Entry sebelum --> Travelog Umrah 2014 - Day 4
21/2/2014 (Jumaat)
DAY 5 – (ZIARAH
WIDA’ MADINAH – MAKKAH)
Hari Jumaat yang
barakah..hari ni grup kami akan ke Makkah to perform our Umrah. Seawal pagi
selesai solat subuh, kami packing barang2 untuk yang terakhir kali. Kurma, kekacang, abaya, jubah,
telekung, coklat2, ole2 dsb yang dibeli di Madinah ini menyebabkan beg kami bertambah
isipadunya. Kemudian, selesai bersarapan, kami diminta untuk label beg dan
letak semua beg, kecuali beg tangan di lobi hotel untuk diangkat oleh staf ke
dalam bas yang akan membawa kami ke Mekah.
Kami gerak ke
Masjid agak awal harini sebab nak siap2 buat ziarah wida’, takut kelam kabut
kalau buat selepas solat jumaat nanti. Part ni memang touching habis. Sayu rasa
hati nak tinggalkan Madinah. Tak dapat aku nak gambarkan perasaan aku ketika
itu L, sedih sayu dan dah mula rasa rindu akan bumi Madinah.. – rindu itu
anugerah Allah .
Ziarah Wida’ –
atau dikenali juga sebagai ziarah selamat tinggal dan dilakukan sebelum
meninggalkan Madinah. Ianya sebagai tanda kasih dan rindu kita untuk
meninggalkan Rasulullah SAW. Lebih afdhal andai dilakukan di maqam nabi
(Raudhah) tapi mmg x sempat nak ke Raudhah, so kami tekad untuk buat ziarah itu
dengan melakukannya di kawasan yang boleh terlihat kubah hijau sambil membaca
doa ziarah wida’:
“Selamat tinggal wahai Rasulullah. Berpisah kita wahai
nabi Allah. Amanlah dikau wahai kekasih Allah. Semoga Allah tidak menjadikan
pertemuan kita ini sebagai yang terakhir denganmu untuk menziarahimu atau pun
berada di sisimu. Kecuali Allah mengurniakan kebajikan sihat dan afiat serta
selamat, jika ada umur yang panjang, inshaAllah aku akan datang menziarahimu
semula, tapi jika aku mati, maka sekarang aku tinggalkan di sampingmu ikrar
sumpah setiaku dari hari ini hingga hari kiamat, iaitu pengakuanku yang
sungguh-sungguh bahawa Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi
Muhammad adalah pesuruh Nya. Maha suci Allah yang mempunyai kemuliaan dari
segala yang mereka sifatkan. Salam sejahtera ke atas para Rasul. Segala puji
untuk Allah, tuhan yang mentadbir sekalian alam ini .” Sedihnya hati ini hanya Allah sahaja yang tahu.
Tengahari tu, berbeza
dengan kat Malaysia, hanya kaum adam sahaja yang akan solat jumaat tapi kat
sini Jemaah wanita semua akan sama2 menunaikan solat jumaat berjemaah di masjid.
Pengalaman yang xdpt dilupakan. Selesai kami menunaikan solat jumaat, dan
mendengar khutbah (walaupun x paham sebab in Arabic language).Sambil2 tu hati
berdebar2 macam nak perform atas stage ke’dahnye,, sebab hari ni kami akan
bertolak ke bumi Makkah untuk membuat umrah. Kenape la asyik berdebar je ni..aduyyai
Disebabkan cuaca
yang sangat sejuk di Madinah, menyebabkan kesihatan aku agak terjejas.. selsema
batuk tak berhenti. Sakit tekak jangan cakap, memang menyesal x bawa ubat sakit
tekak banyak2 dari Malaysia haritu.. redha je la.. satu lagi akibat cuaca sejuk
kering di sini menyebabkan kulit kami menjadi sangat kering dan gatal2 hahah
tergaru2 jadiknya. Kami kemudiannya dinasihatkan agar tidak menggunakan sabun
wangi2 yang dibawa dari Malaysia, kami disuruh menggunakan sabun yang diprovide
oleh hotel , sabun bulat kecil yang tiada bau wangi2 tu, sebab sabun tu
disesuaikan dengan keadaan cuaca di sini, so memang nampak perubahan.. kulit
kami kembali pulih sedikit demi sedikit.
