Friday, March 21, 2014

Umrah - Barang2 keperluan yang perlu dibawa


Berdasarkan kepada pengalaman sewaktu membuat umrah pertengahan Febuari haritu, kat sini nak share entry barang2 keperluan yang dibawa ke tanah suci:

 Wanita

1) Jubah
-Bawa 4-5 helai. Kalau boleh jubah tu biar potongan kembang kat bawah (ala2 dress). Kalau yang potongan lurus ke bawah (straight x kembang) pergerakan jadi limited – nak melangkah  n  nak jalan laju sikit ke masjid pun susah
-If perjalanan umrah tu direct ke Mekah dulu mungkin boleh pakai jubah putih (pakaian ihram) siap2 dari rumah (sunat memakai pakaian berwarna putih) actually, x jubah putih pun xpe, telekung dah kaler putih tapi cam x feel, alahaii..nak jugak.
-Tapi kalau perjalanan umrah tu ziarah ke Madinah dulu, memang cun habis. Bawa sikit je jubah dari rumah (dlm 2-3 helai) pastu beli la beberapa helai kat Madinah…murah2. Jubah putih pun bli je kat sana 40 - 80 Riyal je, waaa.. best giler!! cantik2 plak tu, kat Malaysia mmg x dpt la that price, believe me.. Budget satu jubah dipakai lebih dari sekali hehehe sangkut la elok2 dengan hanger lepas pakai tu.

2) Jubah seluar
- Bawa sepasang pun cukup, untuk pakai masa gi ziarah luar (especially yang nak gi mendaki Jabal2 yang ada kat situ atau nak pakai wat umrah) kalo tak bawak pon takpe, boleh pakai jubah biasa jer. Aku x bawa, just bawa blouse panjang sehelai n pakai ngan seluar labuh (seluar umrah kaler putih tu) tyme g ziarah. Boleh gak bawa baju kurung without kain, pakai baju kurung tu ngan seluar (jadik mcm jubah seluar).. tapi aku x prefer sgt hihi..:)

3) Singlet berzip
- 1 helai (mana tau jubah putih tu agak jarang .. so leh pakai ngan singlet ni (jadik inner). Motif zip tu,  untuk letak duit/kunci.. tapi xyah letak pape pun xpe.. ada beg pihak agency bagi tu pun dah ok, ley simpan dlm tu..

4) Seluar panjang
- 3 helai. Beli la seluar umrah tu sehelai n bawa la seluar panjang (tracksuit) yang lembut tu 2 helai. Boleh bawa utk tido n boleh gak pakai dalam jubah,so kene tiup angin pun x la terdedah betis. Satu lagi, penting pakai seluar panjang dlm jubah bagi mengelakkan peha melecet bila pergerakan terlalu banyak masa wat umrah kat sana nanti (lagi2 kalau peha yg agak semangat2) mmg perlu sangat utk keselesaan.

5) Tudung + anak tudung + telekung
-Tudung labuh 2-3 helai - utk dipakai tyme ziarah. Tudung apa2 pun boleh, janji tutup dada (sopan). But better bli yg labuh (kaler hitam/putih) senang.. lepas ziarah or during ziarah tu trus leh wat solat kat masjid2 tmpt ziarah

-Tudung sarung (awning) 2 helai - tudung yg senang dipakai, sarung je.. utk pakai tyme2 nak g makan, emergency, ziarah dsb

-Anak tudung - bawa secukupnya

-Anak tudung ninja - bawa 2-3 helai, penting supaya bahagian muka dapat ditutup proper (tutup bawah dagu) - tyme wat umrah especially tawaf, aurat mmg betul2 kene jaga n tyme solat di masjid2 kat situ nanti

-Telekung - bawa 3-4 helai - kain x yah bawa, bawa telekung tu je.. mmg kene bawa banyak sbb most of the tyme kt sana mmg pakai telekung, mungkin kene cuci selalu jugak kot kt bilik hotel - nak hantar laundry pun boleh, but harga agak mahal sebab dorg kira per pieces.. cuci tangan je senang, sidai kt dlm bilik hotel..

