDAKI JABAL NUR (GUA HIRA’)

Ok hari ni, kami mengikuti rombongan grup ramai2 ke Masjid Tana’im. Masjid yang kami pergi semalam untuk miqat dan seterusnya menyempurnakan umrah kami yang keempat (ni aktiviti dlm pakej). Umrah2 aku yang seterusnya kebanyakannya aku berniat Umrah Badal untuk arwah datuk ku sebelah ayah dan juga sebelah ibu, Alhamdulillah, aku sgt gembira dapat menghadiahkan pahala umrah buat kaum keluargaku yang telah tiada dan tidak berkesempatan utk buat umrah ketika hayat mereka..semoga Allah menerima segala ibadahku dan niat suciku di sini Ya Allah..

Setelah selesai umrah, kami kembali ke hotel untuk menikmati makan tengahari kami. Harini agak special .. ada jemaah yang buat korban kambing utk aqiqah anaknya dan kami semua disajikan denagn nasi Mandy Kambing. Aku yang pada mulanya jual mahal sebab kononnya tak makan kambing, dipaksa oleh suami utk rasa. Aku pun rasa sedikit dan masyaAllah..rasanya sangat sedap..x terasa hamis kambing langsung..aku makan dengan cukup berselera.. nikmat di bumi barakah.

Petang itu, usai solat Asar, kami berjalan2 lagi sekitar BinDawood, dan selesai solat Maghrib dan Isyak berjemaah di Haram, kami balik semula ke hotel. Malam ni kami tak ke masjid utk tawaf sunat kerana kami akan join aktiviti ekspedisi malam (ziarah pilihan) iaitu, mendaki Jabal Nur ( ke Gua Hira’) pada waktu malam. Gua ini akan bersinar di waktu malam dan dapat melihat pemandangan kota Makkah dari atas puncak Jabal Nur.. waaa excited ni. Aku kagum betul dengan semangat ada seorang akak ni.. bersemangat  betul dier n anak dier nak join ekspedisi ni. Semangat ni yg kita nak.. hahah walaupun faktor usia, ini bukan penghalang kita utk merasai pengalaman yg mugkin tak kan berulang lagi, ntah bila boleh sampai lagi ke bumi ini, wallahu’alam.. Menurut akak tu, dia join Andaluisa ni sbb Andalusia ada wat ekspedisi mendaki jabal Nur waktu malam , agensi lain kebanyakannya x buat (ni x pasti), n ada yg buat waktu siang - panas..

Kemudian malam tu. Aku siap2 memakai seluar.. ai kalau berjubah tak pasal koyak kang. Tinggi tu nak mendaki. Kuat ke aku ni??hahah risau la. Tak ramai jemaah yg nak join ekspedisi malam ni.. semua mungkin x larat dan penat. So aku, suami, dan beberapa Jemaah saja yang pergi lebih kurang 20 orang sahaja. Kami menunggu bas lebih kurang pukul 9 malam dan kemudian bertolak ke Jabal Nur.

Jabal Nur adalah lokasi di mana terletaknya Gua Hira’, tempat Rasulullah SAW menerima wahyu dari Allah SWT yang pertama (Surah Iqra’). Yang ni x de dalam pakej. So utk pegi kami dikenakan bayaran SR20 seorang. Yang ni duit transport je, nak naik bukit bayaran sendiri. Dari Parking bas nak ke kaki gunung/bukit kami dibawak menaiki van, 1 van dalam 10 orang kut..siap kat depan ada 3 orang termasuk driver. 

Kami dapat driver van yg agak giler2 majnun sket.. mereng ke hape hahahah dia boleh buat drift tak hengat lak kat corner2 tuh, hahh..ni bukan memain punya drift, serius drift van buruk ngan 10 orang penumpang terjerit2 kat dalam, drift lak bukannya ada track mcm kat dlm citer KL Drift, kalo ada track xpe lagi, ni dengan jalan sempit, ada lak rumah2 orang keliling tuh, kereta parking sana sini n macam2 lagi, boleh tercabut jantung wuu hahah enjoy habis. Patutla hampir semua kereta kat Mekah ni calar2 n kemik2. Orang2 kat sini kasar sket. Teringat ada sekali bas yg bawa kitorg terlanggar kereta kat depan, n dorg keluar dari kenderaan masing2 pastu boleh lak gelak2..adeii la

Kami start mendaki dalam kol 11 malam. Nama Jabal Nur ni diberi sebab bukit ni bercahaya pada waktu malam walaupun xde diterangi dengan lampu, kuasa Allah SWT. Jabal nur ni tinggi lebih kurang 300 meter.. (iye ke?) ye kot.. macam xde la tinggi sangat tapi ko..pancit giler nak naik hahah. Syukur ada dibina tangga2 yg dibuat oleh orang2 kat sana. Kalau nak panjat batu alamatnya wassalam. Cuma kalau x fit cam agak payah gak la. Panjatnya dalam setengah jam hingga sejam atau lebih then dah boleh sampai di puncak Jabal Nur ini. Wuii Jabal ni plg pancit yg aku naik compare Jabal di Bukit Uhud (Madinah) dan Jabal Rahmah (Arafah , Mekah). X cukup stamina la pulak haha. Sepanjang mendaki tangga2 batu korang akan berjumpa dengan sahabat2 yang meminta sedekah, sambal melaungkan “Malaysia Boleh”. Kelakar kan?..”Hajji, Hajjah, 10 riyal, Malaysia Boleh”. Ramai plak tu, adei sorang dua boleh la kasik kalau ramai cenggini gulp…

Sampai kat Puncak tu ada port rehat2 sambil boleh beli makan dan ada jugak jual souvenir. Gua Hira’ tu lokasi dia kat bawah sikit je dari puncak. Maknanya kita kena turun balik dalam 20 meter lebih kurang dan ada 2 jalan. Satu jalan melalui batu2 dan satu lagi kena hike sket batu2 kat lereng bukit. Kitorang prefer jalan kat celah2 batu tuh sebab jalan yg kat lereng bukit tuh nampak cam bahaya terutama yang gayat, malam gelap pulak tu, tambahan pulak agak licin, takut terjatuh ke gaung na’udzubillah.

