Monday, April 13, 2015

Singapore trip - Panduan nak drive masuk ke Singapore

Salam...
Ok entry ni nak kongsi panduan untuk yang nak drive masuk Singapore.

Maybe ramai yang x berapa berani nak drive sendiri masuk ke negara ni.. mungkin sebab x confident, x tau step by step cara nak drive masuk dan melalui imigresen sana, atau takut atas faktor keselamatan dan jugak mungkin faktor kewangan dsb..

Aku dan suami memang suka travel n suka nak explore benda2 baru especially cara nak ke negara orang. Kira macam cabar diri sendiri.. omputih kata baru 'adventure.'

Memandangkan kami enggak punya sedara mara di Singapura, bukanlah faktor yang boleh membantutkan plan kami untuk menjelajah ke seberang tambak Johor. Kami travel sekeluarga bawa anak2 berjalan2 ke sana tahun 2010 dan repeat semula untuk berlibur di USS pada tahun 2012. So apa yang perlu ada kalau nak drive sendiri masuk Singapore (Untuk yg first time bawa kereta sahaja, kalau dah pernah bawa kereta  n register kat situ x yah risau da just isi white card, top up autopass card n jalannn)


1) Pasport - berbaki 6 bulan tu mcm xde la rigid sangat. Sbb pernah je pasport nak mati 2 minggu lagi tyme nak masuk sana tapi lepas.. but the pegawai imigresen Singapore akan bagi warning suruh alert bende tu la.

2).Insuran kereta

3) Road Tax yang masih bernyawa

4) Isi White card - boleh ambik di imigresen Singapore. Atau boleh jugak minta khidmat2 penulis white card di area JB tapi akan dikenakan bayarann (no, thanks). So bawa la pen siap2.. 2 atau3 batang so yang lain2 leh tolong isi dlm kereta.. kat belakang kereta berbaris panjang.. ko jangan membikin onar lambat2 mengisi white card... weii jammed woo. After isi utk setiap ahli keluarga (memang part ni paling x best) selit each white card pada pasport, bukak cermin kereta sebab pegawai imigresen nak tengok muka setiap orang termasuk la baby.


5) Kena beli autopass card (kadang dorang sebut 'cash card') kepada yang masih belum pernah ada. Autopass ni lebih kurang cam kad touch n go. Untuk bayar tol/parking, etc semua guna kad ni. Register autopass ni atas nama kereta yang kita bawa (no.plat). So jangan hilangkan kad ni.. Cara nak beli autopass - lepas melalui imigresen Singapore ikut laluan merah, rapat tepi n park kereta kat pat yang ada tulis signboard Block/Zon B. ke dalam kaunter/bangunan tu n bawa insuran/geran kereta sebab ada form yang nak kene isi. Lepas tu nanti ada pegawai dier yang akan datang untuk check kereta nyer no. plat and road tax.

autopass - tanya je pegawai imigresen Singapore tu kat mana nak bli kad ni, dorg akan tunjuk cara

Harga Autopass - $10, baki $4 sebab harga kad $6, so nanti kene top up. ada banyak tempat top up di sana nanti, dun worry
kad ni memang penting, utk bayar tol VEP, ERP dan bayar parking pun pakai kad ni. So kena top up kad ni kat mana2 7 eleven kat sana atau booth2 tepi jalan (ada sign board)

6) Lesen memandu - seperti jugak di negara2 lain, pakai lesen memandu Malaysia pun dh ok, xyah nak ada international license

7) GPS - Memang penting, kalau x roaming data, once masuk Singapore line terus xde. So kalau ada GPS at least xde la sesat.. (sesat merugikan masa pecutian)

8) Bayaran masuk Singapore:
  • VEP (vehicle entry permit) - sabtu ahad FREE. isnin-jumaat $35 sehari. tapi utk kad baru ada 10 hari percuma kalau masuk isnin-jumaat.lepas tu baru start cas $35 sehari klau masuk on weekdays
  • ERP (electronic road pricing) - ni mcm bayar tol dlm singapore tu. Tapi sabtu ahad (weekend) FREE. Best kan.
So sepanjang pengalaman drive ke sana memang masuk Sabtu Ahad so xde tol, free

