Thursday, May 14, 2015

Our 8th Anniversary - Johor Bharu trip (Danga Bay, Legoland, Puteri Harbour, JPO)

Our 8th Anniversary – Johor Bharu trip

Walaupun trip ni dah lama (8-11 Nov 2013) tapi baru skg ni berkesempatan utk abadikan kenangan trip ni dalam blog. Biar aku sentiasa ingat semua trip2 yg pernah kami pergi before.Actually banyak lagi trip2 yang terdahulu since 2008 yang kami pergi sekeluarga, yang kebanyakannya trip dalam negara la macam trip ke Penang, Bukit Merah, Pulau Pangkor, Genting Highlands, Colmar tropicale Bukit Tinggi, Cameron Highlands, Genting Highland Resort, Cherating, Pulau Langkawi, the Lost World of Tambun Perak, Ipoh trip, Kuantan trip, Afamosa Resort + Melaka trip, Kelantan - Terengganu (pantai timur) trip, n luar negara ke Singapore + USS etc  tapi tyme tu x pandai lagi berblog2 ni dek..skg je sudah pandai poyo berblog..ko hado?


Day 1- 8/11/2013 (Jumaat)
Check in, Danga Bay, jalan2 sekitar JB

Sambutan anniversary kami yang ke 8, kami plan bawa anak2 kami ke JB. Kami nak ke Legoland pulak kali ni. Kalau trip2 yang dulu, kami ke JB dan kemudiannya ke Singapore (USS). Tapi kali ni kami nak ke Legoland pulak.. anak2 cukup teruja. Promo kat TV memang giler2 pasal legoland sehinggakan nadhirah pun x sabar nak ke ‘lelelend’

Kami bertolak dari KL dalam kol 11 pagi. Perjalanan kami ke arah selatan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Disebabkan nak cuti Public holiday, jalan raya agak  jammed dan melambatkan lagi perjalanan kami ke JB. Setibanya kami di sana kami terus ke Hotel Seri Malaysia JB dan check in lebih kurang pukul 4 petang. Selesai urusan check in kami pun berehat dan bersiap2 nak ke Danga Bay malam tu + JJCM area JB. Tengahari tadi kami dah singgah utk solat jumaat n singgah lunch di RnR .

Malam after solat kami keluar utk makan malam. Kami singgah dinner di gerai seafood area Danga Bay. Kami cukup suka ke sini kerana malam yang happening. Ini merupakan kali ketiga kami ke sini n terdapat mcm fun fair utk kanak2, pastu ada aktiviti berbasikal, ada persembahan2 nyanyian..memang best, so aktiviti Day 1 – just ke Danga Bay sahaja

Day 2 – 9/11/2013 (Sabtu)
Legoland theme park (full day trip)


Ok just layan beberapa keping gambar yang sempat kami rakam. Bagi aku legoland memang best. Setanding dengan theme park international. Pasal tu rege dier pun uyooo mahal. Yang bestnya, kami ke legoland ni, tiket free utk kanak2.. sebab kami amik pelekat kat plastic biskut OREO, 'kids go for free'. So memang untung n berbaloi
Perbelanjaan di Legoland:
Total tiket = RM120 adult (utk theme park sahaja , x termasuk water park) x 2 = RM280.
Souvenir = RM100
makan2 = RM40
Total = RM420



























Tyme kami pergi hujung minggu, memang ramai giler orang.. ok la meriah..tapi yg roller coaster best tu cam biasa kene baris panjang la... Tapi roller coaster tu memang best.. anak2 kata cenggini ha..(thumbs up). So beberapa tips nak kongsi klu ada planning ke sini

1) Datang awal, 0930 dh ada kat sana supaya x beratur pjg beli tiket.
2) Bawa extra baju - sbb panas n ada park yg ada splash air n basah2 sket
3) Air mineral - bw la lebih sbb kt sana panas n harga air mineral nya mahal
4) Diaper + susu baby - bawa la lebih sbb kiter akan berada di legoland sehari suntuk.. ko mahal byr
5) Tempat solat, baby changing room, toilet yg sangat selesa mmg available kt sana so x yah risau
6) Legoland sesuai bw anak2 kecik dlm range umur 3-10 tahun sbb klu compare USS, kt sana kebnykn permainan more to dewasa atau utk kanak below 3 yrs mmg x baloi, but legoland ok
7) Retail shop kt legoland jual souvenir agak mahal, siap2 bw duit lebih + ATM kad
8) Sampai2 saja di dlm theme park tu baris siap2 kt roller coaster (sebelah kanan) dulu sbb takut ramai sgt kang melepas , roller coaster ni best!
9) Bawa la bekalan makanan cam roti, biskut, keropok2 etc utk anak2 utk lapik perut
10)Bawa payung, kipas tangan n baju hujan - sbb cuaca x menetu, n open air.. tghari mmg panas giler n takut petang hujan...

kalau nak bli tiket theme park + waterpark kena wat 2 hari.. klu sehari nak cover  theme park n waterpark - rugi.. sbb Legoland theme park ni besar n bny tmpt nak explore so klu terkejar2 nak ke waterpark lg mmg x baloi la.. bayar mahal wuu.So kami explore semua tmpt kt dlm tu, Roller coaster, tgk 4D cinema, main tembak2 air, driving academy, etc. Legoland mmg best!, so inshaAllah next trip nak ke waterpark legoland plak..

