Tuesday, March 17, 2015

Travelog Umrah 2014 - Day 10 (Ziarah Hudaibiyah, Tawaf Wida')


Entry sebelum --> Travelog Umrah 2014 - Day 9


26/2/2014 (RABU)
DAY 10 – ZIARAH HUDAIBIYAH, TAWAF WIDA’

Walaupun semalam balik dah jam 3 pagi, tapi syukur, Allah memberi kekuatan kepada aku dan suami utk bangun dan berjalan kaki (jauh) ke masjidil Haram utk solat Subuh berjemaah. Subuh ini merupakan Subuh yang terakhir kami di sini. Sedih je rasa hati nak tinggalkan bumi barakah malam ni. Serius aku akan rindu Mekah dan Madinah.. sangat rindu

Imam Masjidil Haram membaca surah2 dalam Solat cukup sedap dan syahdu. Aku pasti rindukan bacaan2 imam besar di sini nanti. Betapa sedapnya bacaan imam hinggakan seluruh Jemaah terkesan lalu menangis selesai bacaan surah ketika solat subuh pagi itu. Aku turut sama menangis berlinangan air mata apabila mendengar bacaan yang sesedap itu, MasyaAllah.. kenangan yg x pernah padam dalam ingatan..

Selesai bersarapan pagi, kami dibawa utk aktiviti ziarah pilihan iaitu ziarah Hudaibiyah. Ziarah ini tiada dalam pakej. Kalau nak ikut akan dikenakan bayaran SR25 seorang. Aku dan suami xnak lepaskan peluang. Kami seboleh2nya akan join semua aktiviti yg ada di sini sebabnya –>1) keadaan kami yg masih sihat, 2)bukannya senang nak sampai ke sini lagi, 3)entah akan diberi rezeki sihat sebegini lagi atau x sekiranya berpeluang utk pergi lagi. Terasa rugi andai xdpt join aktiviti ziarah kat sini. Syukur Allah permudahkan setiap urusan aku dan suamiku sepanjang umrah ini.

Harini Kami akan dibawa ke Masjid Hudaibiyah dan ladang ternakan unta, yang terletak di daerah Hudaibiyah. Perjalanan mengambil masa sekitar setengah jam ke Hudaibiyyah. Masjid Hudaibiyyah merupakan satu lagi tempat Miqat umrah (niat) selain dari Masjid Ja’ranah dan Masjid Tana’im. Hudaibiyyah terletak kira-kira 24 km dari Masjidil Haram. Kawasan ini merupakan tempat peristiwa di mana Rasulullah SAW bersama 1400 para sahabatnya telah ditahan daripada melakukan umrah pada tahun ke 6 Hijrah dan akhirnya berlakulah perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Hudaibiyah yang berlaku pada bulan Zulkaedah tahun ke 6 Hijrah. Perjanjian itu ditandatangani antara pihak Musyrikin Mekah dengan Rasulullah SAW.

kemudian kami sampai ke destinasi2 kami iaitu:

1) Ladang Ternakan Unta
Kat sini boleh la tengok unta2 dengan jarak yang dekat, gosok2 badan unta, bagi makan unta dan bergambar2. Unta kat sini peramah2 belaka. Abg asim kata ada unta gigit dada dier. (eii Unta betina kot bang..ada hati kat awk hahah). Pas bergambar2 dan beli susu unta eii aku mmg x leh minum susu unta, x leh masuk,kembang rasa tekak. Susu tu x dipasteurkan.. takut sakit perut kalau x tahan. Pastu ada jugak jual urine (air kencing) unta. Katanya elok utk kesihatan. Dua2 produk ni aku mampu tengok sahaja hahah xde perasaan lak nak beli. Abg asim elok p beli 2 botol susu unta. Susu tu xde bahan pengawet n mesti minum cepat, kang rosak. Aku suruh abg asim abiskan..hahah sapa soh beli.

2) Masjid Hudaibiyah
Ok kitorg sampai masjid ni dan kat sini ada banyak jualan2. Ada jugak jual fridge magnet, ubat2an dsb. Aku terus ke masjid dan perform solat tahiyyatul masjid dan solat sunat ihram 2 rakaat lalu bermiqat untuk buat umrah kejap lagi. So aku xleh macam2 perangai, kena jaga pantang larang ihram sebab aku dah niat ihram tadi. Masjid kat sini agak kecil dan aku hanya bersolat di luar dan penuh pasir, lalu aku hanya bentangkan sejadah aku dan terus solat tanpa banyak karenah. Kemudian selesai solat aku singgah gerai2 utk membeli sedikit ole2 lalu kembali semula ke dalam bas utk ke lokasi seterusnya.