Kami sampai di pintu gua..alahaii keciknya pintu dier, takut x lepas, eii muat ke aku? Sekali tengok jemaah wanita dari Turki yg badan besar2 pun leh muat (amazing) aku pun cuba nasib.. n nasib naik leh lepas. So kat atas kami berkenalan la dengan beberapa org Turki kat situ, ayat dier “Hai saya Mujahedd, kamu apa kabar? “ tu je kot Bahasa Melayu dier tau ..adeii lawak. Pastu kena tunggu turn utk solat 2 rakaat amik berkat di dalam gua Hira’ yg kecik saja, boleh muat 2-3 org utk solat . Pastu selesai bergambar2 di puncak Jabal Nur, n akak yang bersemangat tadi sampai jugak ke atas akhirnya.. tahniah kak!!kagum aku.. kami pun start jalan menuruni Jabal Nur tu.. tyme turun kene hati2 gak takut terpeleot ..x pasal seliuh. Kemudian sampai d kaki gunung tu jumpa balik Pak Arab majnun tadi n dier drift kitorg sekali lagi ke tempat kitorg parking bas adess. Seronoknya laa

Kitorg sampai kat hotel kol 3 pagi dan terus rehat (aku set alarm time supaya dpt bangun Subuh dan solat Jemaah di Masjid haram) esok hari last.. takut terlajak tidur sebab letih. Esok gak umrah terakhir kami Umrah Hudaibiyah..adoii boleh ke ni, kaki lenguh2 ni daki gunung..

Entry seterusnya - Travelog Umrah 2014 - Day 10


Travelog Umrah 2014 - Day 8 (Umrah Tana'im)


Entry sebelum - Travelog Umrah 2014 - Day 7

24/3/2014 (ISNIN)
DAY 8 – MAKKAH (MIQAT SENDIRI DI TANA’IM)

Harini kami bercadang utk pergi ke masjid ‘Aisyah atau Masjid Tana’im iaitu kawasan miqat paling dekat sekali di Mekah untuk perform niat umrah. So aku dan suami pun mencari2 teksi yang nak ke sana. Kebetulan ada beberapa orang Jemaah lelaki dlm grup kami (dari Sabah) yang juga mempunyai niat yang sama.. lalu kami pun berjumpa dengan seorang driver teksi yang sangat baik dan peramah. Dia offer kami dengan offer yang jauh lebih murah. Kami menaiki kenderaan MPV yg sangat selesa utk ke Tana’im. Setelah sampai suami pun menukar kain ihram, lalu kami solat sunat ihram dan niat ihram di dalam masjid tersebut. Kemudian kami dibawa oleh driver tu terus direct ke Masjid Haram lebih kurang kol 11 pagi dan kami terus menunaikan umrah kami yang ketiga.

Kat sini Air zam2 lagi banyak dari kat Nabawi. Puncanya pun dari telaga zam2 yang terletak di Mekah.. Aku cukup suka menghilangkan dahaga denga air Zam2 yang sejuk.. bertuah betul penduduk Mekah, dapat minum air zam2 percuma setiap hari.. kalau kt Malaysia ianya dijual dengan harga yang agak mahal.

Tyme kami wat sa’ie tapi x abis 7 pusingan lagi, azan Zuhur dah start berkumandang. So masih x abis Sa’ie lagi semua yang berada kat Bukit Safa dan Marwah akan berhenti sai’e dan start bentang sejadah lalu beramai2 solat Jemaah di kawasa Sa’ie. Seronok kan?? Pengalaman yg cukup manis buat aku dan suami. Kawasan Sa’ie ni terletak di dalam masjidil Haram juga.. dan juga terdapat 3 tingkat (x silap), berhawa dingin dan cukup selesa. Ketika melakukan rukun umrah ini, aku cukup suka jemaah2 dari Indonesia yg bersemangat beramai2 dengan grup mereka bernasyid, dan berzikir sehingga bergema kawasan tu..

Selesai sa’ie dan bergunting (Tahallul) tetiba ada seorang wanita Turki pengsan di kawasan laluan nak keluar, lalu aku cepat2 menggunakan botol spray wudhuk aku dan spray ke wajah Jemaah itu agar dia sedar dari pengsan, dan Alhamdulillah dia ok selepas tu.

Petang tu aku dan suami pergi berjalan2 membeli ole2 di sekitar deretan kedai safa tower di hadapan masjid Haram sambil2 menikmati aiskrim yang lazat SR3 hehe. Sedap.. jgn tak try. Kami juga masuk ke Bin Dawood utk membeli jus2 dan air susu coklat yg lazat ko…

Kemudian seperti biasa selesai solat Maghrib dan Isyak dan makan malam, kami sekali lagi ke Masjidil Haram. Harini nak solat dalam Hijr Ismail lagi dan kalau boleh nak cium Hajarul Aswad (Ya Allah permudahkan kami). So selesai kami melakukan tawaf sunat, kami sekali lagi mengambil peluang untuk solat dan berdoa di dalam Hijr Ismail. Walaupun keadaan agak teruk tapi kami tetap kuatkan semangat utk masuk ke dalamnya. Selesai bersolat dan berdoa. Kami solat pula di belakang (betul2 belakang) makam Ibrahim walaupun kemudiannya dihalau oleh polis yang menjaga tapi kami rasa puas kerana berpeluang melakukan semua itu semasa di sini.

