Friday, March 13, 2015

Travelog Umrah 2014 - Day 3 (Ziarah Luar)


Entry sebelum -->; Travelog Umrah Day 2 - Ziarah Dalam

Salam, sambung entry umrah hari ke 3 , in sha Allah..

19/2/2014 - Rabu (Ziarah Luar)
Hari ke 3 di bumi Madinah.. harini grup kami akan dibawa untuk aktiviti ziarah luar sekitar Kota Madinah. Seawal pagi selepas menunaikan Solat Subuh berjemaah di Masjid Nabawi, kami terus bersarapan dan bersiap2 menaiki bas yang menunggu di perkarangan hotel

Tempat pertama persinggahan kami:

1) Masjid Quba'

"Barangsiapa yang berwudhu' di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba' untuk solat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahala menunaikan umrah" - (HR Ibnu Majah)

Begitulah kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada umat Islam di bumi Madinah. Mudahnya mendapat pahala umrah dengan hanya bersolat di masjid ini. Masjid Quba' telah dibina oleh Rasulullah SAW sewaktu baginda dalam perjalanan hijrah ke Kota Madinah. Masjid pertama yang dibina dalam sejarah Islam berasaskan iman dan taqwa


Alhamdulillah diberi peluang untuk solat di Masjid Quba' walaupun dalam keadaan yang agak kurang selesa. Ramainya umat di masjid Quba, Allah saja yang tahu.. nak bolos untuk dapat masuk pun hazabb. Dalam hati berdoa tak putus2 untuk dipermudahkan untuk solat di dalam masjid. Serius aku jadik a bit down sebab keadaan yang bertolak2 sejak di Masjid Nabawi dan Raudhah. Mungkin ujian buat aku, dan moral of the story, sentiasa bersikap positif dan terima semua yang barlaku sebagai satu ujian dari Allah SWT .

Teringat satu Hadis Riwayat Muslim:

Kelebihan bersabar menanggung kesusahan yang dihadapi di Madinah
Maksudnya: "Mana-mana umatku yang bersabar menanggung kesusahan dan kepayahan di Madinah aku akan memberi syafaat kepadanya pada hari Kiamat atau aku menjadi saksi kepadanya." (Hadis Sahih Muslim) 

Jujur aku rasakan cabaran yang kuat untuk aku ketika berada di bumi Madinah ini, syukur aku berjaya atasi perasaan tersebut dan belajar menerima situasi baru ini sedikit demi sedikit

2) Ladang Kurma

Lokasi kami yang seterusnya ialah melawat Ladang Kurma. Di ladang ini terdapat pokok2 kurma yang boleh dilihat (tinggi2 pokok kurma rupanya). Kat sini juga kami dihidangkan dengan hidangan teh yang sangat light rasanya. Di ladang kurma ni terdapat banyak jenis kurma yang dijual dan boleh kita pilih (tetapi ada orang kata harga agak mahal jika di compare dgn yang jual di Pasar Kurma) so aku hanya tengok2 dan beli sedikit sahaja kurma.  Semua kurma boleh dirasa secara percuma - F.O.C. Mmg macam giler makan kurma. Kurma yang paling sedap is of course, my favourite - Kurma Ajwa (Kurma Nabi) yang juga ada gred2 yag tersendiri. Gred A harga lebih mahal n gred B lebih murah, macam tu la..

Selain dari jualan pelbagai jenis kkurma yang sedap2, kekacang pelbagai jenis turut dijual di ladang ini. Aku lihat para jemaah yang lain memborong berbondong-bondong kurma. Masing-masing kelihatan cukup excited dan gumbira. Aku bajet yang aku hanya akan beli di Pasar Kurma di akhir lawatan kami nanti. Tapi kat ladang ni kurma nya nampak lebih fresh. Terpulang kepada masing-masing nak pilih sama ada nak beli di Ladang Kurma atau di Pasar Kurma.



3) Jabal Rhomah - Bukit Uhud

Jabal (Rhomah) Uhud adalah bukit (Jabal) yang terpanjang dan terbesar di Madinah. Di sinilah berlakunya peristiwa Perang Uhud yang mana mengorbankan ramai pejuang Islam di tangan tentera kafir Quraisy. Mengimbau sejarah Perang Uhud sbg iktibar bersama. Di sini juga terdapat makam para syuhada' dan terasa sayu hati tatkala memberi salam di makam mereka.. para pejuang Islam yang mana Allah telah janjikan syurga. 