6) Pakaian tidur
-Bawalah baju kaftan lengan panjang or ¾ tu, atau apa2 pakaian rumah yg biasa dipakai - 2 helai (pakai banyak kali) x yah bawa banyak2

7) Towel mandi
-Bawa sehelai (stand by) tapi kat hotel mmg disediakan, bawa gak tuala muka n kain batik sehelai

8) Stokin kaki + stokin tangan + stokin Sa'ie
-Stokin kaki tebal 6 pasang - mmg kene bawa banyak sebab benda kecik2 ni senang kotor. Kat sana banyak berjalan so possibility untuk mudah kotor tu besar.

-Stokin tangan 3 pasang.

-Stokin tawaf/Sa'ie sepasang - stokin ni kat bawah tapak tu ada bulat2 kecil (timbul) - supaya x senang tergelincir (grip) n agak tebal, macam kasut ballet yg elastic - muat semua size tapak kaki. So xdela tapak kaki sakit/melecet tyme wat tawaf/sa’ie

9) Sandal
-Bawa sepasang kasut/sandal utk jalan2 n sepasang selipar utk pakai g masjid

10) Pakaian dalaman
-Bawa secukupnya, mungkin panties kene bawa lebih, atau boleh beli disposable panties (terpulang)

11) Barang2 keperluan lain:
Toilettries - (bawa mini kit/travel pack) better bawa sabun mandi ketul, bawa shampoo kecil, ubat gigi ,berus gigi ,pencuci muka yg kecil n sabun basuh baju (guna sabun ketul mandi tu utk basuh baju/telekung pun ok.

-Penjagaan badan
  • ·         Pelembap muka & Sun block (elhajj),
  • ·         pelembap bibir (Vaseline for lips),
  • ·         cracked heel cream (ellgy)
  • ·         losyen badan (nivea extra moisture)

5 items ni sangat penting kat aku tyme dkt sana!- cuaca sana sama ada sangat sejuk + kering / panas kering - n possibility kulit muka n kulit badan jadik kering + cracked heel tu terjadi mmg tinggi - so belilah produk yg sesuai n halal (No Perfume, No Alcohol) - Contoh: produk elhajj - produk ni really help kitorg kat sana. Halal untuk dibawa ketika ihram. Produk ni boleh didapati di gerai2 kat tingkat bawah kompleks Tabung Haji, KL - pernah gak nampak kat Carrefour

Deodorant + perfume yg xde alcohol (attar) - dipakai ketika bukan dlm ihram
Cotton buds, sikat rambut, facial cotton + toner - bawalah utk membersihkan telinga + muka 

Ketip kuku & Shaver - Nak bercukur n ketip kuku sebelum niat umrah – yg biasa guna shaver better bawa. Macam aku x biasa guna - so x bawa

-Ubat2an - Ok, yg ni antara benda penting utk dibawa bersama. Ubat kat sana mahal. So, letaklah dalam satu beg kecil semua ubat2an seperti: Ubat batuk, ubat sakit tekak (e.g strepsils - yg ni bawalah sebanyak mungkin 4-5 papan), ponstan, panadol, ubat migraine, ubat cirit birit ,Pil chi kit teck aun, ubat angin, ENO, ubat selsema (e.g. Clarinase - make sure yg tak bagi ngantuk), ubat tahan muntah, minyak angin n analgesic cream (utk muscle pain). Kalau ada penyakit2 tertentu, bawalah siap2 ubat2an peribadi (e.g ubat sakit jantung n asthma) – letak ubat2 yg penting dalam sling beg n bawa bersama selalu utk mengelakkan berlaku kemudharatan pada kesihatan. Minyak urut kene bawak sebab bagi yang kurang excercise, lepas umrah pertama tu selalunya kaki lenguh2, so nak kene urut-urut sikit utk next umrah hihi.