Tempat nak ke hajarul Aswad memang aku surrender. Kat Hijr Ismail aku tahan lagi, tapi memang tak boleh la kat situ, bertolak2.. Jemaah lelaki kiter nak lawan memang tak la kan.. hahah aku tak berani lalu aku cakap kat suami, “Bang why not abg try, n ciumkan untuk kitorng sekali k”.. sebak pulak rasa sebab tak berpeluang utk cium Hajarul Aswad. So aku duduk di tepi tempat orang ramai solat lalu meneruskan pembacaan Al-Quran aku (kata nak khatam). 

Abg Asim pegi mencuba nasib di hajarul aswad. Kemudian selang beberapa lama, aku rasa lebih kurang 20 minit, suami kembali ke tempat aku duduk, aku lihat dia tersenyum gembira dari jauh, dan dier berjaya cium Hajarul Aswad, Alhamdulillah.. bukannya mudah, percayalah..rezeki dariNya. Yang aku lihat, org lelaki pun surrender nak pegi inikan kita kaum wanita. Rezeki suami dapat melakukan satu2nya yang aku x dpt lakukan, takpe la.. suami dapat buat pun kira dah cukup bersyukur.. amin Ya Rabb, terima kasih YaAllah atas rezeki yang kau kurniakan. Kami kembali ke dalam Masjid lalu suami pun melakukan sujud syukur di situ. 

Kemudian setelah berehat sambal menikmati keindahan masjid Haram, aku dan suami kembali ke hotel dan berehat kerana esok kami akan buat umrah lagi dan akan bermiqat sekali lagi di masjid Tana’im (‘Aisyah) tapi kali ni mmg dalam pakej Andalusia.

Entry seterusnya - Travelog Umrah 2014 - Day 9


Travelog Umrah 2014 - Day 7 (Makkah - Ziarah luar)

Entry sebelum --> Travelog Umrah 2014 - Day 6

23/2/2014 (AHAD)
DAY 7 – MAKKAH (ZIARAH LUAR + Umrah Ja'ranah)

Berbeza dengan di Madinah, aku lebih sihat ketika berada di Mekah. Alhamdulillah, mungkin cuaca nya lebih kurang macam panas kat Malaysia (tapi sejuk sikit kot, Malaysia panas lagi)di waktu ini. Di Madinah suhu cuaca terlalu sejuk membuatkan kesihatan aku agak terjejas. Satu lagi perkara yang membuatkan aku sangat bersyukur apabila doaku agar dipermudahkan urusan umrah dan sembuh segera dari belenggu darah istihadhah ketika di Raudhah dimakbulkan oleh Allah SWT. Sekali lagi aku menangis mensyukuri nikmat Allah kepadaku. Betapa barakah nya bumi ini, bumi Makkah, aku diberi kesihatan yang baik dan aku akhirnya bersih dari istihadhah, Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Lebih mudah untuk aku beribadah di masjid dan menunaikan umrah dsb selepas ini. (Aku masih meneruskan memakan pil tahan period pada masa yg tetap dan komited setiap hari)

Harini kami akan dibawa menaiki bas ke tempat2 bersejarah sekitar Kota Makkah. Aduh, crowdednya Kota Makkah.. agak serabut nak cari bas, sebab banyak sangat kenderaan parking di sana sini. Setelah semua Jemaah grup kami menaiki bas, kami dibawa ke lokasi2 berikut:

1) Jabal Thur
Ust Shafiq memberi penerangan berkenaan Jabal Thur iaitu merupakan tempat dimana Rasulullah SAW berlindung kepada kaum kafir Quraisy yang diperintah oleh Abu Jahal utk membunuh baginda kerana baginda enggan berhenti menyampaikan ajaran Islam. Bersama2 Saidina Abu Bakar baginda bersembunyi di dalam Gua Thur yg terletak di bukit tersebut. Gua itu hanya boleh memuatkan 2 orang sahaja. Ketika kaum Quraisy mendekati gua itu terdapat labah2 telah membuat sarang di pintu masuk gua lalu mereka pun terselamat dengan izin Nya.

2) Arafah dan Jabal Rahmah
Terletak di dalam kawasan Padang Arafah. Perjalanan dari Tanah Haram mengambil masa kira2 setengan hingga satu jam menaiki kenderaan. Padang Arafah terletak di luar Kota Makkah di mana tempat menunaikan rukun Wukuf dalam ibadah haji pada 8 dan 9 Zulhijjah. Padang Arafah tempat kita memohon dan berdoa memohon kepada Allah agar diampunkan segala dosa, menyesali segala perbuatan dan keterlanjuran yang pernah kita lakukan. Padang Arafah juga sebagai bayangan di Padang Masyar nanti. Di Padang Arafah jugak dipercayai merupakan tempat pertemuan semula Nabi Adam a.s dan isterinya Siti Hawa setelah dikeluarkan dari syurga angkara hasutan Iblis.

Aku dan suami mengambil kesempatan untuk mendaki Jabal Rahmah. Jabal ini tidak terlalu tinggi, kiranya yang agak berumur atau x berapa fit pun masih boleh mendaki. Di sini kami berdoa agar perkahwinan kami diberkati dan jodoh kami kekal sehingga ke akhir hayat. Macam2 lagi yang kami doakan kat sini  kerana Jabal ini juga merupakan salah satu tempat mustajab untuk berdoa. Kat atas Jabal Rahmah ni ramai jugak yang berjualan, ketika nak naik jabal ni pun ramai peminta sedekah. Terpulanglah nak bagi atau tak. Jangan terkejut yang peminta2 sedekah ni boleh cakap melayu da…


3) Muzdaliffah, Mina
Kami hanya lalu di kawasan2 ini, dan tengok dari dalam bas sahaja kerana takut tak sempat. Mutawwif memberi penerangan serba sedikit mengenai kawasan2 tersebut kepada kami.