Aku dan suami tidak melepaskan peluang untuk mendaki Jabal Uhud. (Terasa rugi andai tidak mendaki Jabal ini di ketika masih diberi kudrat dan kesihatan yang baik oleh Allah SWT). Cuaca sangat sejuk, walaupun matahari agak terik, tapi angin yang bertiup sangat sejuk. Bukit uhud tidak terlalu tinggi dan ramai yang mengambil peluang untuk mendaki.

Selain dari itu, kat sini jugak terdapat mini muzium galeri yang menceritakan sejarah Perang Uhud dsb. Terdapat juga jualan2 di sekitar Bukit Uhud. Kemudian terasa nak ke toilet, mencari toilet agak susah dan jauh. Keadaan toilet yang agak tidak memberangsangkan menyebabkan niat aku terbantut dan rupanya kami (aku dan suami) dah terlewat. Semua jemaah grup telah menunggu di dalam bas. Terasa bersalah kerana menyebabkan kelewatan ziarah pada hari tersebut. Trip lawatan ini perlu disegerakan untuk mengejar waktu Solat zuhur nanti (Takut x sempat).

4) Masjid Qiblatain

Kami hanya lalu sahaja di masjid ini. Mutawwif memberi penerangan serba sedikit berkenaan sejarah masjid ini kepada kami. Masjid Qiblatain ini merupakan antara masjid yang tertua di Madinah selain daripada Masjid Quba dan Masjid Nabawi. Menurut sejarah:

Pada tahun ke 2 Hijrah, Rasulullah SAW ke perkampungan Harrah dan ketika masuk waktu Zuhur, Rasululah melaksanakan solat di masjid tersebut (Sebelumnya dikenali sebagai Masjid Bani Salamah). Dalam solat tersebut, baginda menghadap kiblat ke arah Masjidil Aqsa. Namun pada rakaat kedua Rasulullah mendapat wahyu (Al-Baqarah :144) untuk mengubah arah kiblat tersebut. Rasulullah menghentikan Solatnya sementara, kemudian meneruskan kembali dua rakaat dengan menghadap kiblat ke arah Masjidil Haram di Mekah. Merujuk kepada peristiwa ini lalu masjid ini telah diberi nama yang baru iaitu Masjid Qiblatain yang bermaksud Masjid berkiblat dua.

5) Pasar Kurma

Kami diberi masa yang sangat terhad untuk membeli-belah di pasar kurma ini. Berlari-lari kami untuk segera memilih dan membeli sebab hanya diberikan masa lebih kurang 15 minit sahaja kerana kami sudah terlewat. So apa lagi, main sambar je la mana yang ada sebab takut x sempat sebab kami nak kejar untuk Solat Zuhur berjemaah di Masjid Nabawi. Kemudian hon bas telah berbunyi menandakan masa untuk membeli belah telah tamat. Kami pun segera kembali ke bas . Aku dan suami tidak terlalu membeli sangat, cukup ala kadar sahaja. Kami dapat tahu ada jemaah yang tertinggal bas dan mereka mugkin akan balik sendiri. x dpt bayangkan kalau aku kena tinggal dek bas..xke haru.


Trip Ziarah Luar tamat setengah jam sebelum Azan Zuhur berkumandang, Kami bergegas balik ke hotel untuk bersiap dan berlari2 ke Masjid Nabawi untuk menunaikan Solat Zuhur..

Petang tu aku, suami dan kawanku Zura pergi melihat2 jualan di sekitar perkarangan Masjid Nabawi, dan juga membeli jubah/abaya di sekitar BinDawood sementara menunggu waktu Asar.

Malam tersebut kami tidak ke Raudhah kerana agak keletihan .. dan kawanku Zura terseliuh kakinya petang itu menyebabkan kami sama2 membantutkan hasrat untuk ke Raudhah. Malam tu jugak rakan sekerja Suamiku (ex staff  nurse kat SJMC) yang sekarang ini bekerja di Madinah datang bertemu kami di lobi hotel dan mereka telah  membelanja kami Nasi Mandy Arab yang sangat sedap .. terima kasih
:)

Entry seterusnya --> Travelog Umrah 2014 - Day 4














No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...