Tuesday, March 17, 2015

Travelog Umrah 2014 - Day 4 (Kisahku di Raudhah)


Entry sebelum --> Travelog Umrah 2014 - Day 3

20/2/2014 (Khamis)
DAY 4 – MADINAH (KENANGAN INDAH DI RAUDHAH)

Hari ni hari ke 4 kami berada di bumi barakah Madinah al Munawarah.. Alhamdulillah pagi tadi seperti  yang kami rancang, sebelum azan solat subuh berkumandang, kami sudah bergegas ke Masjid Nabawi. Kami nak rakam saat2 payung-payung indah di perkarangan Masjid Nabawi terbuka. Bila selesai azan subuh pertama berkumandang, payung2 tersebut mula terbuka, Subhanallah, indahnya tak tergambar. Kami masing2 merakam saat2 indah tersebut menggunakan handphone kami masing2. Cuaca awal pagi itu sangat dingin, bercakap pun berasap2 keluar dari mulut, ui tau bawa jaket tebal sket..

Usai Solat Subuh, kami kembali semula ke hotel kami di Mubarak Silver untuk menikmati sarapan pagi yang disediakan. Kemudian kami bersiap ke Masjid Nabawi untuk join sekali lagi trip ke Raudhah. Setelah selesai menyempurnakan beberapa solat sunat dan sujud syukur di dalam masjid, kami bergegas join grup Andalusia yg lain ke dalam Raudhah lagi. Entah kenapa, aku masih belum berasa puas untuk berada di situ. Aku teringin untuk berdoa dan bersolat penuh khusyuk di dalam Raudhah tanpa berlaku apa2 aktiviti tolak menolak, langgar melanggar dsb. Terkilan pulak rasa hati andai aku x sempat untuk merasai perasaan yang aku inginkan itu ketika berada di Raudhah, tempat yang mustajab untuk berdoa. Harini merupakan hari terakhir kami berada di bumi Madinah dan esok selepas Solat Jumaat kami akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan Umrah. Dalam hati doa tak putus2 agar Allah SWT memakbulkan doaku itu.

Menikmati air zam-zam sejuk/xsejuk memang pengalaman yg sangat seronok sepanjang berada di sini. Teringat ada satu malam selepas ke Raudhah aku singgah sebentar di tong air zam-zam yang tersusun di sepanjang pintu masuk masjid Nabawi untuk menghilangkan dahaga. Tetiba “apesal aku rasa air zam zam ni mcm ada gula ye?”. Lantas aku check balik gelas yg aku guna tu kot2 org da guna letak air sirap ke haper..tapi ternyata gelas tu baru.  Berdebar2 lak rasa tyme tu..mungkin itu antara  yang Allah nak beri kat aku semasa kat situ, Masya Allah..

So cerita kat Raudhah waktu siang, still sama mcm haritu, malah lebih menyedihkan aku hanya mampu solat berdiri kerana padatnya jemaah yang berpusu-pusu masuk ke Raudhah. Ada seorang Jemaah wanita dari Pakistan tak silap aku, meluru masuk dan memijak seorang budak kecil yg sedang sujud bersama ibunya. Aku tak teragak2 menepuk bahu Jemaah itu dan menegur sikapnya. Aku sekali lagi sedih dan terkilan dan segera meninggalkan Raudhah dengan langkah yang lemah. Zura rakanku telah keluar lebih awal kerana aku tersekat di dalam Raudhah. Aku berjalan sendiri kali ini keluar dari Raudhah sambil menikmati keindahan seni bina di dalam Masjid Nabawi. Kemudian sekali lagi aku diuji, ketika keluar dari masjid Nabawi, di perkarangan luar masjid, jemaah yang nak keluar dan Jemaah yang nak masuk masjid bertembung dan bertolak2, memang keadaan agak lemas dan aku agak tertekan dengan situasi itu, tetapi aku hanya mampu bersabar. Aku bertemu dengan suami dan zura di tiang tempat port kami selalu akan berjumpa sekiranya terpisah.

Kami kemudiannya kembali ke hotel utk makan tengahari. Ramai jemaah2 yg akan ke Mekah berkumpul di lobi hotel siap2 dengan pakaian ihram. Berdebar pula rasa hati bila melihat jemaah2 yang siap2 berpakaian ihram untuk ke Mekah. Kenapa aku berdebar + nervous terlebih2 pun aku tak tau.. ngiluu je hati, eii esok kami akan ke Mekah, debaran kian terasa..