Kami masuk start kol 1000 pagi main tak hengat.. n sampai la pukul 1900 - memang bawa anak2 enjoy kt situ smp lebam la. Pastu kami makan malam di restoran KFC kt Mall depan Legoland - Medini Mall, bnyk kedai x bukak lagi tyme ni sebab tempat ni baru siap dibina. Pas makan kami terus balik ke hotel dan berehat.


Day 3 – 10/11/2013 (Ahad)
Puteri Harbour Family Theme Park
The Little Big Club + Hello Kitty land Sanrio (Full day trip)

Ok harga tiket berbeza utk yg Malaysian n non-Malaysian, so sila bw Mykad. Kalau  nak masuk 2 park ni (Hello Kitty n The Little Big Club) = RM85, kalau satu park sahaja RM55. Aku dan suami decide amik The Little Big Club park shj - mcm x larat pulak nak terkejar aktiviti kt tgkt bawah (Hello Kitty) n tingkat 2 dan 3 (Little Big Club). sbb kat sini every hour tu ada je show .. so xnak terlepas.


Perbelanjaan di Puteri Harbour Theme Park:
Total tiket (RM 55/person) x 4 (nadh n Hariz free) = RM220
Souvenir = RM60
Makan = RM50
Total = RM330

Kami sampai awal kt sini dalam kol 9 pagi. Theme Park buka pukul 10. So kami bergambar2 sekitar Mall, dekat Lat's kartunis ada banyak tempat utk mengambil gambar kenag2an, n singgah makan donut cute2 kat deretan kedai kat situ.

Theme Park ni actually ada 3 level. Level first tu Hello Kitty Sanrio. Semua tentang Hello Kitty ada kt sini. serius kiut2 semua.. geram je. Anak2 yg suka n minat Hello Kitty sesuai dibawa ke sini. Anak2 perempuan kami biasa2 shj. So rumah Hello Kitty n semua kaum kerabat lelaki perempuan bangsa Hello Kitty semua ada kt park ni. Ramai pengunjung especially Chinese dtg ke sini. Puteri Harbour theme park ni juga sesuai utk kanak2 1yrs up to 12 yrs. Ala yg tua2 pun happy pe kt sini, sebab theme park dlm Mall yg berbumbung n ada air cond.. x yah berpeluh2 mcm kt Legoland/USS x ke gembira tuh?

So first kami singgah kedai souvenir Hello Kitty dulu, beli fridge magnet etc (mahal2 ko), pastu naik terus ke level 2. Kat sini ada kartun character mcm Pingu, Barney, Angelina the Ballerina, Bob The Builder. Maskot akan keluar bersama dancers yg lain beramah mesra n buat show kat pentas singing n dancing setiap jam. Memang teruja anak2 tengok .. seronok. Anak2 perempuan kami tidak melepaskan peluang utk ke dancing academy with Angelina the Ballerina. Berangan masing2 menari, seronok tengok dorg happy..:)

Tingkat 3 - Thomas n friends punya tempat. Ada macam2 park semua pasal kartun ni. anak2 cukup seronok menaiki tren, bermain di playground kt situ, etc. aku pun xnak kalah jugak.. p jugak naik merry go round alahaii ..haha. aku tengok memang orang2 tua yg berebut2 nak naik itu ini mengalahkan budak2 hahah ko bayar mahal, terpaksa la jadik anak2 riang main game bebudak. Kat level 3 ni ada tempat utk makan. tapi memang mahal. So pls bawalah makanan sendiri siap2 dari luar, so duduk je la kt kerusi2 kat food area kt situ, boleh je.. ada ke patut order nasi n ayam (kecik lak tu) sampai RM15, tapi sbb lapar beli la jugak.So pas habis semus show di The Little Big Club ni dalam kol 6 petang, kami pun turun dan singgah utk bergambar2 sikit di Hello Kitty land tu.. semua park dah close kol 6 saja singgah. Habis kol 6 ptg, kami pun beredar keluar dari Puteri Harbour dan singgah utk makan malam di Restoran Singgah Selalu, Danga Bay.


Day 4 – 11/11/2013 (Isnin)
check out, jalan2 sekitar Nusajaya n ke Johor Premium Outlet (JPO)

Ok hari last kami di sini. Kami sekeluarga check out awal dalam pukul 10.30 pagi. selepas breakfast, kami terus berjalan2 sekitar Nusajaya, bergambar di Puteri Harbour tempat ada kapal2 macam pelabuhan kecil, nanti kononnya akan dibina theme park jugak kt sini. Pastu gerak balik singgah beli kerepek2 di Stesen Terminal Bus Larkin. pastu singgah makan tengahari ..kat gerai jual nasi campur kat mana ye... xingat dah.. tapi mmg sedap n ramai giler orang. Dan seperti biasa kalau dah nak smp highway PLUS nakbalik KL tu singgah la ke JPO. cuci2 mata n beli hand beg , beli coklat2 n meneruskan perjalananbalik ke KL. kami sampai ke rumah dalam kol 10 malam. Esoknye , yes kerja... nice trip n Happy Anniversary to me n abg asim.. alhamdulillah ;)

end






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...