-Vitamin – Penting makan vitamin (aku amik Revicon) n other supplement sekurang2nya sebulan sebelum pergi. Ini utk mengekalkan kesihatan dan juga membantu menguatkan stamina. Lagi bagus kalau ada masalah kesihatan, wat check-up kat pusat kesihatan dulu utk mengetahui tahap kesihatan sebelum pergi. Nak buat ibadah, fizikal + rohani dua2 kene sihat.. barulah mudah utk beribadat dgn baik + khusyuk..


- Hanger bawa hanger secukupnya.. certain hotel kt sana x provide hanger

-Berus kain and sabun basuh - sekiranya pakaian yang dibawa tak mencukupi, boleh lah basuh kat sana..

-Buku panduan ibadah umrah – Satu buku panduan yg biasa (pihak agensi provide) n satu lagi buku panduan ihram gantung kt leher. Yang buku panduan biasa tu baca sambil2 dlm flight, dalam bas n dalam bilik hotel. Semasa menunaikan ibadah umrah, aku lebih selesa menggunakan yang kecil, yang boleh digantung di leher. Senang nak menyelak semasa bertawaf dan bersaie (senang nak tahu kita di pusingan yg ke brapa dah? Dah habis ke belum?- penting buku gantung ni bagi aku) Possiblity untuk buku tu jatuh semasa bersesak2 pun lebih kecil. Buku ni mengandungi bacaan ketika tawaf dan saie sebagai panduan. Nak baca ikut buku pon boleh, tak ikut pon tak pe -baca doa sendiri pun lagi baik.

-Al Quran + tafsir – kat dalam masjid banyak Al Quran wakaf tersusun rapi. kalau nak baca ambik je. Kalau ada Al Quran sendiri lagi bagus kot, sbb kita boleh tanda kat mana kita berenti. Haritu teringin kalau boleh dapat habiskan bacaan Al Quran kat sana (khatam). Better bawa yang kecil, saiz besar tapak tangan n boleh letak dalam sling beg.

-Sejadah – bawa yang besar (bukan yg kecil tepat2 untuk sujud tu) sebab kalau kita terpaksa solat di kawasan yg x berkarpet (jubin) so mungkin sejuk.. kalau bawa sejadah besar at least x la sejuk sangat duk kt atas tu - bawa yang nipis + ringan boleh lipat n muat ketak dlm sling beg.

-Tasbih – beli yg digital ok, yg manual biasa pun ok (aku bli yg digital. Senang.. kecil  n sangkut je kat tag name nyer tali

-Botol spray wudhuk – Bagi orang perempuan memang penting, kalau wudhuk terbatal kat dlm masjid mmg susah la nak g tempat wudhuk sebab jauh, orang ramai pulak tu berasak2.. so amik wudhuk guna botol spray ni sangatla memudahkan kerja,alhamdulillah.. tyme kitorg berwudhuk guna spray org2 kat sana sangat teruja tengok.. (tyme kursus umrah memang akan diajar cara untuk amik wudhuk dengan botol spray) juga penting tyme nak berwudhuk untuk solat dalam flight.

-Uncang kasut – penting utk simpan selipar bila ke masjid nanti

-penutup hidung + sarung tangan – cam x penting sangat tapi kalau musim terlalu panas n terlalu sejuk boleh pakai utk protection (but dlm ihram both x leh pakai)

-Gunting kecil - untuk bertahallul

- 2 Pin adapter - Kat sana ada yang guna 3 pin macam kita. Ada yang guna 2 pin. Kalau tak bawak pon takpe. Boleh beli kat deretan kedai2 kat Madinah n Mekah. Harga tak ingat plak.

Iron – x penting, aku x bawa.. better bawa tudung2 yg x yah iron, senang

Botol air - Untuk ambik air zam-zam sebagai bekalan di hotel and ketika ziarah. Tak bawak pon takpe, boleh jer beli air mineral kat sana and recycle the bottle.

