DAY 7 – MAKKAH
(ZIARAH LUAR + Umrah Ja'ranah)
Berbeza dengan
di Madinah, aku lebih sihat ketika berada di Mekah. Alhamdulillah, mungkin
cuaca nya lebih kurang macam panas kat Malaysia (tapi sejuk sikit kot, Malaysia
panas lagi)di waktu ini. Di Madinah suhu cuaca terlalu sejuk membuatkan
kesihatan aku agak terjejas. Satu lagi perkara yang membuatkan aku sangat
bersyukur apabila doaku agar dipermudahkan urusan umrah dan sembuh segera dari
belenggu darah istihadhah ketika di Raudhah dimakbulkan oleh Allah SWT. Sekali
lagi aku menangis mensyukuri nikmat Allah kepadaku. Betapa barakah nya bumi
ini, bumi Makkah, aku diberi kesihatan yang baik dan aku akhirnya bersih dari istihadhah, Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Lebih mudah untuk aku beribadah di
masjid dan menunaikan umrah dsb selepas ini. (Aku masih meneruskan memakan pil
tahan period pada masa yg tetap dan komited setiap hari)
Harini kami akan
dibawa menaiki bas ke tempat2 bersejarah sekitar Kota Makkah. Aduh, crowdednya
Kota Makkah.. agak serabut nak cari bas, sebab banyak sangat kenderaan parking
di sana sini. Setelah semua Jemaah grup kami menaiki bas, kami dibawa ke
lokasi2 berikut:
1) Jabal Thur
Ust Shafiq
memberi penerangan berkenaan Jabal Thur iaitu merupakan tempat dimana
Rasulullah SAW berlindung kepada kaum kafir Quraisy yang diperintah oleh Abu
Jahal utk membunuh baginda kerana baginda enggan berhenti menyampaikan ajaran
Islam. Bersama2 Saidina Abu Bakar baginda bersembunyi di dalam Gua Thur yg terletak di
bukit tersebut. Gua itu hanya boleh memuatkan 2 orang sahaja. Ketika kaum
Quraisy mendekati gua itu terdapat labah2 telah membuat sarang di pintu masuk gua
lalu mereka pun terselamat dengan izin Nya.
2) Arafah dan Jabal
Rahmah
Terletak di
dalam kawasan Padang Arafah. Perjalanan dari Tanah Haram mengambil masa kira2
setengan hingga satu jam menaiki kenderaan. Padang Arafah terletak di luar Kota
Makkah di mana tempat menunaikan rukun Wukuf dalam ibadah haji pada 8 dan 9
Zulhijjah. Padang Arafah tempat kita memohon dan berdoa memohon kepada Allah
agar diampunkan segala dosa, menyesali segala perbuatan dan keterlanjuran yang
pernah kita lakukan. Padang Arafah juga sebagai bayangan di Padang Masyar nanti.
Di Padang Arafah jugak dipercayai merupakan tempat pertemuan semula Nabi Adam
a.s dan isterinya Siti Hawa setelah dikeluarkan dari syurga angkara hasutan
Iblis.
Aku dan suami
mengambil kesempatan untuk mendaki Jabal Rahmah. Jabal ini tidak terlalu tinggi,
kiranya yang agak berumur atau x berapa fit pun masih boleh mendaki. Di sini
kami berdoa agar perkahwinan kami diberkati dan jodoh kami kekal sehingga ke
akhir hayat. Macam2 lagi yang kami doakan kat sini kerana Jabal ini juga merupakan salah satu
tempat mustajab untuk berdoa. Kat atas Jabal
Rahmah ni ramai jugak yang berjualan, ketika nak naik jabal ni pun ramai
peminta sedekah. Terpulanglah nak bagi atau tak. Jangan terkejut yang peminta2
sedekah ni boleh cakap melayu da…
3) Muzdaliffah,
Mina
Kami hanya lalu
di kawasan2 ini, dan tengok dari dalam bas sahaja kerana takut tak sempat.