Malam tu, selesai solat Isyak kami kembali semula ke bilik hotel. Kami siap2 packing barang2 sebab esok kami akan bertolak ke Mekah. Tetiba abg asim (suami) whatsapp aku nak ajak keluar sebab ni merupakan malam terakhir kami, so dia nak ajak sama2 menikmati keindahan Masjid Nabawi and nak amik gambar sket katanya. So aku pun keluar, n aku x bajet nak g ke Raudhah malam tu sebab dalam hati aku, waktu tu pintu nak masuk Raudhah utk wanita selalunya da tutup. Tapi mana tau kalau2 ada rezeki, terjah je la. Sayu hati ketika tiba di Nabawi malam tu kerana malam tu adalah malam last kami.

Tetiba aku lihat pintu masuk untuk ke raudhah masih dibuka.. aku bergegas masuk dan abg asim pulak masuk kat tempat lelaki. Aku antara Jemaah yang dapat masuk last malam tu, dan selepas aku, pintu gate pun ditutup. Alhamdulillah, rezeki Allah nak beri. Aku terus masuk dan join grup Malaysia/ Indonesia. Alamak, xde wudhuk ni.. cam tak best la pulak, dapat masuk Raudhah takkan tak nk solat.. aku pun berfikir2 camne nak amik wudhuk ni, botol spray wudhuk aku x bawa pulak.. nak p toilet memang tak la kan..jauh. 

Dekat2 nak sampai ke Raudhah tetiba aku terlihat tong2 air zam2. SubhanAllah.. baru aku terfikir untuk berwudhuk menggunakan air zam2 (menitis2 air mata ketika menaip entry ni, walaupun dah setahun berlalu tapi kenangan indah x pernah padam). Ya Allah betapa kau limpahi kami dengan nikmat dan rezeki, kau sentiasa bukakan jalan, syukur ya Allah. Agak susah nak ambik wudhuk dengan air zam2 sebab paip tong tu agak rendah. So ada seorang Jemaah wanita dari Turki membantu aku memegang cawan dan tuang ke anggota wudhuk bagi memudahkan aku. Syukur..

Kali ini aku amik turn paaaling last, dengan harapan aku dapat bersujud lebih lama penuh khusyuk seperti yang aku minta setiap kali aku berdoa. Alhamdulillah malam yang tak akan aku lupa, aku dapat masuk ke Raudhah dan keadaan ketika itu lengang.. lengang tu, astaghfirullahal‘adzim.. betapa sayangnya Allah kepada kita, Allah telah makbulkan doa2 ku. Selesai aku memberi salam dan x henti2 berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, nabi kesayangan seluruh umat Islam, aku terus melakukan solat sunat taubat, Solat sunat hajat dan beberapa solat sunat  lagi, lalu sujud syukur berdoa memohon agar diampuni segala dosa2 aku, suamiku, ibu ayah ku dan seluruh kaum  keluargaku juga seluruh kaum muslimin. 

Kemudian aku berdoa lagi di sujud terakhirku agar kami dipermudahkan dalam segala urusan dunia dan akhirat, juga dalam urusan umrah kami di Mekah nanti. Aku juga tak henti2 berdoa agar aku disembuhkan segera dari belenggu darah istihadhah (akibat pengambilan ubat pil tahan period (perancang) yang sangat mengganggu perasaan itu sebelum ke Mekah esok. Alhamdulillah, selesai aku berdoa agak lama di Raudhah tanpa sebarang gangguan, tiada kes tolak menolak dsb.. aku melangkah keluar dengan linangan air mata, bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai nikmat berada di Taman Syurga (Raudhah) malam tu. Waktu ketika itu ialah pukul 2 pagi.

Suami telah siap menunggu di luar pintu keluar, dan di malam yang sangat dingin itu kami mengambil peluang berjalan sambal bergambar menikmati malam terakhir kami dengan keindahan Masjid Nabawi. Kemudian kami kembali ke hotel.

Syukur padaMu Ya Allah.. kenangan kali ke 4 masuk ke Raudhah akan sentiasa terpahat di dalam hati hingga ke akhir hayat..terima kasih Ya Allah..

Entry seterusnya - Travelog Umrah 2014 - Day 5

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...