Bismillahirrahmanirrahim,
Firman Allah SWT. Ertinya:
"Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana
Allah" (Surah al-Baqarah 2:196)
Firman Allah SWT. Ertinya:
"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah
dengan ketaqwaan yang benar dan janganlah kamu mati kecuali sudah lengkap Islam
(melakukan dengan sepenuhnya rukun-rukun Islam" . (Surah Ali 'Imran 3:102)
Melaksanakan ibadah umrah merupakan salah satu niat dan cita2 yang dah lama terpendam dalam hati aku.. since aku n abg asim mula berkahwin (tahun 2005) aku dah pasang niat yang aku nak sangat melaksanakan ibadah umrah wajib yang pertama (Umrah Fardhu) kalau boleh berdua bersama2 dengannya. Alangkah indah, barakah dan bersyukurnya andai niat dan cita2 aku utk menjadi tetamuNya di sana (berdua suami isteri) dimakbulkan secepat mungkin...
Tapi apakan daya, rezeki belum ada, berusaha menyimpan wang utk perbelanjaan ke sana tapi masih juga tidak berjaya atas pelbagai halangan (mungkin belum rezeki). Maha suci Allah, maha mendengar lagi maha mengetahui, syukur alhamdulillah, tahun 2012 rezeki Allah SWT beri dari segi perbelanjaan telah cukup, tetapi benarlah bagai dikata, andai belum sampai rezeki utk ke sana, tiadalah daya kita untuk menolak takdirNya (Allah maha mengetahui). Pelbagai kekangan timbul baik dari segi masa (kerja + study), mengandung dan bersalin (berturut2 dua orang anak), anak masih kecil dan sebagainya menyebabkan aku dan suami masih terhalang untuk ke sana, kami redha Ya Allah - rupa-rupanya Allah SWT beri rezeki yang lain kepada kami (dikurniakan bayi lelaki yang sangat kami nantikan - syukur alhamdulillah)
Akhirnya pada tahun 2013 aku n abg asim telah bersedia untuk pergi melaksanakan ibadah umrah. Aku cadang untuk pergi awal tahun hadapan (2014) sebab cuti tahunan utk tahun tersebut telah banyak digunakan dan x cukup lagipun baby Hariz masih breastfeeding.. so kami mula mencari travel agency n booking pakej umrah utk tahun hadapan seawal bulan September 2013. Alhamdulillah urusan booking pakej umrah dah settle, bayaran booking RM300 seorang. Tak dapat digambarkan betapa gembiranya hati bila dapat tahu yang kami bakal ke sana bulan Febuari tahun hadapan, syukur alhamdulillah Ya Allah, doa2 kami dimakbulkan, maka permudahkanlah urusan kami yang seterusnya Ya Allah.. amin.
Next entry aku nak kongsi serba sedikit persiapan umrah kami, agar dapat dijadikan panduan di masa2 akan datang, inshaAllah.. salam