Hand sanitizer  (hand rub) – penting kalau nak buang air kecil kat tandas, tandas kat situ agak tak berapa nak bersih, so tuang hand sanitizer tu sekeliling n lap guna tisu agar terjamin sikit.. J, juga penting untuk mengelakkan diri dari terkena jangkitan virus yang agak hebat di sana dek kerana ramai sangat org yang berkunjung dari pelbagai negara. Sentiasa bersihkan tangan untuk elakkan penyakit.. inshaAllah (pakai diluar waktu ihram sebab bau dier agak wangi dan mengandungi alcohol)
-Lain2 :
  • Tisu basah n tisu biasa – no perfume
  • Pen + buku nota kecil
  • Power bank + handphone  
  • Camera + charger battery
  • Marker pen
  • Kunci (mangga) kecil utk beg
  • Tag name laminate utk dilekat pada beg

Lelaki
  1. Baju Melayu (1 helai) - Untuk pakai solat n ziarah. Pakai dengan seluar slack or nak bawak sepasang pon boleh
  2. T-Shirt (sehelai)- Kalu nak gi ziarah pakai T-shirt jer pon takde masalah
  3. T-shirt putih umrah (2 helai) – pakai dalam jubah , tak bawa pun takpe
  4. Seluar slack (2 helai) - Pakai dengan baju melayu / baju t-shirt
  5. Kain pelikat (sehelai)- untuk buat basahan masa lepak-lepak kat bilik hotel
  6. Jubah (2 helai)- Pakai tyme nak p solat kat masjid
  7. Kain Ihram (2 pasang) - Kalau duduk setakat 8 hari kat Mekah untuk umrah, sepasang Ihram pon dah memadai. Setiap kali lepas pakai tu sangkut elok-elok.
  8. Tali pinggang ihram – penting supaya tyme pakai ihram tu ikatan kain kemas
  9. Selipar jepun & kasut/ sandal jalan – sepasang selipar pun dah memadai, yang x tutup jari kaki n tumit iaitu selipar jepun.- tapi belilah yang ada kualiti sikit cam brand ASADI etc.
  10. Pakaian tidur
  11. Kopiah/songkok/serban
  12. Keperluan2 lain - sama macam wanita


 Kalau kita tak nak bawak barang banyak sangat dari rumah, nak bawak beg kosong jer, boleh jugak...budget bawak pakaian untuk sampai ke madinah, and bila sampai madinah dah boleh start membeli2 untuk bekalan pakaian kat sana.Dekat bahagian luar pagar Masjid Nabawi tu setiap kali lepas habis waktu solat, ramai peniaga2 jalanan akan bentang tikar and bukak  jualan mereka. Jubah perempuan boleh dapat dalam SR30. Jubah budak lelaki SR20. Jubah lelaki SR40 - SR 60. Seluar jubah SR15. Tudung labuh pakistan SR10 dan macam2 lagi

oh ya sebelum terlupa.. if perjalanan umrah tu ke Madinah dulu (so x yah pakai pakaian ihram) make sure pakai pakaian yg selesa, x mudah kedut of coz tutup aurat, pakai stokin kaki n tangan + proper anak tudung sebabnya.. perjalanan akan mengambil masa selama lebih kurang 15 jam dengan pakaian yg sama tu jugak, (15 jam okay!!) so kalau pakai pakaian yg x selesa akan nanti ianya akan menyukarkan kita.. so pakai pakaian yang yang selesa, senang utk bergerak n boleh terus dibawa solat (tanpa menyarung telekung)..sbb kita akan solat jamak di dalam flight n di beberapa tempat di sepanjang perjalanan ke Madinah nanti

Seingat-ingat saya, inilah antara keperluan yang perlu dibawa bersama ke tanah suci. InsyaAllah, kalau ada yang tertinggal, akan saya tambah kemudian. Segala  yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang lemah itu datang dari diri saya sendiri. Salam..

Link sebelum -->persiapan umrah kami

25 comments:

Anonymous said...