3) Muzium Haramain
Sebelum kembali ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah kami dibawa utk singgah di Muzium Haramain. Terdapat banyak artifak dan juga gambar2 perkembangan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dari zaman dahulu sehingga ke hari ini. Terdapat juga model projek pembinaan Masjidil Haram di dalam gelas kaca. Kami cukup teruja melihat semua artifak2 di situ. Al Quran2 lama dari zaman para sahabat nabi pun diletakkan di muzium tersebut. Aku agak menjaga2 sedikit takut2 tergigit kuku atau termusnah apa2 kerana kami berada dalam ihram. Kat muzium ni kami semua dihadiahkan secara percuma 2 botol air zam zam dan senaskhah Al Quran ketika keluar dari Muzium. seronoknya..

Selesai ziarah Hudaibiyah, kami bergegas turun dari bas dan terus ke Masjidil Haram. kami start menunaikan tawaf umrah mengelilingi kaabah. Kali ni perasaan lebih kepada sedih dan sayu kerana ini merupakan hari last kami berada di sini dan ini merupakan umrah kami yang kelima alhamdulillah. Selesai kami melaksanakan tawaf umrah kami terus tidak berlengah untuk melakukan Sa'ie dan seterusnya bertahallul. seronok dapat melakukan umrah dan masih kuat walaupun letih mendaki jabal Nur yang agak jugak a malam tadi.

Selesai kami buat umrah, kami terus solat Zuhur dan kembali semula ke hotel utk makan tengah hari. Kemudian siap2 packing barang sebab malam ni kami akan gerak ke Airport Jeddah. Kami kemudiannya tidak Solat Asar berjemaah di Haram hari ni kerana ada sesi ceramah dan taklimat berkenaan tawaf wida' di dewan makan oleh ustaz untuk grup kami. Selesai sesi taklimat kami terus solat Asar di bilik dan keluar ke BinDawood buat kali terakhir utk membeli ole2 kerana selepas perform tawaf wida' kami tidak boleh buat apa2 jugak aktiviti di tanah haram Makkah sama ada bergambar, membeli belah, solat2 sunat, tawaf sunat tidur dan sebagainya di tanah haram.

Selesai membeli pelbagai manisan, jus2 buah, susu2 coklat dsb di BinDawood (rege murah gila2), ramai betul org kat kedai petang tu,tak tau apesal.. Kami terus balik ke bilik dan solat maghrib di bilik sahaja sambil bersiap packing barang2 dan bawa turun ke lobi hotel utk dibawa masuk ke dalam bas. Kami akan gerak  ke airport Jeddah selepas solat Maghrib. 

Aku, Zura dan Abg asim bersiap2 untuk check out dan terus ke Masjidil Haram untuk melaksanakan Tawaf Wida' atau lebih dikenali sebagai tawaf selamat tinggal. Part ni satu lagi memang touching abes... Ketika buat tawaf wida 7 pusingan, dan di setiap pusingan jugakla air mata aku mengalir laju.. sedih yang x terhingga kerana setelah hampir 2 minggu berada di bumi yg penuh barakah ini akhirnya kami perlu mengucapkan selamat tinggal.. Aku pasti akan merindui Kaabah, Masjidil haram, dan semua yang ada di sini.. sedih nya, dan selesai sahaja pusingan tawaf yang ke tujuh, aku terus memandang Kaabah dengan hati yang penuh sayu kerana akan pergi dan bergegas keluar dari Masjidil Haram, dan pantas berjalan utk kembali semula ke hotel dan menaiki bas sesegera yang mungkin utk meninggalkan tanah haram. Kami diminta utk tidak tidur atau tertidur sehinggalah bas kami melalui sempada tanah haram-tanah halal. Aduii menahan mengantuk dan lapar mmg agak menyeksakan haha. 

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 - 4 jam ke airport Jeddah (sorry klu silap). Setiba kami di airport Jeddah dah tengah malam. Kami terus menunggu di ruangan menunggu kerana flight kami dijadualkan pukul 7 pagi. 

Entry seterusnya --> Travelog Umrah 2014 - last day







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...