Thursday, June 19, 2014

Travelog Umrah 2014 -Day 1 (KL - Jeddah - Madinah)


Travelog Umrah 2014
Hari Pertama (Perjalanan KL – JEDDAH – MADINAH)

16/2/2014 (Ahad)

Penat masih bersisa, kitorang baru selesai kursus intensif kat USM Penang start dari 20/1/14 and tamat pada 15/2/14. Kemudian kami terus sambung untuk ke Tanah Suci for umrah 16/2/14 (malam)(Bulan2 yg agak packed schedule) Pagi ni sempat gi Pejabat Andalusia kat Kg. Pandan utk dengar kursus umrah kali terakhir sebelum bertolak ke tanah suci pada malamnya nanti. Hati berdebar + gembira - tak dpt digambarkan betapa terujanya kami (actually aku yg rindu nak dengar celoteh Ustaz Daud tu bagi ceramah, hahah.. ada certain part yg aku suka)

Kami berdua dihantar oleh MIL and SIL ke LCCT malam tu. Flight kami dijadualkan bertolak dengan AirAsiaX KL - JEDDAH pukul 2 pagi. Semua jemaah diminta berkumpul kat depan MarryBrown LCCT  pukul 11 malam. Ada Mutawwif yg akan tunggu semua Jemaah kat sana. Sedih bila terpaksa meninggalkan anak2 utk ke sekian kali lagi (after tinggalkan dorg during course kat USM) but kami tetap kuatkan hati untuk ke sana.





 

Malam tu ramai jemaah yang akan ke tanah suci n datang dari pelbagai agensi umrah. Ada juga jemaah yg dtg dari Indonesia (transit) ke sini. Masing2 ambik port untuk berehat/tidur sebab just now ada pengumuman, flight kitorg delay kol 2 pagi ke pukul 5 pagi adess.. dugaan ler tu. Aku ngan suami pergi ngan kawan kami Nor Azura n adik lelaki dier Yeh. Kami tak tidur semalaman. Penat n mengantuk jangan cakap. Tapi aku bajet yg aku nak tido puas2 kt dlm flight nanti. Sepanjang menunggu, kami hanya bersembang2 kecil

17/2/2014 (Isnin)
Tiba masa kami dah dibenarkan untuk ke Pintu berlepas International, alangkah seronoknya hati, perjalanan akan bermula sebentar je lagi. Kami melalui imigresen checkpoint then, semua benda yg berliquid (lebih dari 100ml), xleh bw ke dlm perut kapal (kena letak dlm beg besar kalau nak bw gak).

So perjalanan dari KL ke Jeddah mengambil masa selama lebih kurang 8 jam. Kami dijadualkan tiba di Jeddah dalam pukul 9 pagi (2 petang waktu Malaysia - beza 5 jam). Sepanjang kat dlm flight aku sangat mengantuk. Pengumuman masuk waktu utk Solat Subuh dlm flight kedengaran, so aku pun mengambil wudhuk dgn botol air spray lalu solat Subuh atas kerusi seperti yg telah diajar ketika kursus umrah haritu. Pastu aku sambung tidur dan apabila tersedar aku lihat ke luar tingkap.. dekat nak sampai dah.. nampak padang pasir.. tebal MashaAllah.. aku dh sampai di bumi Anbiya.. teruja nya Ya Allah.., Penerbangan dgn AirAsiaX not bad,  tq AirAsiaX – murah, berbaloi ..Alhamdulillah!





Mendarat di Jeddah, suhu agak sejuk lebih kurang 14-15 degree. Sebelum ni org kata pernah mencecah 8-10 degrees, yang benerr?? Bercakap pun cam berkabus (Korea??) Setelah selesai urusan ngan Imigresen Checkport (cepat alhamdulillah, sbb pernah dengar pengalaman org lain-imigresen sini sangat teruk blablabla) mungkin nasib kami baik haritu.. segalanya berjalan lancar, takde beg  yang hilang dsb syukur dipermudahkan.







