DAY 8 – MAKKAH
(MIQAT SENDIRI DI TANA’IM)
Harini kami
bercadang utk pergi ke masjid ‘Aisyah atau Masjid Tana’im iaitu kawasan miqat
paling dekat sekali di Mekah untuk perform niat umrah. So aku dan suami pun mencari2
teksi yang nak ke sana. Kebetulan ada beberapa orang Jemaah lelaki dlm grup kami
(dari Sabah) yang juga mempunyai niat
yang sama.. lalu kami pun berjumpa dengan seorang driver teksi yang sangat baik
dan peramah. Dia offer kami dengan offer yang jauh lebih murah. Kami menaiki
kenderaan MPV yg sangat selesa utk ke Tana’im. Setelah sampai suami pun menukar
kain ihram, lalu kami solat sunat ihram dan niat ihram di dalam masjid tersebut.
Kemudian kami dibawa oleh driver tu terus direct ke Masjid Haram lebih kurang
kol 11 pagi dan kami terus menunaikan umrah kami yang ketiga.
Kat sini Air
zam2 lagi banyak dari kat Nabawi. Puncanya pun dari telaga zam2 yang terletak
di Mekah.. Aku cukup suka menghilangkan dahaga denga air Zam2 yang sejuk..
bertuah betul penduduk Mekah, dapat minum air zam2 percuma setiap hari.. kalau kt
Malaysia ianya dijual dengan harga yang agak mahal.
Tyme kami wat
sa’ie tapi x abis 7 pusingan lagi, azan Zuhur dah start berkumandang. So masih
x abis Sa’ie lagi semua yang berada kat Bukit Safa dan Marwah akan berhenti
sai’e dan start bentang sejadah lalu beramai2 solat Jemaah di kawasa Sa’ie.
Seronok kan?? Pengalaman yg cukup manis buat aku dan suami. Kawasan Sa’ie ni
terletak di dalam masjidil Haram juga.. dan juga terdapat 3 tingkat (x
silap), berhawa dingin dan cukup selesa. Ketika melakukan rukun umrah ini,
aku cukup suka jemaah2 dari Indonesia yg bersemangat beramai2 dengan grup
mereka bernasyid, dan berzikir sehingga bergema kawasan tu..
Selesai sa’ie
dan bergunting (Tahallul) tetiba ada seorang wanita Turki pengsan di kawasan
laluan nak keluar, lalu aku cepat2 menggunakan botol spray wudhuk aku dan spray
ke wajah Jemaah itu agar dia sedar dari pengsan, dan Alhamdulillah dia ok
selepas tu.
Petang tu aku
dan suami pergi berjalan2 membeli ole2 di sekitar deretan kedai safa tower di
hadapan masjid Haram sambil2 menikmati aiskrim yang lazat SR3 hehe. Sedap.. jgn
tak try. Kami juga masuk ke Bin Dawood utk membeli jus2 dan air susu coklat yg
lazat ko…
Kemudian seperti
biasa selesai solat Maghrib dan Isyak dan makan malam, kami sekali lagi ke
Masjidil Haram. Harini nak solat dalam Hijr Ismail lagi dan kalau boleh nak
cium Hajarul Aswad (Ya Allah permudahkan kami). So selesai kami melakukan tawaf
sunat, kami sekali lagi mengambil peluang untuk solat dan berdoa di dalam Hijr
Ismail. Walaupun keadaan agak teruk tapi kami tetap kuatkan semangat utk masuk
ke dalamnya. Selesai bersolat dan berdoa. Kami solat pula di belakang (betul2
belakang) makam Ibrahim walaupun kemudiannya dihalau oleh polis yang menjaga
tapi kami rasa puas kerana berpeluang melakukan semua itu semasa di sini.
Tempat nak ke
hajarul Aswad memang aku surrender. Kat Hijr Ismail aku tahan lagi, tapi memang
tak boleh la kat situ, bertolak2.. Jemaah lelaki kiter nak lawan memang tak la
kan.. hahah aku tak berani lalu aku cakap kat suami, “Bang why not abg try, n
ciumkan untuk kitorng sekali k”.. sebak pulak rasa sebab tak berpeluang utk
cium Hajarul Aswad. So aku duduk di tepi tempat orang ramai solat lalu
meneruskan pembacaan Al-Quran aku (kata nak khatam).
Abg Asim pegi mencuba
nasib di hajarul aswad. Kemudian selang beberapa lama, aku rasa lebih kurang 20
minit, suami kembali ke tempat aku duduk, aku lihat dia tersenyum gembira dari
jauh, dan dier berjaya cium Hajarul Aswad, Alhamdulillah.. bukannya mudah,
percayalah..rezeki dariNya. Yang aku lihat, org lelaki pun surrender nak pegi inikan kita kaum
wanita. Rezeki suami dapat melakukan satu2nya yang aku x dpt lakukan, takpe
la.. suami dapat buat pun kira dah cukup bersyukur.. amin Ya Rabb, terima kasih
YaAllah atas rezeki yang kau kurniakan. Kami kembali ke dalam Masjid lalu suami
pun melakukan sujud syukur di situ.
Kemudian setelah berehat sambal menikmati
keindahan masjid Haram, aku dan suami kembali ke hotel dan berehat kerana esok
kami akan buat umrah lagi dan akan bermiqat sekali lagi di masjid Tana’im
(‘Aisyah) tapi kali ni mmg dalam pakej Andalusia.
Entry seterusnya - Travelog Umrah 2014 - Day 9
Entry seterusnya - Travelog Umrah 2014 - Day 9
No comments:
Post a Comment