4) Miqat di Masjid Ja’ranah
Kemudian kami singgah di Masjid Ja’ranah. Kaum lelaki bersiap2 untuk menukar pakaian ihram. Kami solat ihram dua rakaat di masjid ini dan niat ihram. Kemudian, kami kembali ke dalam bas dan meneruskan perjalanan balik ke Masjidil Haram untuk Solat Zuhur berjemaah dan start buat umrah yang kedua.


Selesai solat Zuhur berjemaah di Masjid Haram, aku dan suami bersama2 menunaikan umrah kami yang kedua. Kali ini kami lebih confident selepas melalui umrah kami yang pertama semalam. Kali ini aku niat umrah Badal untuk arwah ayahku. Tau tak perasaan ketika melakukan tawaf untuk umrah Badal ni sedih yang tak terkira.. Mujur aku memakai shade hitam lalu xde la nampak sangat aku menangis sedih ketika tawaf. Ya Allah sedihnya ketika tawaf mengelilingi Kaabah, doa buat arwah ayah tak putus2 semoga pahala umrah ni diberkati untuk ayah ku yang telah tiada. Ingatan aku kepadanya tak pernah putus. Ayah.. semoga ayah sentiasa tenang di sana, I miss u, Al-Fatihah. Betapa gembiranya aku dapat menyelesaikan umrah Badal buat arwah ayah dengan lancar. Perasaan yg tak tergambar ketika selesai bertahallul setelah melalui cabaran Sa’ie yang agak jauh..seronok yang amat..alhamdulillah syukur. Kenangan manis ini akan sentiasa subur di hati..

Malam ni aku target selesai tawaf sunat aku nak solat di hijr Ismail dan nak bau wangian kiswah (Kain pelapik Ka’abah), nak duk dekat2 dengan Kaabah.(Ketika dalam Ihram x digalakkan duk dekat2 kawasan tu takut terkena wangian Kaabah nanti kena dam) InshaAllah..

Selesai Solat Maghrib dan Isyak, kami kembali ke hotel untuk menikmati makan malam. Kemudian aku dan suami bercadang untuk ke Masjid malam tu n nak wat tawaf sunat dsb. So malam tu lebih kurang kol 11 malam, kami pun gerak ke Masjid Haram, dan start buat tawaf sunat lagi. Aku sangat sukakan ibadah tawaf. Aku suka sangat duk dekat dengan Kaabah. Aku berasa sangat selesa melakukan ibadah ini. Walaupun ramainya Jemaah yang melakukan tawaf dan seperti biasa aktiviti tolak menolak itu adalah normal..tapi aku bagaikan sudah lali dan seronok melakukan tawafn  memang x dpt nak describe the feeling.

Selesai tawaf, aku ajak suami nak solat dan berdoa dalam Hijr Ismail (memang susah nak solat di sini sebab ramainya orang berpusu2 dan once again yes - bertolak2 itu adalah normal). So selepas kami tawaf kami perlahan2 mendekali kawasan yg crowded dengan org itu lalu mengambil peluangsSolat di dalam Hijr Ismail. Alhamdulillah kami berkesempatan untuk solat 2 rakaat lalu berdoa di dalam Hijr Ismail. Kemudian aku nak pergi cium bau Kiswah (kain pelapik Kaabah). Aku kemudian terlihat ruang kosong di sekitar Multazam lalu aku melekapkan diri aku di situ, wangian kiswah sampai sekarang masih teringat2.. SubhanAllah, pengalaman indah yang tak tergambar.. aku kemudiannya berdoa setiap masa sepanjang berada di situ.. selesai duduk di dalam Masjid Haram sambil meneruskan bacaan Al-Quran (kata nak khatam).. kemudian kami balik semula ke hotel lebih kurang kol 2 pagi.

Entry seterusnya - Travelog Umrah 2014 - Day 8

Travelog Umrah 2014 - Day 6 (Makkah, umrah pertama)


Entry sebelum - Travelog Umrah 2014 - Day 5

22/2/2014 (SABTU)
DAY 6 – MAKKAH (UMRAH PERTAMA)

Selesai umrah pertama kami (aku dan suami) pada pukul 2.30pagi, kami mengambil keputusan untuk tidak kembali semula ke hotel kerana jaraknya yang agak jauh. Bimbang sekiranya kami balik ke hotel, kami akan terlajak tidur dan akan terlepas solat subuh berjemaah di Masjidil haram (rugi pula rasanya). So kami hanya duduk berehat di  dalam masjid. Aku di bahagian wanita dan suami di bahagian lelaki. Sesungguhnya aku sangat gembira dan bagai tidak percaya aku diberikan kesempatan oleh Allah SWT utk dapat menjejakkan kaki di masjid yang paling mulia bagi umat Islam, Masjidil Haram Makkah.

