Travelog Umrah
2014
Hari Pertama (Perjalanan KL –
JEDDAH – MADINAH)
16/2/2014
(Ahad)
Penat masih
bersisa, kitorang baru selesai kursus intensif kat USM Penang start dari 20/1/14 and
tamat pada 15/2/14. Kemudian kami terus sambung untuk ke Tanah Suci for umrah 16/2/14 (malam)(Bulan2 yg agak packed schedule) Pagi
ni sempat gi Pejabat Andalusia kat Kg. Pandan utk dengar kursus umrah kali
terakhir sebelum bertolak ke tanah suci pada malamnya nanti. Hati berdebar +
gembira - tak dpt digambarkan betapa terujanya kami (actually aku yg rindu
nak dengar celoteh Ustaz Daud tu bagi ceramah, hahah.. ada certain part yg aku
suka)
Kami berdua dihantar
oleh MIL and SIL ke LCCT malam tu. Flight kami dijadualkan bertolak dengan
AirAsiaX KL - JEDDAH pukul 2 pagi. Semua jemaah diminta berkumpul kat depan
MarryBrown LCCT pukul 11 malam. Ada Mutawwif
yg akan tunggu semua Jemaah kat sana. Sedih bila terpaksa meninggalkan anak2
utk ke sekian kali lagi (after tinggalkan dorg during course kat USM) but kami
tetap kuatkan hati untuk ke sana.
Malam tu
ramai jemaah yang akan ke tanah suci n datang dari pelbagai agensi umrah. Ada
juga jemaah yg dtg dari Indonesia (transit) ke sini. Masing2 ambik port untuk
berehat/tidur sebab just now ada pengumuman, flight kitorg
delay kol 2 pagi ke pukul 5 pagi adess.. dugaan ler tu. Aku ngan suami pergi
ngan kawan kami Nor Azura n adik lelaki dier Yeh. Kami tak tidur semalaman. Penat
n mengantuk jangan cakap. Tapi aku bajet yg aku nak tido puas2 kt dlm flight
nanti. Sepanjang menunggu, kami hanya bersembang2 kecil
17/2/2014 (Isnin)
Tiba masa
kami dah dibenarkan untuk ke Pintu berlepas International, alangkah seronoknya
hati, perjalanan akan bermula sebentar je lagi. Kami melalui imigresen
checkpoint then, semua benda yg berliquid (lebih dari 100ml), xleh bw ke dlm perut
kapal (kena letak dlm beg besar kalau nak bw gak).
So perjalanan
dari KL ke Jeddah mengambil masa selama lebih kurang 8 jam. Kami dijadualkan
tiba di Jeddah dalam pukul 9 pagi (2 petang waktu Malaysia - beza 5 jam). Sepanjang kat dlm flight aku sangat
mengantuk. Pengumuman masuk waktu utk Solat Subuh dlm flight kedengaran, so aku
pun mengambil wudhuk dgn botol air spray lalu solat Subuh atas kerusi seperti
yg telah diajar ketika kursus umrah haritu. Pastu aku sambung tidur dan apabila
tersedar aku lihat ke luar tingkap.. dekat nak sampai dah.. nampak padang
pasir.. tebal MashaAllah.. aku dh sampai di bumi Anbiya.. teruja nya Ya Allah..,
Penerbangan dgn AirAsiaX not bad, tq AirAsiaX – murah, berbaloi ..Alhamdulillah!
Mendarat di
Jeddah, suhu agak sejuk lebih kurang 14-15 degree. Sebelum ni org kata pernah
mencecah 8-10 degrees, yang benerr?? Bercakap pun cam berkabus (Korea??)
Setelah selesai urusan ngan Imigresen Checkport (cepat alhamdulillah, sbb pernah
dengar pengalaman org lain-imigresen sini sangat teruk blablabla) mungkin nasib
kami baik haritu.. segalanya berjalan lancar, takde beg yang hilang dsb syukur dipermudahkan.
Bas n Mutawwif
Andalusia (Ust. Muhammad Shafiq dan Ust. Ahmad Firdhaus) dah sedia menunggu kat
luar perkarangan airport Jeddah. Setelah semua bagasi dh dpt, kami pun naik bas
utk ke Madinah. Kami singgah sebentar
untuk solat jamak Qasar (zuhur n Asr) kat RnR apa nama x ingat, n kami
disajikan dengan hidangan Nasi Mandy ayam utk juadah tengahari di restoran yg
ada kat situ. Perjalanan mengambil masa selama 8 jam lagi (lama kan?) n
sepanjang kt dalam bas, mutawwif banyak menerangkan sejarah2 di situ, ajak
ramai2 berzikir penuh syahdu..
Ok, nak
cerita kejadian dalam bas, ada seorang jemaah lelaki grup kami duk betul2 kat
belakang seat aku. Tetiba asyik muntah2 teruk (angin kot)..astaghfirullah aku
simpati sgt2. Then, aku soh abg asim bagi gula2 berangin + minyak angin yg aku
ada dgn harapan dia akan ok. Tapi yg sedihnya keadaan dia masih teruk n dier nampak
letih sangat sebab banyak kali muntah. Sepanjang perjalanan dekat 3 jam dia
non-stop muntah. Aku x henti2 berdoa agar dia tak apa2. Suddenly, aku teringat
yg aku ada bawa beg ubat, aku pun belek2 ubat2 kat dlm tu then, betapa happynya
bila aku nampak ubat “TAHAN MUNTAH” ada kt dlm beg tu, trus aku soh abg asim
bagi kat dia.. pastu baru dier ok.. Syukur alhamdulillah aku panjatkan ke
hadrat Ilahi.. Tu mungkin dugaan utk dia..dugaan kita, tak tau macam mana
nanti.. doa tak pernah putus agar kami dipermudahkan.