Selesai Solat
jumaat dan solat qasar Asar 2 rakaat, kami kembali ke hotel dan bersiap2 untuk
menikmati hidangan tengahari sebelum
bertolak ke Mekah. Dek kerana selsema yang agak teruk aku pun mengambil ubat
supaya tidak mengganggu urusan ibadahku di sana nanti. Masalahnya aku terambil
ubat yang boleh buat aku mengantuk, masalah..
Kaum lelaki
terus bersiap dengan pakaian ihram. Aku dan zura juga tidak mahu ketinggalan
bersiap dengan jubah berwarna putih yang kami beli di Madinah dan telekung
putih. Kami bergegas menaiki bas dan mula bertolak ke Mekah. Perjalanan akan
mengambil masa lebih kurang 8 jam. Berdebar2 jantung ketika ini. Sepanjang
perjalanan kami mula dibawa oleh mutawwif untuk berzikir dan sebagainya. Aku
akhirnya tertidur di dalam bas akibat kesan dari pengambilan ubat selsema tadi.
Tetiba aku dikejutkan suami yang kami sudah tiba di masjid Bir Ali untuk miqat. Mak aii
bertambah berdebar2 pulak la.. copot2 jantung aku terkejut, waa cepatnya da
sampai untuk miqat (niat ihram)
Kami pun turun
dari bas untuk solat sunat ihram dan berniat umrah di dalam masjid. Ramai
sangat Jemaah umrah ketika ini. Selesai melakukan solat sunat ihram 2 rakaat
dan berniat ihram di masjid Bir Ali, maka segala pantang larang ihram perlu
kami jaga. Kemudian kami meneruskan perjalanan sambal bertalbiah beramai2 di
dalam bas. “Labbaikallahu malabaik,..” dan kemudiannya berhenti di Wadi Qudait
(kawasan RnR) yang terletak lebih kurang 100km dari Mekah. Kami disajikan
dengan hidangan nasi beriani berlaukkan ikan dan ayam style nasi talam 4-5
orang makan. Selesai makan malam dan solat Jamak Qasr maghrib dan Isyak di
surau yang disediakan di situ, kami teruskan sisa perjalanan kami ke Makkah.
Sepanjang perjalanan kami bertalbiah, sayu, sedih, gembira, berdebar, teruja
dan macam2 lagi perasaan ketika itu bercampur baur.
Kami tiba di
Mekah dan check in hotel (Hera’ Palace) pada pukul 11.00 malam. Pembahagian
kunci mengambil masa lebih kurang 20 minit. Kemudian kami berehat sebentar
sebelum ramai2 berjalan kaki bersama2 mutawwif ke Masjidil Haram.Kota Mekah
tidak sesejuk seperti di Madinah. Mekah sangat sibuk dan banyak kereta lalu
lalang. Berbeza suasanaya dari Madinah yang aman damai. Terujanya hati di saat
ini. Walaupun kesan ubat masih bersisa dan aku agak mamai.. aku kuatkan jugak
semangat untuk meneruskan ibadah umrah kami yang pertama. Jarak hotel kami ke
Masjidil Haram agak jauh lebih kurang 800m.
Setibanya di Masjidil
Haram.,yang tersergam indah, masjid yang sangat aku kagumi- benar, perasaan
dier tak dpt nak described, hanya Allah SWT sahaja yg tahu. Ramainya Jemaah yg
berada di situ dan tidak pernah lengang walau sesaat. Berdebar2 nya hati aku
tatkala melihat Kaabah. SubhanAllah..x sangka yang aku akan berdiri betul2 di hadapan
Kaabah, rumah Mu Ya Allah. Gembira, sedih, terharu perasaan bercampur baur
ketika itu. Kami mula melakukan tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak 7 pusingan pada
pukul 12.30 tgh malam dan alhamdulillah tawaf kami berjalan dengan lancar.
Kemudian diikuti dengan Sa'ie dari bukit safa ke bukit Marwah dan kami akhiri
umrah kami dengan bertahallul. Kami selesai melakukan umrah lebih kurang pukul
2.30 pagi.
Kami benar2
keletihan.. tetapi cukup gembira kerana kami selesai melakukan umrah kami tanpa
sebarang kesulitan. Alhamdulillah Allah permudahkan , syukur..
Entry seterusnya --> Travelog Umrah 2014 - Day 6
Entry seterusnya --> Travelog Umrah 2014 - Day 6
No comments:
Post a Comment