22/2/2014
(SABTU)
DAY 6 – MAKKAH
(UMRAH PERTAMA)
Selesai umrah
pertama kami (aku dan suami) pada pukul 2.30pagi, kami mengambil keputusan
untuk tidak kembali semula ke hotel kerana jaraknya yang agak jauh. Bimbang
sekiranya kami balik ke hotel, kami akan terlajak tidur dan akan terlepas solat
subuh berjemaah di Masjidil haram (rugi pula rasanya). So kami hanya duduk
berehat di dalam masjid. Aku di bahagian
wanita dan suami di bahagian lelaki. Sesungguhnya aku sangat gembira dan bagai
tidak percaya aku diberikan kesempatan oleh Allah SWT utk dapat menjejakkan
kaki di masjid yang paling mulia bagi umat Islam, Masjidil Haram Makkah.
Sementara menunggu
masuk waktu Solat Subuh, aku membaca Al Quran tafsir kecil yang seringku bawa
bersamaku. Aku sangat berharap yang aku dapat khatam Al-Quran di sini sepanjang
umrah (kalau boleh). Keletihan yang teramat menyebabkan aku terlena sebentar.
Ditambah lagi dengan kesan ubat selsema, benar2 membuatkan aku pening dan
mengantuk. Apabila berkumandang azan Subuh, aku terjaga dan mengambil wudhuk
menggunakan botol spray yang sentaisa berada di dalam beg sandangku
Selesai solat
Subuh dan solat jenazah, aku dan suami sama2 brjalan balik ke hotel. Sesampai
saja aku ke bilik hotellebih kurang pukul 6.40pagi, aku lihat rakan2 sebilikku
lena dibuai mimpi.. ahhaha masing2 keletihan. Aku terlena dan terjaga semula
pukul 9.30 pagi dan bersiap untuk breakfast. Pagi ini aktiviti bebas. Aku
cadang nak buat umrah lagi tapi kami memilih untuk melakukan tawaf sunat dan
ibadah2 sunat sahaja di Masjidil Haram. Sebab kami baru sahaja selesai pagi
tadi.
Habis makan
tengahari, kami terus ke masjid untuk solat Zuhur berjemaah. Berjalan kaki agak
meletihkan di sini jika dicompare kat Madinah yang jarak hotelnya lebih kurang 300 meter shj dari masjid, sangat dekat. Di sini kami memakan masa lebih kurang
15 minit berjalan kaki untuk sampai ke masjidil Haram. Jaraknya lebih kurang 900m, jauh tu.. Syukur ke hadrat Ilahi, kami masih kuat dan sihat untuk
berulang alik sejauh itu setiap kali masuk waktu Solat . Aku terfikir,
bagaimana agaknya jika aku sudah tak larat, sakit kaki dan sebagainya suatu
hari nanti..mungkin akan mengalami sedikit kesukaran utk berulang alik seperti
ini, ya allah permudahkan kami..
Di Makkah, Masjidil
Haram masih dalam construction (renovation). So agak berdebu dan berhabuk. Aku
sentiasa berhati2 dan sentiasa berjalan menekup hidung dan mulut (kecuali dalam
keadaan ihram x boleh tutup muka utk kaum wanita). Perjalanan kami ke Haram
perlu meredah jalan yang agak x berapa bersih, dengan asap kereta, jammed, hon
di sana sini, padat dengan Jemaah yang datang utk wat umrah. Angin yang bertiup
turt sama membawa debu, najis2 burung merpati juga berada di mana2 (takut2
terkena kat tudung) sebab burung merpati banyak sgt berterbangan dan bertenggek
di tepi2 jalan sepanjang perjalanan nak ke Haram.
So kami memang
kena gerak awal utk sampai ke Masjid sebab jarak hotel yg jauh, takut2 terlepas
peluang solat berjemaah. Tapi yang seronoknya di Masjidl Haram ini, walaupun
sampai ngam2 untuk start solat, masih ada tempat berkarpet untuk kita bersolat.
Jika di Masjid Nabawi, kalau terlambat sedikit atau ngam2 sampai tu pun dikira
memang xde tempat utk solat atas karpet.. harus atas tiles sejuk atau di luar
perkarangan masjid la jawabnya haha..mungkin Masjidil Haram lebih besar dan
bertingkat2.
Ketika berada di
Masjidil Haram, masjid ni ada banyak tingkat, sentiasa berhawa dingin dan
sentiasa ada kakitangan yang membersihkan lantai dan sebagainya. Aku cukup suka bau wangi
di masjid ini. Pemandangan dalam masjid cukup indah dengan seni binaan yang
sangat gah. Kemudian apa yang membuatkan aku cukup sukakan Masjidil Haram ialah
kerana terletaknya Kaabah di tengah2 masjid ini. Cukup indah dan setiap kali
aku melihat Kaabah aku akan berasa sayu, sedih, insaf dan mensyukuri segala
kurniaan Allah SWT ke atasku. Renovation agak tak berapa best. Di
sekeliling Kaabah penuh dengan jentera crane yang besar2 dan tinggi2.
Sekelilingnya masih dalam pembinaan dan bagi aku agak mencacatkan pemandangan.
Lama jugak nak siap rupanya.
Harini selepas solat Zuhur aku x tahu rupanya
kawasan solat aku terletaknya jenazah2 yang akan disembahyangkan sebentar lagi.
Dapat jugak aku melihat jenazah2 disusun di hadapan lalu aku turut sama menyempurnakan
Solat jenazah
sabda baginda
s.a.w: "Barang siapa yang mengerjakan solat jenazah akan
mendapat pahala sebesar bukit Uhud dan sesiapa yang mengiringi jenazah akan
mendapat pahala sebesar dua bukit Uhud."
Hari ini kami hanya penuhi masa kami dengan beribadah di masjid, kemudian
kami keluar berjalan2 di sekitar deretan kedai bawah hotel Safa Tower. Jalan2
ke dalam kedai2 yang berhawa dingin sangat selesa. Kami juga masuk ke kedai Bin
Dawood yang berada di situ tetapi tidak membeli apa2, sekadar melihat2 dan
berjalan berdua. Aku dan suami kemudiannya menikmati aiskrim yang terkenal di sini dengan harga SR3 sahaja. Sedap.. yang peliknya walaupun cuaca agak panas,
tetapi aiskrim tu x mudah cair..Memang best dapat layan aiskrim ketika cuaca
panas.
Dan malam tu
sebelum solat maghrib aku dan suami melakukan tawaf sunat terlebih dahulu. Kat
Masjidil Haram takde istilah solat tahiyyatul masjid, tetapi selalu digantikan
dengan tawaf sunat setiap kali sampai ke masjid. Kemudian selesai solat Isyak,
kami kembali semula ke hotel utk menikmati makan malam dan terus berehat sebab
esok ada aktiviti ziarah luar Mekah. Kami semua akan dibawa ke Jabal Thur,
Jabal Rahmah, Jabal Nur (Arafah), Muzdalifah, Jamrah, Mina dan miqat untuk
sesiapa nak buat umrah di masjid Ja’ranah.
Entry seterusnya - Travelog Umrah 2014 - Day 7
Entry seterusnya - Travelog Umrah 2014 - Day 7
No comments:
Post a Comment