Sunday, March 16, 2014

Umrah- Persiapan kami


1) Renew pasport 
Buat kat UTC Puduraya Kuala Lumpur. Pasport mesti berbaki 6 bulan dari tarikh perjalanan, punyalah lama tunggu nak kasik siap paspot, dari kol 9am sampai kol 4pm baru siap, hazabb.. sebab tyme kitorg gi tu tyme public holiday Selangor, so KL jadi packed .. adoii


2) Gambar ukuran VISA
Ambik gambar utk buat VISA umrah (latar belakang putih tudung hitam) - buat kat UTC jugak, kata pusat pelbagai perkhidmatan kan... :)

3) Injection (Suntikan)
Beli buku  injection kaler oren kat kaunter UKM Specialist Centre tingkat 7 - RM2/pcs. Pastu gi Unit kawalan Infeksi PPUKM, untuk ambik 3 injection ;
    - ACWY (meningococcal) tahan untuk 2yrs, 
    - Influenza tahan utk setahun, really help supaya x mudah jatuh sakit kat sana nanti
    - Pneumococcal (optional) ambik sekali  seumur hidup 
Semua injection adalah percuma  alhamdulillah - staf PPUKM, n utk abg asim dapat vaksin dengan harga 'staff price' dalam RM56. ++ camtu

                                
4) Cop Pengesahan Surat Nikah 
Kena fotostat surat nikah dan dapatkan cop di pejabat agama n Wisma Putra Putrajaya -ini disebabkan pada 9 April 2013 yang lalu kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan syarat sedemikian.. (yang ni abg asim yang gi buat sendiri).now makin ketat syarat2 nak wat VISA umrah, kalau dulu ada istilah tumpang mahram, but now dah x boleh.. wat umrah grouping ramai2 tanpa mahram n tumpang mana2 lelaki as a mahram pun dah x boleh

"Mana-mana wanita yang berumur 45 tahun ke bawah perlu membawa mahram masing2 " hmm mungkin ada hikmah disebalik mengapa kerajaan Arab Saudi berbuat demikian. Ada wanita tanpa mahram pergi ditemani lelaki yang bukan mahram (tumpang mahram) sedangkan niat hendak beribadat tetapi adakah pekerjaan mereka sewaktu menunaikan umrah menepati kehendak syari'ah.. wallahualam, setiap sesuatu yang berlaku ada hikmah2nya yg tersendiri.

5) Kursus Umrah
Bagi aku, attend kursus umrah ni sangat membantu untuk kita mendalami selok belok ibadah umrah. Ibadah ni bukan seperti ibadah2 yang selalu kita buat, tetapi ianya jarang2 dapat dilakukan dan hanya boleh dilakukan di sana. So sangat penting untuk kita memahami perjalanan ibadah umrah tersebut, memahami pantang larang dalam ihram dsb. Kitorang attend kursus kat Pejabat Andalusia Kg. Pandan yang diadakan setiap Sabtu dan sambungannya hari Ahad. Penceramah dier tak lain x bukan Ust. Mohd Daud Che' Ngah. Kalau nak dtg kene awal sebab takut x dapat tempat duduk. Memang ramai org yang attend kursus kt situ sampai ada yg terpaksa duduk kat tangga. Kadangkala kami (aku dan suami) ke Kompleks Tabung haji untuk menghadiri kursus umrah - saja tukar2 angin.. :), alhamdulillah

Credit to Mizzura for this pic :)

6) Barang2 kelengkapan umrah
Kitorang pakat g beli brg2 keperluan umrah kat MYDIN mall (murah2 belaka). Kadang gi yang kat Subang, kadang yang kat KL. Sangat berbaloi ngan harga yang jauh lebih murah. Nak kata dari segi kualiti mungkin jauh beza ngan yg dijual di kedai2 umrah yang lain tak juga. Kualiti tetap ok dan yang paling penting tak nak membazir. Harga kain ihram serendah RM29.90 boleh didapati di sini (jangan x caya). Segala persediaan kelengkapan kami sangatla ala kadar dan tidak membazir, jauh sekali membeli telekung baru yang cantik bersulam beratus2 ringgit semata2 untuk ke sana, tidak.. :)






7) Ubat Tahan period
Oleh kerana aku x period2 sebab masih breastfeed, so aku bajet yg mungkin aku x period lagi kat sana nanti. Tup tup 3 months before pegi dia mai elok lak tyme2 tarikh tu la pulak tu adoi. So aku pun buat study, beria..bukan x leh anjak tarikh umrah tu tapi dah set memang x leh diawalkan atau dilambatkan sebab tarikh tu dah sedang elok. Sebabnya kami kena pergi ke USM sebelum tu, n kalau dilambatkan pun aku x setuju sebab aku memang target nak pegi awal before bulan Mac, sebab nak pegi umrah yg time musim sejuk (gedik).. Aku pun segera buat appoinment ke klinik Gynae PPUKM n doktor suggest this pil (contraceptive pill). Harga ingatkan murah rupa2nya mahal, dek kerana mahal so aku pun komited la makan kan..(ada kisah sadis di sebalik ni, nanti la cerita).. so part ni settle!
  