Sementara menunggu masuk waktu Solat Subuh, aku membaca Al Quran tafsir kecil yang seringku bawa bersamaku. Aku sangat berharap yang aku dapat khatam Al-Quran di sini sepanjang umrah (kalau boleh). Keletihan yang teramat menyebabkan aku terlena sebentar. Ditambah lagi dengan kesan ubat selsema, benar2 membuatkan aku pening dan mengantuk. Apabila berkumandang azan Subuh, aku terjaga dan mengambil wudhuk menggunakan botol spray yang sentaisa berada di dalam beg sandangku

Selesai solat Subuh dan solat jenazah, aku dan suami sama2 brjalan balik ke hotel. Sesampai saja aku ke bilik hotellebih kurang pukul 6.40pagi, aku lihat rakan2 sebilikku lena dibuai mimpi.. ahhaha masing2 keletihan. Aku terlena dan terjaga semula pukul 9.30 pagi dan bersiap untuk breakfast. Pagi ini aktiviti bebas. Aku cadang nak buat umrah lagi tapi kami memilih untuk melakukan tawaf sunat dan ibadah2 sunat sahaja di Masjidil Haram. Sebab kami baru sahaja selesai pagi tadi.

 Habis makan tengahari, kami terus ke masjid untuk solat Zuhur berjemaah. Berjalan kaki agak meletihkan di sini jika dicompare kat Madinah yang jarak hotelnya lebih kurang 300 meter shj dari masjid, sangat dekat. Di sini kami memakan masa lebih kurang 15 minit berjalan kaki untuk sampai ke masjidil Haram. Jaraknya lebih kurang 900m, jauh tu.. Syukur ke hadrat Ilahi, kami masih kuat dan sihat untuk berulang alik sejauh itu setiap kali masuk waktu Solat . Aku terfikir, bagaimana agaknya jika aku sudah tak larat, sakit kaki dan sebagainya suatu hari nanti..mungkin akan mengalami sedikit kesukaran utk berulang alik seperti ini, ya allah permudahkan kami..

Di Makkah, Masjidil Haram masih dalam construction (renovation). So agak berdebu dan berhabuk. Aku sentiasa berhati2 dan sentiasa berjalan menekup hidung dan mulut (kecuali dalam keadaan ihram x boleh tutup muka utk kaum wanita). Perjalanan kami ke Haram perlu meredah jalan yang agak x berapa bersih, dengan asap kereta, jammed, hon di sana sini, padat dengan Jemaah yang datang utk wat umrah. Angin yang bertiup turt sama membawa debu, najis2 burung merpati juga berada di mana2 (takut2 terkena kat tudung) sebab burung merpati banyak sgt berterbangan dan bertenggek di tepi2 jalan sepanjang perjalanan nak ke Haram.

So kami memang kena gerak awal utk sampai ke Masjid sebab jarak hotel yg jauh, takut2 terlepas peluang solat berjemaah. Tapi yang seronoknya di Masjidl Haram ini, walaupun sampai ngam2 untuk start solat, masih ada tempat berkarpet untuk kita bersolat. Jika di Masjid Nabawi, kalau terlambat sedikit atau ngam2 sampai tu pun dikira memang xde tempat utk solat atas karpet.. harus atas tiles sejuk atau di luar perkarangan masjid la jawabnya haha..mungkin Masjidil Haram lebih besar dan bertingkat2.

Ketika berada di Masjidil Haram, masjid ni ada banyak tingkat, sentiasa berhawa dingin dan sentiasa ada kakitangan yang membersihkan lantai dan sebagainya. Aku cukup suka bau wangi di masjid ini. Pemandangan dalam masjid cukup indah dengan seni binaan yang sangat gah. Kemudian apa yang membuatkan aku cukup sukakan Masjidil Haram ialah kerana terletaknya Kaabah di tengah2 masjid ini. Cukup indah dan setiap kali aku melihat Kaabah aku akan berasa sayu, sedih, insaf dan mensyukuri segala kurniaan Allah SWT ke atasku. Renovation agak tak berapa best. Di sekeliling Kaabah penuh dengan jentera crane yang besar2 dan tinggi2. Sekelilingnya masih dalam pembinaan dan bagi aku agak mencacatkan pemandangan. Lama jugak nak siap rupanya. 

Harini selepas solat Zuhur aku x tahu rupanya kawasan solat aku terletaknya jenazah2 yang akan disembahyangkan sebentar lagi. Dapat jugak aku melihat jenazah2 disusun di hadapan lalu aku turut sama menyempurnakan Solat jenazah

sabda baginda s.a.w: "Barang siapa yang mengerjakan solat jenazah akan mendapat pahala sebesar bukit Uhud dan sesiapa yang mengiringi jenazah akan mendapat pahala sebesar dua bukit Uhud."  

Hari ini kami hanya penuhi masa kami dengan beribadah di masjid, kemudian kami keluar berjalan2 di sekitar deretan kedai bawah hotel Safa Tower. Jalan2 ke dalam kedai2 yang berhawa dingin sangat selesa. Kami juga masuk ke kedai Bin Dawood yang berada di situ tetapi tidak membeli apa2, sekadar melihat2 dan berjalan berdua. Aku dan suami kemudiannya menikmati aiskrim yang terkenal di sini dengan harga SR3 sahaja. Sedap.. yang peliknya walaupun cuaca agak panas, tetapi aiskrim tu x mudah cair..Memang best dapat layan aiskrim ketika cuaca panas.     
   
Dan malam tu sebelum solat maghrib aku dan suami melakukan tawaf sunat terlebih dahulu. Kat Masjidil Haram takde istilah solat tahiyyatul masjid, tetapi selalu digantikan dengan tawaf sunat setiap kali sampai ke masjid. Kemudian selesai solat Isyak, kami kembali semula ke hotel utk menikmati makan malam dan terus berehat sebab esok ada aktiviti ziarah luar Mekah. Kami semua akan dibawa ke Jabal Thur, Jabal Rahmah, Jabal Nur (Arafah), Muzdalifah, Jamrah, Mina dan miqat untuk sesiapa nak buat umrah di masjid Ja’ranah.