9) Kalau nak keluar Singapore make sure autopass tu ada baki yang cukup, kalau x kena denda so make sure top up dulu sebelum keluar kat 7E

TIPS (amik dari blog ni):
  • kesimpulannya, kalau dtg sabtu ahad, kad autopass perlu bajet utk parking + tol masa nak keluar dr singapore nanti je.
  • masa nak parking, kad autopass tak perlu masukkan, just swipe je. kalau masukkan, dia tolak keluar balik
  • masuk singapore awal pagi untuk elak jem dan keluar sebelum 6 ptg utk ulak jem. ( kalau balik hari)
  • isi minyak kereta penuh2 sebelum masuk singapore sbb harga minyak sana lg mahal.
  • Tukar duit sebelum msuk singapore. Biar lebih jgn kurang kata orang.
  • harga souvenir magnet di uss bermula $3.90 dan ke atas untuk satu. yang cun sikit dlm $5.90 satu (RM15)
  • Murtabak singapore zam zam popular di arab street. Ada chicken, beef, lamb. Harga ikut size S ($6) M($8)
  • ERP tu memang byk dalam bandar singapore tu. Tak sure rate berapa tapi baca2 rate berbeza ikut peak hour. bukan dalam bandar je, tol highway pun guna ERP jugak.
  • sediakan touch n go or smart tag sebab nak keluar n masuk dari imegresen mesia kena bayar. bayaran tunai tak ada.kalau masuk/keluar dari woodland kena bayar rm6.80 kalau masuk/keluar dari tuas rm7.80. pergi dan balik kena bayar tau. maksudnya kalau masuk dan keluar dari woodland rm6.80x2= rm13.60.kalau dari tuas rm7.80x2=rm15.60. so make sure kad touch n go tu mencukupila.
so nak kongsi sket 2 keping gambar percutian kami ke Singapore tahun 2010


Selamat memandu ke Singapura, selamat bercuti... Singapore best!




38 comments:

Asyraf said...

Driving license diaorang tengok jgk ke?

hartneesatim said...

dorang check licence

Unknown said...

As'salam Pn.Hartini,

Saya nak tanya, betul ke tol ERP dengan VEP tu FREE untuk sabtu ahad(weekend)? Adakah ianya masih sama pada tahun ini..sebab puan mention tahun 2010 punya picture tu..last 2012..saya ada baca blog lain yang last trip oct 2014, kat situ dia mention kena bayar ERP dan parking kereta, saya memang nak drive sendiri masuk kesana..kalau masih sama dengan puan mention tu..maknanya saya hanya perlu top up masa nak keluar singapore je la ye?..sebab saya memang nak masuk singapore weekend.

sinar wijdani said...

Salam. Terima kasih..amat memhantu sy utk sy dapatkan info. Nak drive ke sana peetengahan Mac ni...Doakan. Tq for sharing.

hartneesatim said...
This comment has been removed by the author.
hartneesatim said...

Owh sy kurang maklum andai ada perubahan yg dibuat.. But spjg yg sy tau tol2 kat situ semua free during weekend..tapi parking kne bayar

hartneesatim said...

Selamat bercuti!

hartneesatim said...

Selamat bercuti!

Unknown said...

sis.. parking kat sane macam mane eh? contoh kalau overnite stay sane macam mane?

leeyamiera28 said...

sis..nk info.
kalau nak pergi dengan family pergi singapore..driver saja ke perlu ada passport atau semua family kena ada passport untuk pergi sana..(pergi pagi balik petang)

leeyamiera28 said...

assalamualaikum sis..nak info sikit..
kalau kita pergi pagi balik petang dengan family,semua orang kena ada pasport atau cuma driver saja yag perlu ada pasport..

leeyamiera28 said...

assalamualaikum sis..nk info sikit..
kalau bawa family pergi pagi balik petang,semua orang perlu ada passport ke atau cuma driver saja yang perlu ada passport..

leeyamiera28 said...

assalamualaikum sis..nak info sikit..
kalau kita pergi pagi balik petang dengan family,semua orang kena ada pasport atau cuma driver saja yag perlu ada pasport..

hartneesatim said...