Salam..boleh ke pakai smelly no more sebagai deodorant untuk ihram sebab itu itu macam tawas kan...boleh k...dan krim muka haji ada ke yang boleh dipakai masa ihram

Unknown said...

Assalamualaikum wbt, tkasih. Perkongsian yg baik..membantu sgt2!.

hartneesatim said...

Boleh lebih baik pakai sebelum niat ihram

hartneesatim said...
This comment has been removed by the author.
hartneesatim said...

Boleh lebih baik pakai sebelum niat ihram

Unknown said...

Terima kasih. Perkongsian yang baik. Insyaallah Allah akak akan mengerjakan umrah pd 22 Mac ini. Mudah2an dipermudahkan urusan. Aamin

Anonymous said...

salam sis..terima kasih atas perkongsian info. sgt bermanfaat utk org yg pertama kali hndak tunaikan umrah seperti saya.

hartneesatim said...

Sama2.. selamat berangkat moga mendapat umrah mabrur inshaAllah

Anonymous said...

Sangat bermanfaat. Mohon share link di FB boleh ya. Jazakallahu khairan kathiran

hartneesatim said...

Silakan puan

Anonymous said...

Terima kasih atas perkongsian. Sgt bermanafaat.

Anonymous said...

Puan..terima kasih untuk info..sgt2 berguna..cuma saya nak tahu lebih lanjut ketika ambil wudhuk menggunakan spray..saya pergi kursus..ustaz x pernah ajar..mcm mana ye..anggota penting yg mana yg perlu di spraykan ye puan??

hartneesatim said...

salam maaf lambat reply , cara2nya niat ,
-mulakan dengan muka, spray seluruh bahagian muka, dahi buka sikit sehingga ada terasa 3 titik air menitik ke bawah,pastu sapu muka dengan tangan (sekali shj pun xpa
-pastu teruskan dengan spray bahagian tangan ke bahagian siku kanan, spray mulakan dari bahagian kuku2, basahkan seluruh tangan hingga lengan dan seterusnya ke siku, kemudian sapu guna tangan sebelah mulakan sapuan dari bahagian bawah tapak tangan hingga ke siku dan sambung bahagian atas siku ke hujung tangan (belah atas pula), and ulang untuk belah kiri pula
-pastu basahkan (spray kat tpk tangan) anak rambut afdal 3 helai anak rambut sudah memadai
-yang terakhir tapak kaki, mulakan sebelah kanan, spray seluruh kaki dan sapu guna tangan untuk ratakan, dan ulang untuk belah kiri
-doa dan selesai

sangat mudah

izz said...

Terima kasih puan

ummi said...

perkongsian yang sangat bagus. lebih-lebih lagi saya tak banyak lagi masa nak buat persediaan untuk buat umrah yang tak sampai seminggu je lagi ni. Bila tengok list yang admin tulis, adoi nampaknya banyak lagi yang tak ada.

terima kasih yer..

editor said...

Salam Puan Tini,
Terima kasih diatas Info yg Puan share dgn pembaca. Semoga Allah memberi balasan Jannah untuk Puan Tini. Sangat2 bermunafaat untuk saya. Terima kaseh.

Anonymous said...

Aslm sis.. marker pen guna utk apa ya?

hartneesatim said...

Puan Nurul, marker pen untuk labelkan beg bagasi dsb

Unknown said...

Thanks for the in info akak..sngt berguna tips ni..mak sy pun bakal mengerjakan umrah hujung bulan 2 nanti

Anonymous said...

Tqvm for the info

Unknown said...

Mohon share ilmu2 bguna ini ya.....tkasih

Unknown said...

Tq sgt..

Unknown said...

Salam puan, bagaimana kita nk ambil wudhuk guna spray di masjidil haram dlm masa yg sama kena jaga aurat? Dalam telekung ke?

hartneesatim said...

spray wudhuk di kawasan solat wanita puan should b fine

Nur Cahaya said...

Terima kasih... doakan saya mendapat umrah yg mabrur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...