8) Beg2 baju untuk umrah
Takyah pening nak fikir utk beli beg yang besar, sebab beg pakaian, beg kecil, sling beg semua pihak travel agency yang sediakan..Pihak dorg kol nak hantar ke rumah beg2 ni, tapi saya kata during office hour xde org kat umah, so aku n asim gi la ke pejabat dorg untuk collect sendiri semua beg2 ni - time kitorang amik leave utk settle dokumen for umrah, sekali harung la

  

9) Selesaikan urusan, bayaran puasa dan hutang2

Puasa
-Syukur aku xde puasa wajib /nazar yang terhutang, sebab aku berpuasa penuh di tahun2 yang sudah sebab mengandung n breastfeed baby
Hutang
-Selesaikan hutang Fidyah - Sekian lama nak buat tak terbuat2, sebab tak tau nak byr kat mana, akhirnya settle di PPZ (Pusat Pungutan Zakat MAIWP), maka berakhirla segala yang terbelenggu di hati selama ni.. syukur yaAllah..
Selesaikan hutang LHDN - dah settle sebab buat pemotongan gaji dan akhirnya habis jugak
Selesaikan hutang ngan kawan2, keluarga dsb - hutang2 kecil, hutang yang terpinjam, hutang2 beg n tupperware, yang terambik dipulangkan n sumer dah disettlekan before pegi ke sana (hahah.. hutang tupperware yg xleh blah tu..)
Urusan
-Selesaikan urusan dgn ASB - Sebab kami dah memang taknak, takut bercampur yang mana simpanan yang mana dividen, so seeloknya kami transfer semua simpanan duit dari ASB ke Tabung Haji , and also stop immediately the ASB loan with Maybank, no more...

10) Apply insuran Perjalanan + SPKLN 
Untuk kakitangan PPUKM, cuti ke luar negara perlu dipohon melalui Sistem Pengurusan Ke Luar Negara (SPKLN) dan sebaik2nya apply untuk insuran perjalanan ke luar negara (utk lebih secure). Kemudahan ni boleh diambil sekali sahaja perjalanan ke luar negara dalam setahun, dah ada kemudahan , guna je la.. :)
Permohonan SPKLN diluluskan
                         
Insuran Perjalanan pun da dpt

11) Persiapan mental, fizikal n spiritual

Fizikal - kene wat work out , orang kata kalau x exercise nanti sakit2 otot sebab ibadah umrah bukan sahaja ibadah yang melibatkan rohani tetapi juga melibatkan pergerakan jasmani (Fizikal). Bila masa la kita ada masa nak gi jogging ni bang asim.. harap tyme kursus kat USM je la.. jalan kaki, tu pun yg ado.. hahah semoga diberi kekuatan dan kesihatan yang baik ketika di sana nanti..

Mental - Persediaan dari segi mental means -bersedia dengan pengetahuan dari segi selok belok ibadah umrah, apa yang akan berlaku di sana nanti, tahu apa yang nak kene buat, nak berdoa kat mana, faham mengenai pantang larang ihram dsb.. haha semua info ni boleh baca kt buku panduan umrah yang diberi n jugak kat kursus umrah - memang sgt membantu

Rohani - Persediaan dari segi ni adoi, memang la minima je (biasa2 shj).. tapi alhamdulillah dapat jugak buat solat2 sunat tersebut sebagai persediaan, semoga diterima olehNya segala amalan2 ni -Seelok2nya perbanyakkanlah melakukan solat2 sunat seperti solat tahajjud, solat hajat, solat taubat dan solat istikharah, juga perbanyakkanlah juga mebaca ayat2 suci AlQuran beserta tafsirnya agar kita lebih faham dan dapat merasai akan kehebatan dan keindahan yang terkandung dalam kitab suci AlQuran tersebut, semoga amalan2 kita ini akan berterusan bukan setakat semata2 utk pergi ke sana sahaja, tetapi berharap agar ianya menjadi amalan harian kita  inshaAllah..

12) keperluan secukupnya untuk anak2 yang ditinggalkan
Anak2 yang nak kene tinggal ramai, so persiapan persekolahan (baju2 sekolah, beg2, buku2, alatulis) kene sedia secukupnya, baju2 rumah, yang kecik2 kene siapkan pampers n susu, ubat2 an dsb..semua kene siap2 kat umah MIL, ..

13) Memberitahu ahli keluarga (parents)
Alhamdulillah niat murni ni kami war2kan pada keluarga (ibu abg n ibu aku kat Sabah) 2 bulan sebelum pergi..  seelok2nya diberitahu sebab restu dari dorang tu perlu agar perjalanan tersebut diredhai

14) Kenduri doa selamat 
Kenduri2 ni x buat pun xpe, tapi kalau nak buat rasanya x salah (ikut kemampuan).. Seeloknya kenduri doa selamat ni dibuat setelah balik dari mengerjakan haji atau umrah (lebih afdhal) ..mana2 la. Kitorg buat kenduri doa selamat sebulan sebelum berangkat haritu, sekali dengan sambutan bday baby Hariz yg pertama + tahlil arwah..alhmadulillah


*** Semua dokumen (salinan surat Nikah yang dah dicop, gambar berukuran VISA, pasport dan pembayaran penuh) perlu di settlekan selewat2nya 30 hari sebelum tarikh perjalanan..

