Salam.. actually banyak entry yang nak aku masukkan dlm blog ni, tapi kebizian hidup seharian menyebabkan semua tu terbantut. Bestnya kalau dpt duduk dlm bilik relax2 n xde apa nak buat melainkan menaip blog atas meja waaa... hahah tapi tu semua anganan belaka.. x mungkin berlaku dgn adanya si kecik2 kt umah tu yg mmg suka menyepah2 rumah n selagi x jadi tongkang pecah umah tu mereka tidak akan berpuas hati hahahah..tunggu kamu!
Menjadi ibu kepada empat org anak agak meletihkan bagi aku.. syukur abg asim mmg sangat ringan tulang orangnya.. banyak membantu kerja2 rumah, kalau x memang mcm zombie la aku jadiknya.. so aku rasa aku memerlukan vitamin untuk kesihatan.. ditambah lagi dengan usia yg semakin bertambah, so sememangnya penting untuk mengambil supplement utk menambah tenaga dan meningkatkan kesihatan.
So entry ni aku nak kongsi vitamin n supplement (makanan tambahan) yg aku ambik n aku rasa kesannya bagus utk aku-" ya terasa bedanya - bagus banget!".
1) Alfalfa Complex - Shaklee
Pengambilan 10 biji/day ( aku ambik 5 biji after bfast n 5 biji after lunch)
Pengambilan 10 biji/day ( aku ambik 5 biji after bfast n 5 biji after lunch)
Kebaikan:
Legakan sakit sendi dan belakang, hilangkan kelesuan dan tekanan,
membuang toksik dalam badan (detox), cuci buah pinggang dan rawat
kencing kotor, neutralkan asid dalam badan, menegangkan payudara,
merawat masalah keputihan, bertindak sebagai kacip fatimah wanita, buang
angin dlm badandan sebagai milk booster (breastfeed mummy)
2) Lecithin (dietary supplement) - Shaklee
Pengambilan 6 biji/ day - (aku ambik 2 biji after bfast, 2 biji after lunch n 2 biji after dinner)
Kebaikan: Membantu mencegah
penyakit yang berkaitan dengan lebihan lemak dalam badan, seperti darah
tinggi, stroke, sakit jantung dsb, juga berperanan sebagai agen memecahkan lemak, membantu dalam penyerapan zat- zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan, melindungi sel darah merah kita daripada serangan virus dan bakteria, meningkatkan daya ingatan, membantu mencegah eczema, kerana ia adalah zat kecantikan (untuk kulit, rambut), bertindak sebagai pelincir kepada sendi- sendi badan dan ianya diperlukan dalam penghasilan hormon epinephrine yang diperlukan bagi mencegah simptom menopause dan PMS
3) Herb-lax - Shaklee
Pengambilan 3 biji/ day -( aku ambik 3 biji before tidur / after dinner)
Kebaikan: Detox yg sangat baik, membersihkan najis yang tersekat, merangsang
usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis
yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita, membantu masalah sembelit, membantu mengempiskan perut - ia
membantu dalam mengurangkan lemak pada perut dan memberi kepejalan pada perut.
4) Vitamin C (1000mg)
Pengambilan: aku ambik 3 biji/seminggu (x ambik hari2)
Kebaikan: vitamin C umum mengetahui ianya mempunyai fungsi anti oksidan iaitu dapat
mencegah sel badan daripada dirosakkan oleh radikal bebas. Selain itu,
vitamin C juga penting untuk pembentukan kolagen iaitu sejenis protein
yang menyokong sebahagian sel supaya dapat memberi struktur, kekuatan
dan kekenyalan kulit serta tisu badan disamping membantu penyerapan zat
besi (mencantikkan kulit)
Pengambilan : 3 biji /seminggu
Kebaikan: membekalkan kalsium kepada tulang agar lebih kuat dan mengelakkan dari penyakit osteoporosis
6) Evening Primrose Oil (EPO) - Cosway
Pengambilan: aku amik yg 1000mg brand Cosway (mana2 brand pun ok), so amik sebiji sehari cukup. Kalau EPO yg 500mg kena amik 2 biji/day.
kebaikan EPO : Menurunkan tekanan darah,
mengawal kadar kolesterol dan berat badan, melancarkan peredaran haid,
meningkatkan kesihatan kulit, kuku dan rambut serta mengawal keradangan dan juga boleh mengurangkan simptom kemurungan, PMS, menopaus seperti panas badan, kekeringan, dan sengal sendi.
7) REVICON forte (Multivitamin)
Pengambilan : sebiji/day
Actually, multivitamin ni xyah ambik pun xpe, if kita dah ambil makanan yg seimbang every day. Tapi aku ni jenis yg selalu skip meal, n kadang tu x ambik makanan yg seimbang, so I really need multivitamin utk cover balik mana2 nutrient yg aku x terambik. So, secara umum multivitamin ni boleh membantu mencegah kekurangan vitamin dan mineral
yang digunakan untuk meningkatkan nutrisi penting dalam tubuh,
8) Habbatus sauda kapsul - BARAKA
Pengambilan 2 kapsul/day (aku ambik satu kapsul je/day - after lunch)
Kebaikan: Menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
Nabi
Muhammad S.A.W. bersabda dalam hadisnya yang bermaksud ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat ubat penyembuh untuk segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)”
(HR.Bukhari, Muslim)
Kebaikan: Menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
dua2 ni sama je, packaging kaler hijau tu repack Malaysia punya n kaler oren tu pack original dari Mesir |
Ok ini je la supplement yg aku ambik.., tapi xde la sihat sgt aku ni.. banyak gak sakit2, tapi x salah berikhtiar utk kesihatan :)..
"Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali Dia turunkan untuk penyakit itu ubatnya." ( HR Al- Bukhari no. 5678)
"Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali Dia turunkan untuk penyakit itu ubatnya." ( HR Al- Bukhari no. 5678)