Mutawwif memberi penerangan serba sedikit mengenai kawasan2 tersebut kepada
kami.
4) Miqat di Masjid
Ja’ranah
Kemudian kami
singgah di Masjid Ja’ranah. Kaum lelaki bersiap2 untuk menukar pakaian ihram.
Kami solat ihram dua rakaat di masjid ini dan niat ihram. Kemudian, kami
kembali ke dalam bas dan meneruskan perjalanan balik ke Masjidil Haram untuk
Solat Zuhur berjemaah dan start buat umrah yang kedua.
Selesai solat
Zuhur berjemaah di Masjid Haram, aku dan suami bersama2 menunaikan umrah kami
yang kedua. Kali ini kami lebih confident selepas melalui umrah kami yang
pertama semalam. Kali ini aku niat umrah Badal untuk arwah ayahku. Tau tak
perasaan ketika melakukan tawaf untuk umrah Badal ni sedih yang tak terkira..
Mujur aku memakai shade hitam lalu xde la nampak sangat aku menangis sedih
ketika tawaf. Ya Allah sedihnya ketika tawaf mengelilingi Kaabah, doa buat
arwah ayah tak putus2 semoga pahala umrah ni diberkati untuk ayah ku yang telah
tiada. Ingatan aku kepadanya tak pernah putus. Ayah.. semoga ayah sentiasa
tenang di sana, I miss u, Al-Fatihah. Betapa gembiranya aku dapat menyelesaikan
umrah Badal buat arwah ayah dengan lancar. Perasaan yg tak tergambar ketika
selesai bertahallul setelah melalui cabaran Sa’ie yang agak jauh..seronok yang
amat..alhamdulillah syukur. Kenangan manis ini akan sentiasa subur di hati..
Malam ni aku
target selesai tawaf sunat aku nak solat di hijr Ismail dan nak bau wangian
kiswah (Kain pelapik Ka’abah), nak duk dekat2 dengan Kaabah.(Ketika dalam Ihram x
digalakkan duk dekat2 kawasan tu takut terkena wangian Kaabah nanti kena dam)
InshaAllah..
Selesai Solat
Maghrib dan Isyak, kami kembali ke hotel untuk menikmati makan malam. Kemudian
aku dan suami bercadang untuk ke Masjid malam tu n nak wat tawaf sunat dsb. So
malam tu lebih kurang kol 11 malam, kami pun gerak ke Masjid Haram, dan start
buat tawaf sunat lagi. Aku sangat sukakan ibadah tawaf. Aku suka sangat duk
dekat dengan Kaabah. Aku berasa sangat selesa melakukan ibadah ini. Walaupun
ramainya Jemaah yang melakukan tawaf dan seperti biasa aktiviti tolak menolak
itu adalah normal..tapi aku bagaikan sudah lali dan seronok melakukan tawafn memang x dpt nak describe the feeling.
Selesai tawaf,
aku ajak suami nak solat dan berdoa dalam Hijr Ismail (memang susah nak solat
di sini sebab ramainya orang berpusu2 dan once again yes - bertolak2 itu adalah normal). So selepas kami tawaf kami perlahan2
mendekali kawasan yg crowded dengan org itu lalu mengambil peluangsSolat di
dalam Hijr Ismail. Alhamdulillah kami berkesempatan untuk solat 2 rakaat lalu
berdoa di dalam Hijr Ismail. Kemudian aku nak pergi cium bau Kiswah (kain
pelapik Kaabah). Aku kemudian terlihat ruang kosong di sekitar Multazam lalu
aku melekapkan diri aku di situ, wangian kiswah sampai sekarang masih
teringat2.. SubhanAllah, pengalaman indah yang tak tergambar.. aku kemudiannya
berdoa setiap masa sepanjang berada di situ.. selesai duduk di dalam Masjid
Haram sambil meneruskan bacaan Al-Quran (kata nak khatam).. kemudian kami balik
semula ke hotel lebih kurang kol 2 pagi.
Entry seterusnya - Travelog Umrah 2014 - Day 8
No comments:
Post a Comment