Entry seterusnya - Travelog Umrah 2014 - Day 7




Travelog Umrah 2014 - Day 5 (Ziarah Wida', Madinah ke Makkah)


Entry sebelum --> Travelog Umrah 2014 - Day 4

21/2/2014 (Jumaat)
DAY 5 – (ZIARAH WIDA’ MADINAH – MAKKAH)

Hari Jumaat yang barakah..hari ni grup kami akan ke Makkah to perform our Umrah. Seawal pagi selesai solat subuh, kami packing barang2 untuk yang terakhir  kali. Kurma, kekacang, abaya, jubah, telekung, coklat2, ole2 dsb yang dibeli di Madinah ini menyebabkan beg kami bertambah isipadunya. Kemudian, selesai bersarapan, kami diminta untuk label beg dan letak semua beg, kecuali beg tangan di lobi hotel untuk diangkat oleh staf ke dalam bas yang akan membawa kami ke Mekah.

Kami gerak ke Masjid agak awal harini sebab nak siap2 buat ziarah wida’, takut kelam kabut kalau buat selepas solat jumaat nanti. Part ni memang touching habis. Sayu rasa hati nak tinggalkan Madinah. Tak dapat aku nak gambarkan perasaan aku ketika itu L, sedih sayu dan dah mula rasa rindu akan bumi Madinah.. – rindu itu anugerah Allah .

Ziarah Wida’ – atau dikenali juga sebagai ziarah selamat tinggal dan dilakukan sebelum meninggalkan Madinah. Ianya sebagai tanda kasih dan rindu kita untuk meninggalkan Rasulullah SAW. Lebih afdhal andai dilakukan di maqam nabi (Raudhah) tapi mmg x sempat nak ke Raudhah, so kami tekad untuk buat ziarah itu dengan melakukannya di kawasan yang boleh terlihat kubah hijau sambil membaca doa ziarah wida’:

“Selamat tinggal wahai Rasulullah. Berpisah kita wahai nabi Allah. Amanlah dikau wahai kekasih Allah. Semoga Allah tidak menjadikan pertemuan kita ini sebagai yang terakhir denganmu untuk menziarahimu atau pun berada di sisimu. Kecuali Allah mengurniakan kebajikan sihat dan afiat serta selamat, jika ada umur yang panjang, inshaAllah aku akan datang menziarahimu semula, tapi jika aku mati, maka sekarang aku tinggalkan di sampingmu ikrar sumpah setiaku dari hari ini hingga hari kiamat, iaitu pengakuanku yang sungguh-sungguh bahawa Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Nya. Maha suci Allah yang mempunyai kemuliaan dari segala yang mereka sifatkan. Salam sejahtera ke atas para Rasul. Segala puji untuk Allah, tuhan yang mentadbir sekalian alam ini .” Sedihnya hati ini hanya Allah sahaja yang tahu.

Tengahari tu, berbeza dengan kat Malaysia, hanya kaum adam sahaja yang akan solat jumaat tapi kat sini Jemaah wanita semua akan sama2 menunaikan solat jumaat berjemaah di masjid. Pengalaman yang xdpt dilupakan. Selesai kami menunaikan solat jumaat, dan mendengar khutbah (walaupun x paham sebab in Arabic language).Sambil2 tu hati berdebar2 macam nak perform atas stage ke’dahnye,, sebab hari ni kami akan bertolak ke bumi Makkah untuk membuat umrah. Kenape la asyik berdebar je ni..aduyyai

Disebabkan cuaca yang sangat sejuk di Madinah, menyebabkan kesihatan aku agak terjejas.. selsema batuk tak berhenti. Sakit tekak jangan cakap, memang menyesal x bawa ubat sakit tekak banyak2 dari Malaysia haritu.. redha je la.. satu lagi akibat cuaca sejuk kering di sini menyebabkan kulit kami menjadi sangat kering dan gatal2 hahah tergaru2 jadiknya. Kami kemudiannya dinasihatkan agar tidak menggunakan sabun wangi2 yang dibawa dari Malaysia, kami disuruh menggunakan sabun yang diprovide oleh hotel , sabun bulat kecil yang tiada bau wangi2 tu, sebab sabun tu disesuaikan dengan keadaan cuaca di sini, so memang nampak perubahan.. kulit kami kembali pulih sedikit demi sedikit.

Selesai Solat jumaat dan solat qasar Asar 2 rakaat, kami kembali ke hotel dan bersiap2 untuk menikmati  hidangan tengahari sebelum bertolak ke Mekah. Dek kerana selsema yang agak teruk aku pun mengambil ubat supaya tidak mengganggu urusan ibadahku di sana nanti. Masalahnya aku terambil ubat yang boleh buat aku mengantuk, masalah..

Kaum lelaki terus bersiap dengan pakaian ihram. Aku dan zura juga tidak mahu ketinggalan bersiap dengan jubah berwarna putih yang kami beli di Madinah dan telekung putih. Kami bergegas menaiki bas dan mula bertolak ke Mekah. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 8 jam. Berdebar2 jantung ketika ini. Sepanjang perjalanan kami mula dibawa oleh mutawwif untuk berzikir dan sebagainya. Aku akhirnya tertidur di dalam bas akibat kesan dari pengambilan ubat selsema tadi. Tetiba aku dikejutkan suami yang kami sudah tiba di masjid Bir Ali untuk miqat. Mak aii bertambah berdebar2 pulak la.. copot2 jantung aku terkejut, waa cepatnya da sampai untuk miqat (niat ihram)

Kami pun turun dari bas untuk solat sunat ihram dan berniat umrah di dalam masjid. Ramai sangat Jemaah umrah ketika ini. Selesai melakukan solat sunat ihram 2 rakaat dan berniat ihram di masjid Bir Ali, maka segala pantang larang ihram perlu kami jaga. Kemudian kami meneruskan perjalanan sambal bertalbiah beramai2 di dalam bas. “Labbaikallahu malabaik,..” dan kemudiannya berhenti di Wadi Qudait (kawasan RnR) yang terletak lebih kurang 100km dari Mekah. Kami disajikan dengan hidangan nasi beriani berlaukkan ikan dan ayam style nasi talam 4-5 orang makan. Selesai makan malam dan solat Jamak Qasr maghrib dan Isyak di surau yang disediakan di situ, kami teruskan sisa perjalanan kami ke Makkah. Sepanjang perjalanan kami bertalbiah, sayu, sedih, gembira, berdebar, teruja dan macam2 lagi perasaan ketika itu bercampur baur.