Sampai je di
Tanah Haram Kota Madinah.. terasa sayu je hati.. benar2 tak sangka yg aku akan
berada di sini.. Ya Allah, sesungguhnya kau Maha Pengasih lagi Penyayang.. bahawa
sesungguhnya kami diberi kesempatan utk berada di tanah yg suci lagi barakah, tanah
di mana Nabi kesayangan kita semua - Rasulullah SAW disemadikan.
Kami
ditempatkan di Hotel Mubarak Silver, 400 meter jarak dier dari Masjid Nabawi.
Kami sampai dah Maghrib, x dpt kami solat berjemaah di Masjid utk Maghrib mlm
tu sbb baru sampai, jalan masuk ke Kota Madinah agak jammed menyebabkan kami
agak kelewatan sampai. So,lepas pembahagian bilik dan kunci, kami siap2 solat
dlm bilik, makan malam n cepat2 berjalan kaki ke Masjid Nabawi utk Solat Isyak. Tau tak apa perasaan
dia first tyme bila nampak Masjid Al Nabawi depan mata tersergam indah dgn
disinari lampu2 yg bergemerlapan?..SubhanAllah indah tak terkata.. aku hanya
mampu mengucapkan syukur yg tidak terhingga kerana diberi peluang oleh Allah
SWT utk menghadirkan diri di situ bersolat jemaah beramai2..beberapa kali air
mata aku menitis mensyukuri segala nikmat yg diberikan olehNya kepadaku..
Cuaca malam di Kota Madinah sangat sejuk.., terasa nyaman dan tenang.. ramai betul jemaah di dalam Masjid Nabawi.. memang kene g awal supaya dpt solat kat dalam (atas karpet) kalau tak terpaksa solat di perkarangan masjid la nampaknya (atas tiles).. sejuk lak tu..haha. Before masuk masjid ada Polis/Pegawai Masjid wanita Arab (berpurdah) kat pintu masuk utama (bahagian wanita) akan check beg kita.. mereka x kasi bw masuk kamera, tab etc. nanti dorg rampas or soh kita hantar balik ke hotel.. but handset boleh bawa tu pun kena sembunyi2.. (tak tau pesal..) but begitulah keadaannya kat sana.. org berpusu2 bertolak2 nak masuk n keluar.. bersabar saja la ye.. aku agak 'culture shock' memula tu.. ramai nya umat dari pelbagai pelusuk negara.. mmg macam2 pe'el la kan..
Selesai solat Isyak.. kami terus balik ke hotel, menyusun barang2 pakaian yg masih x terurus.. n tidur coz esok kena bangun awal utk Solat Subuh.. :)
link seterusnya - Travelog umrah - Day 2 (Madinah)
Selesai solat Isyak.. kami terus balik ke hotel, menyusun barang2 pakaian yg masih x terurus.. n tidur coz esok kena bangun awal utk Solat Subuh.. :)
link seterusnya - Travelog umrah - Day 2 (Madinah)
11 comments:
Pengalaman makcik bukan di larang bawa tp di suruh tggl dekat bilik simpanan.hanya tunjuk h.set dan kata pd pengawal "amanah".mereka akan bg tau bilik tu di kanan atau dikiri pintu masuk td.di sana kita akan d bg satu kad setelah tulis nma n jenma fon pd buku khas.mcm tgglkn beg kt super d m'sia.bla keluar nnt klu lupa bilik amanah tunjuk kad td mana2 pengawal.utk h set b kmera.entah macamana Allah bri kefahaman stlh b kali2tersangkut dek kemera fon.klu x bwa camna nk kontek suami.pas tu lega sbb hr2 dpt tulis nama dlm buku catatan masjid nabawi.kisah musim hj 2009.lama dah.tp ada kawan lepas letak dlm stoken.tp m cik suka nama di catit.sweat sangat.
sekarang hset boleh bawa tapi pandai2 sorok.. dorg tak ambik, tapi kamera mmg dorg x kasi masuk dlm tu
Layari:
http://www.abkhgc.com/
Menawarkan ground pakej umrah yang terbaik.
Salam Tuan...Mohon Kebenaran Untuk Mengambil Manfaat Dari Cerita Di Atas Agar Menjadi Panduan Kepada Sahabat Yang Akan Mengerjakan Umrah Dan Haji . Wasalam
silakan
Nice sharing. Umrah is minor pilgrimage compare to annual Hajj pilgrimage. You should visit once in life. Many people looking for Umrah packages at cheap rates. Because they can’t afford, this is very awful. But many tours offer Hajj and Umrah at affordable rates. But people can’t reach their, cause of lake of information.
Nice sharing. Umrah is minor pilgrimage compare to annual Hajj pilgrimage. You should visit once in life. Many people looking for Umrah packages at cheap rates. Because they can’t afford, this is very awful. But many tours offer Hajj and Umrah at affordable rates. But people can’t reach their, cause of lake of information.
Save big to book your economical and luxurious Hajj and Umrah Packages in 2019 to complete your mystical Hajj and Umrah worships. These deals are designed by expert and professional team of Umrah Experts.
Save big to book your economical and luxurious Hajj and Umrah Packages in 2019 to complete your mystical Hajj and Umrah worships. These deals are designed by expert and professional team of Umrah Experts.
Save big to book your economical and luxurious Hajj and Umrah Packages in 2019 to complete your mystical Hajj and Umrah worships. These deals are designed by expert and professional team of Umrah Experts.
Post a Comment