Bas n Mutawwif Andalusia (Ust. Muhammad Shafiq dan Ust. Ahmad Firdhaus) dah sedia menunggu kat luar perkarangan airport Jeddah. Setelah semua bagasi dh dpt, kami pun naik bas utk ke Madinah. Kami singgah sebentar  untuk solat jamak Qasar (zuhur n Asr) kat RnR apa nama x ingat, n kami disajikan dengan hidangan Nasi Mandy ayam utk juadah tengahari di restoran yg ada kat situ. Perjalanan mengambil masa selama 8 jam lagi (lama kan?) n sepanjang kt dalam bas, mutawwif banyak menerangkan sejarah2 di situ, ajak ramai2 berzikir penuh syahdu..




Ok, nak cerita kejadian dalam bas, ada seorang jemaah lelaki grup kami duk betul2 kat belakang seat aku. Tetiba asyik muntah2 teruk (angin kot)..astaghfirullah aku simpati sgt2. Then, aku soh abg asim bagi gula2 berangin + minyak angin yg aku ada dgn harapan dia akan ok. Tapi yg sedihnya keadaan dia masih teruk n dier nampak letih sangat sebab banyak kali muntah. Sepanjang perjalanan dekat 3 jam dia non-stop muntah. Aku x henti2 berdoa agar dia tak apa2. Suddenly, aku teringat yg aku ada bawa beg ubat, aku pun belek2 ubat2 kat dlm tu then, betapa happynya bila aku nampak ubat “TAHAN MUNTAH” ada kt dlm beg tu, trus aku soh abg asim bagi kat dia.. pastu baru dier ok.. Syukur alhamdulillah aku panjatkan ke hadrat Ilahi.. Tu mungkin dugaan utk dia..dugaan kita, tak tau macam mana nanti.. doa tak pernah putus agar kami dipermudahkan.

Sampai je di Tanah Haram Kota Madinah.. terasa sayu je hati.. benar2 tak sangka yg aku akan berada di sini.. Ya Allah, sesungguhnya kau Maha Pengasih lagi Penyayang.. bahawa sesungguhnya kami diberi kesempatan utk berada di tanah yg suci lagi barakah, tanah di mana Nabi kesayangan kita semua - Rasulullah SAW disemadikan.


Kami ditempatkan di Hotel Mubarak Silver, 400 meter jarak dier dari Masjid Nabawi. Kami sampai dah Maghrib, x dpt kami solat berjemaah di Masjid utk Maghrib mlm tu sbb baru sampai, jalan masuk ke Kota Madinah agak jammed menyebabkan kami agak kelewatan sampai. So,lepas pembahagian bilik dan kunci, kami siap2 solat dlm bilik, makan malam n cepat2 berjalan kaki ke Masjid Nabawi utk Solat Isyak. Tau tak apa perasaan dia first tyme bila nampak Masjid Al Nabawi depan mata tersergam indah dgn disinari lampu2 yg bergemerlapan?..SubhanAllah indah tak terkata.. aku hanya mampu mengucapkan syukur yg tidak terhingga kerana diberi peluang oleh Allah SWT utk menghadirkan diri di situ bersolat jemaah beramai2..beberapa kali air mata aku menitis mensyukuri segala nikmat yg diberikan olehNya kepadaku..








Cuaca malam di Kota Madinah sangat sejuk.., terasa nyaman dan tenang.. ramai betul jemaah di dalam Masjid Nabawi.. memang kene g awal supaya dpt solat kat dalam (atas karpet) kalau tak terpaksa solat di perkarangan masjid la nampaknya (atas tiles).. sejuk lak tu..haha. Before masuk masjid ada Polis/Pegawai Masjid wanita Arab (berpurdah) kat pintu masuk utama (bahagian wanita) akan check beg kita.. mereka x kasi bw masuk kamera, tab etc. nanti dorg rampas or soh kita hantar balik ke hotel.. but handset boleh bawa tu pun kena sembunyi2.. (tak tau pesal..) but begitulah keadaannya kat sana.. org berpusu2 bertolak2 nak masuk n keluar.. bersabar saja la ye.. aku agak 'culture shock' memula tu.. ramai nya umat dari pelbagai pelusuk negara.. mmg macam2 pe'el la kan.. 

Selesai solat Isyak.. kami terus balik ke hotel, menyusun barang2 pakaian yg masih x terurus.. n tidur coz esok kena bangun awal utk Solat Subuh.. :)

link seterusnya - Travelog umrah - Day 2 (Madinah)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...