Semoga perjalanan kami ini dirahmati dan diredhai olehMu Ya Allah, sehabis usaha telah kami lakukan untuk menyucikan segala2nya sebelum kami ke rumahMu, baik dari segi perbelanjaan- menggunakan sumber kewangan yang halal, hutang2 yang ada juga kami telah lunaskan, baik dari segala segi inshaAllah nawaitu (niat) hanya beribadah kepada Mu. Maka, terimalah kami insan kerdil yang hina lagi penuh dosa datang sebagai tetamu di rumah Mu. Ya Allah, kami membawa dosa2 yang sangat besar mengharapkan keampunan dan keredhaan dariMu, maka andai ada dugaan yang mendatang kepada kami, kami memohon diringankan dan kami redha atas segalanya, Tuhan, terimalah kami -

"Biar jahil ilmu di dada, biar banyak khilaf digalas, biar uzur tubuh menahan.. namun, salam-Mu tetap kusambut, rumah-Mu tetap kan kujejak, kerna cinta dan rindu ini hanya untuk-Mu Ya Allah" -














Umrah - Anak2

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menyambung entry yang seterusnya..

Beberapa bulan before berangkat Umrah, aku actually sedih jugak nak pergi sebab kena tinggalkan anak2 yang masih kecil kat umah MIL especially Hariz n Nadhirah. So, bila dah konfem tarikh untuk ke sana kitorang bagitau kat Aleeya n Ain tentang berita tu and dorang boleh terima n tak kisah... 

bukan x nak bawa anak2 sekali, tapi bila difikirkan ini merupakan umrah pertama kami, so sebaiknya kami fokus pada ibadah umrah sepenuhnya lagipun dorg sekolah (takkan Aleeya n Ain nak ponteng sekolah). Lagi pulak kalau bawa pun dorg masih kecil n belum faham sepenuhnya erti sebuah ibadah yang sebesar itu MasyaAllah. Andai ada yang boleh menjaga sebaiknya anak2 ditinggalkanlah (bagi aku).. tapi kalau memang xde pilihan kena bawa la juga. 

Orang kata kalau kita berdoa untuk dipermudahkan oleh Allah SWT, inshaAllah akan dipermudahkan, tapi jika fikir akan kesulitan pasti akan susah.. tetapi kalau pergi beramai2 ngan keluarga mungkin xde masalah sangat sebab boleh berganti2 menjaga anak2 kecil tu, kalau pergi berdua saja mungkin akan ada masalah untuk fokus pada ibadah umrah, mungkin untuk solat di dalam masjid yang ramai orang dengan membawa budak kecil juga akan menjadi terhad, untuk dapat solat berjemaah setiap waktu di dalam Masjid Nabawi dan Masjidil Haram juga terhad, untuk beriktikaf lama2 di masjid juga terhad, dengan karenah anak2 yang mungkin cepat bosan, menangis lapar, dibuatnya jarak hotel dan masjid jauh ini akan menyebabkan anak2 keletihan, berak kencing di masjid juga akan menjadi masalah, sebab tandas agak jauh dari masjid, masalah untuk khusyuk ketika melakukan tawaf umrah dsb juga mungkin timbul.. terasa rugi andai semua ibadah ini menjadi terhad dengan hanya solat di dalam bilik hotel sebab kasihankan anak2, nak datang bukannya senang..

Sebab niat utama - untuk melaksanakan ibadah umrah yang pertama ini sebaik mungkin, bukan untuk saja pergi, bukan melancong, bukan untuk riak takabbur, bukan sebab org pergi saya pun nak pergi, bukan dan bukan..nak menyimpan wang perbelanjaan ke sana bukannya mudah, kami perlu merasai nikmat bersusah payah itu untuk ke sana. Oleh yang demikian niat saya yang dah lama terpendam ni kalau boleh nak buat yang terbaik sebagai tetamu Allah di sana inshaAllah, n kalau boleh nak dipermudahkan untuk melaksanakan segala urusan ibadah bersama suami.

"Anak2 sekalian, bila dh besar nanti kita pergi umrah ramai2 sekeluarga..(ibu, ayah, aleeya, ain, nadh n hariz) indahnya saat itu, bagi ibu ayah lepas dulu umrah fardhu ni. Anak2, kita bukan orang senang bukan org kaya, bonus bertingkek2.. duit bukan senang nak dapat, bukan senang nak kumpul, tunggu bila kalian dah faham maksud ibadah , dah lancar solat dsb, tyme tu baru rasa berbaloi bagi ibu untuk kita berbelanja beramai2 ke sana.. Elakla mmbazir wang yang ada, niat murni ini inshaAllah akan dimakbulkan oleh Allah SWT suatu hari nanti..amin.." - ibu

So alhamdulillah, MIL n SIL nasib baik sudi untuk jaga anak2 kami sepanjang kami di sana nanti, syukur hanya Allah yang mampu membalas jasa mereka.. terima kasih sangat2


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...