Kami tiba di Mekah dan check in hotel (Hera’ Palace) pada pukul 11.00 malam. Pembahagian kunci mengambil masa lebih kurang 20 minit. Kemudian kami berehat sebentar sebelum ramai2 berjalan kaki bersama2 mutawwif ke Masjidil Haram.Kota Mekah tidak sesejuk seperti di Madinah. Mekah sangat sibuk dan banyak kereta lalu lalang. Berbeza suasanaya dari Madinah yang aman damai. Terujanya hati di saat ini. Walaupun kesan ubat masih bersisa dan aku agak mamai.. aku kuatkan jugak semangat untuk meneruskan ibadah umrah kami yang pertama. Jarak hotel kami ke Masjidil Haram agak jauh lebih kurang 800m.

Setibanya di Masjidil Haram.,yang tersergam indah, masjid yang sangat aku kagumi- benar, perasaan dier tak dpt nak described, hanya Allah SWT sahaja yg tahu. Ramainya Jemaah yg berada di situ dan tidak pernah lengang walau sesaat. Berdebar2 nya hati aku tatkala melihat Kaabah. SubhanAllah..x sangka yang aku akan berdiri betul2 di hadapan Kaabah, rumah Mu Ya Allah. Gembira, sedih, terharu perasaan bercampur baur ketika itu. Kami mula melakukan tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak 7 pusingan pada pukul 12.30 tgh malam dan alhamdulillah tawaf kami berjalan dengan lancar. Kemudian diikuti dengan Sa'ie dari bukit safa ke bukit Marwah dan kami akhiri umrah kami dengan bertahallul. Kami selesai melakukan umrah lebih kurang pukul 2.30 pagi.

Kami benar2 keletihan.. tetapi cukup gembira kerana kami selesai melakukan umrah kami tanpa sebarang kesulitan. Alhamdulillah Allah permudahkan , syukur..

Entry seterusnya --> Travelog Umrah 2014 - Day 6



Travelog Umrah 2014 - Day 4 (Kisahku di Raudhah)


Entry sebelum --> Travelog Umrah 2014 - Day 3

20/2/2014 (Khamis)
DAY 4 – MADINAH (KENANGAN INDAH DI RAUDHAH)

Hari ni hari ke 4 kami berada di bumi barakah Madinah al Munawarah.. Alhamdulillah pagi tadi seperti  yang kami rancang, sebelum azan solat subuh berkumandang, kami sudah bergegas ke Masjid Nabawi. Kami nak rakam saat2 payung-payung indah di perkarangan Masjid Nabawi terbuka. Bila selesai azan subuh pertama berkumandang, payung2 tersebut mula terbuka, Subhanallah, indahnya tak tergambar. Kami masing2 merakam saat2 indah tersebut menggunakan handphone kami masing2. Cuaca awal pagi itu sangat dingin, bercakap pun berasap2 keluar dari mulut, ui tau bawa jaket tebal sket..

Usai Solat Subuh, kami kembali semula ke hotel kami di Mubarak Silver untuk menikmati sarapan pagi yang disediakan. Kemudian kami bersiap ke Masjid Nabawi untuk join sekali lagi trip ke Raudhah. Setelah selesai menyempurnakan beberapa solat sunat dan sujud syukur di dalam masjid, kami bergegas join grup Andalusia yg lain ke dalam Raudhah lagi. Entah kenapa, aku masih belum berasa puas untuk berada di situ. Aku teringin untuk berdoa dan bersolat penuh khusyuk di dalam Raudhah tanpa berlaku apa2 aktiviti tolak menolak, langgar melanggar dsb. Terkilan pulak rasa hati andai aku x sempat untuk merasai perasaan yang aku inginkan itu ketika berada di Raudhah, tempat yang mustajab untuk berdoa. Harini merupakan hari terakhir kami berada di bumi Madinah dan esok selepas Solat Jumaat kami akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan Umrah. Dalam hati doa tak putus2 agar Allah SWT memakbulkan doaku itu.

Menikmati air zam-zam sejuk/xsejuk memang pengalaman yg sangat seronok sepanjang berada di sini. Teringat ada satu malam selepas ke Raudhah aku singgah sebentar di tong air zam-zam yang tersusun di sepanjang pintu masuk masjid Nabawi untuk menghilangkan dahaga. Tetiba “apesal aku rasa air zam zam ni mcm ada gula ye?”. Lantas aku check balik gelas yg aku guna tu kot2 org da guna letak air sirap ke haper..tapi ternyata gelas tu baru.  Berdebar2 lak rasa tyme tu..mungkin itu antara  yang Allah nak beri kat aku semasa kat situ, Masya Allah..