Salam,
Semua kene ada pasport, sbb akan kne check kat imigresen semua org nti

Anonymous said...

Salam, nak tnye kalau naik kereta sedan tapi bawak 4adult and 2 kanak2 (8 n 5tahun) bolek ker? Sbb kereta sedan utk 5 org je kan..tq

hartneesatim said...

Boleh je

Unknown said...

Kalau xcukup baki autopass masa nak keluar berapa kena bayar denda?

Unknown said...

Kalau xcukup baki autopass masa nak keluar berapa kena bayar denda?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

raye ke lima nak gi sane...leceh tol proses die kan..huhu..nak g 4 kerete takut terabur nanti..ade cadangan pape x??

Unknown said...

nak pegi sane raye ke lima nanti..leceh tol urusan die kan..4 kerete nak pegi..takut terabur nanti kat sane..ade cadangan lain x sis..???

Fyzza said...

As salam En. Azam.. Dah pegi ke? Drive sndiri juga ke? Klu drive sendiri nak tanya lah.. Masih sama ke proses nk masuk ke sana tahun ni mcm yg Puan Hartini share ni? Memang free ke ERP waktu weekend? Tq :)

Fyzza said...

As salam En. Azam.. Dah pegi ke? Drive sndiri juga ke? Klu drive sendiri nak tanya lah.. Masih sama ke proses nk masuk ke sana tahun ni mcm yg Puan Hartini share ni?

Unknown said...

Mahal tak parking ye

Unknown said...

Assalamualaikum..
Sy nak tumpang tanye.kalau kita nak masuk weekend xda kena byr pape kan.then utk autopass tur nak kena topup berapa ya?then mcm yg puan mention td.kuar masuk woodland td pergi balik kena byr.tue guna touch & go kita or pakai autopass.kami 1 family rancang nak sewa kete masuk uss.so far psl kereta semua dh jelas.cume penggunaan autopass tue.

Unknown said...

Kalau masuk pkai kereta orang lain boleh x? Lepas tu insurans salinan sahaja ok ke?

hartneesatim said...

boleh je, skg x strict pun.. kena isi form n polis dorg just check road tax, salinan shj xpyh ori

Unknown said...

boleh jek..saya masuk pun guna kereta abang ipar..yang penting roadtax hidup..parking mahal pn..dalam 2sgd kebawh..kluar masuk woodland gune autopass..

Unknown said...

Sy nak g minggu ni. geran perlu tak utk masok singapo ni...sbb geran keta sy masih kat bank..

Unknown said...

Kalau ada p lesen boleh mask tak

hartneesatim said...

boleh xde masalah

Islamic Traveller said...

Perkongsian yang sangat menarik...

Sam said...

kena beli insurance dari insurance company dari singapore?
sbb dkt official site ada mcm itu: https://www.lta.gov.sg/content/ltaweb/en/roads-and-motoring/driving-in-and-out-of-singapore/foreign-registered-vehicles.html

insurance malaysia sudah cukup?

Anonymous said...

Assalamualaikum puan...
Maaf bertanya..saya first time plan nak drive ke singapore.jadi adakah benar jika kad baru,akan dapat VEP free untuk 10 hari tu?sebab saya plan nak pergi weekdays.jadi akan dapat free walaupun pergi masa weekdays ya?dan unlimited time ke?tiada had masa selama berada di sana?harap sangat dapat membantu.
Terima kasih puan.

Muhammad Muizzudin Zamri said...

kalau motosikal macam mana ek procedure nya?

Unknown said...

salam erp tu die charge n cara bayar erp tu pkai autopass jgk ke??

Unknown said...

pasport lagi 2bln nk mati..
roadtax lagi 3minggu mati..
masih boleh masuk ke?

mohon pencerahan..
terima kasih sangat2...

hartneesatim said...

rasanya boleh lagi encik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...