So cerita kat Raudhah waktu siang, still sama mcm haritu, malah lebih menyedihkan aku hanya mampu solat berdiri kerana padatnya jemaah yang berpusu-pusu masuk ke Raudhah. Ada seorang Jemaah wanita dari Pakistan tak silap aku, meluru masuk dan memijak seorang budak kecil yg sedang sujud bersama ibunya. Aku tak teragak2 menepuk bahu Jemaah itu dan menegur sikapnya. Aku sekali lagi sedih dan terkilan dan segera meninggalkan Raudhah dengan langkah yang lemah. Zura rakanku telah keluar lebih awal kerana aku tersekat di dalam Raudhah. Aku berjalan sendiri kali ini keluar dari Raudhah sambil menikmati keindahan seni bina di dalam Masjid Nabawi. Kemudian sekali lagi aku diuji, ketika keluar dari masjid Nabawi, di perkarangan luar masjid, jemaah yang nak keluar dan Jemaah yang nak masuk masjid bertembung dan bertolak2, memang keadaan agak lemas dan aku agak tertekan dengan situasi itu, tetapi aku hanya mampu bersabar. Aku bertemu dengan suami dan zura di tiang tempat port kami selalu akan berjumpa sekiranya terpisah.

Kami kemudiannya kembali ke hotel utk makan tengahari. Ramai jemaah2 yg akan ke Mekah berkumpul di lobi hotel siap2 dengan pakaian ihram. Berdebar pula rasa hati bila melihat jemaah2 yang siap2 berpakaian ihram untuk ke Mekah. Kenapa aku berdebar + nervous terlebih2 pun aku tak tau.. ngiluu je hati, eii esok kami akan ke Mekah, debaran kian terasa..

Malam tu, selesai solat Isyak kami kembali semula ke bilik hotel. Kami siap2 packing barang2 sebab esok kami akan bertolak ke Mekah. Tetiba abg asim (suami) whatsapp aku nak ajak keluar sebab ni merupakan malam terakhir kami, so dia nak ajak sama2 menikmati keindahan Masjid Nabawi and nak amik gambar sket katanya. So aku pun keluar, n aku x bajet nak g ke Raudhah malam tu sebab dalam hati aku, waktu tu pintu nak masuk Raudhah utk wanita selalunya da tutup. Tapi mana tau kalau2 ada rezeki, terjah je la. Sayu hati ketika tiba di Nabawi malam tu kerana malam tu adalah malam last kami.

Tetiba aku lihat pintu masuk untuk ke raudhah masih dibuka.. aku bergegas masuk dan abg asim pulak masuk kat tempat lelaki. Aku antara Jemaah yang dapat masuk last malam tu, dan selepas aku, pintu gate pun ditutup. Alhamdulillah, rezeki Allah nak beri. Aku terus masuk dan join grup Malaysia/ Indonesia. Alamak, xde wudhuk ni.. cam tak best la pulak, dapat masuk Raudhah takkan tak nk solat.. aku pun berfikir2 camne nak amik wudhuk ni, botol spray wudhuk aku x bawa pulak.. nak p toilet memang tak la kan..jauh. 

Dekat2 nak sampai ke Raudhah tetiba aku terlihat tong2 air zam2. SubhanAllah.. baru aku terfikir untuk berwudhuk menggunakan air zam2 (menitis2 air mata ketika menaip entry ni, walaupun dah setahun berlalu tapi kenangan indah x pernah padam). Ya Allah betapa kau limpahi kami dengan nikmat dan rezeki, kau sentiasa bukakan jalan, syukur ya Allah. Agak susah nak ambik wudhuk dengan air zam2 sebab paip tong tu agak rendah. So ada seorang Jemaah wanita dari Turki membantu aku memegang cawan dan tuang ke anggota wudhuk bagi memudahkan aku. Syukur..

Kali ini aku amik turn paaaling last, dengan harapan aku dapat bersujud lebih lama penuh khusyuk seperti yang aku minta setiap kali aku berdoa. Alhamdulillah malam yang tak akan aku lupa, aku dapat masuk ke Raudhah dan keadaan ketika itu lengang.. lengang tu, astaghfirullahal‘adzim.. betapa sayangnya Allah kepada kita, Allah telah makbulkan doa2 ku. Selesai aku memberi salam dan x henti2 berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, nabi kesayangan seluruh umat Islam, aku terus melakukan solat sunat taubat, Solat sunat hajat dan beberapa solat sunat  lagi, lalu sujud syukur berdoa memohon agar diampuni segala dosa2 aku, suamiku, ibu ayah ku dan seluruh kaum  keluargaku juga seluruh kaum muslimin. 

Kemudian aku berdoa lagi di sujud terakhirku agar kami dipermudahkan dalam segala urusan dunia dan akhirat, juga dalam urusan umrah kami di Mekah nanti. Aku juga tak henti2 berdoa agar aku disembuhkan segera dari belenggu darah istihadhah (akibat pengambilan ubat pil tahan period (perancang) yang sangat mengganggu perasaan itu sebelum ke Mekah esok. Alhamdulillah, selesai aku berdoa agak lama di Raudhah tanpa sebarang gangguan, tiada kes tolak menolak dsb.. aku melangkah keluar dengan linangan air mata, bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai nikmat berada di Taman Syurga (Raudhah) malam tu. Waktu ketika itu ialah pukul 2 pagi.

Suami telah siap menunggu di luar pintu keluar, dan di malam yang sangat dingin itu kami mengambil peluang berjalan sambal bergambar menikmati malam terakhir kami dengan keindahan Masjid Nabawi. Kemudian kami kembali ke hotel.

Syukur padaMu Ya Allah.. kenangan kali ke 4 masuk ke Raudhah akan sentiasa terpahat di dalam hati hingga ke akhir hayat..terima kasih Ya Allah..

Entry seterusnya - Travelog Umrah 2014 - Day 5
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...