Berdasarkan
kepada pengalaman sewaktu membuat umrah pertengahan Febuari haritu, kat sini
nak share entry barang2 keperluan yang dibawa ke tanah suci:
Wanita
1) Jubah
-Bawa 4-5
helai. Kalau boleh jubah tu biar potongan kembang kat bawah (ala2 dress). Kalau
yang potongan lurus ke bawah (straight x kembang) pergerakan jadi limited – nak
melangkah n nak jalan laju sikit ke masjid pun susah
-If
perjalanan umrah tu direct ke Mekah dulu mungkin boleh pakai jubah putih
(pakaian ihram) siap2 dari rumah (sunat memakai pakaian berwarna putih) actually,
x jubah putih pun xpe, telekung dah kaler putih tapi cam x feel, alahaii..nak
jugak.
-Tapi kalau
perjalanan umrah tu ziarah ke Madinah dulu, memang cun habis. Bawa sikit je
jubah dari rumah (dlm 2-3 helai) pastu beli la beberapa helai kat Madinah…murah2.
Jubah putih pun bli je kat sana 40 - 80 Riyal je, waaa.. best giler!! cantik2
plak tu, kat Malaysia mmg x dpt la that price, believe me.. Budget satu jubah
dipakai lebih dari sekali hehehe sangkut la elok2 dengan hanger lepas pakai tu.
2) Jubah seluar
- Bawa
sepasang pun cukup, untuk pakai masa gi ziarah luar (especially yang nak gi mendaki
Jabal2 yang ada kat situ atau nak pakai wat umrah) kalo tak bawak pon takpe,
boleh pakai jubah biasa jer. Aku x bawa, just bawa blouse panjang sehelai n
pakai ngan seluar labuh (seluar umrah kaler putih tu) tyme g ziarah. Boleh gak
bawa baju kurung without kain, pakai baju kurung tu ngan seluar (jadik mcm jubah
seluar).. tapi aku x prefer sgt hihi..:)
3) Singlet berzip
- 1 helai
(mana tau jubah putih tu agak jarang .. so leh pakai ngan singlet ni (jadik
inner). Motif zip tu, untuk letak duit/kunci..
tapi xyah letak pape pun xpe.. ada beg pihak agency bagi tu pun dah ok, ley simpan dlm
tu..
4) Seluar panjang
- 3
helai. Beli la seluar umrah tu sehelai n bawa la seluar panjang (tracksuit) yang
lembut tu 2 helai. Boleh bawa utk tido n boleh gak pakai dalam jubah,so kene
tiup angin pun x la terdedah betis. Satu lagi, penting pakai seluar panjang
dlm jubah bagi mengelakkan peha melecet bila pergerakan terlalu banyak masa wat umrah kat sana
nanti (lagi2 kalau peha yg agak semangat2) mmg perlu sangat utk keselesaan.
5) Tudung + anak tudung +
telekung
-Tudung
labuh 2-3 helai - utk dipakai tyme ziarah. Tudung apa2 pun boleh, janji tutup
dada (sopan). But better bli yg labuh (kaler hitam/putih) senang.. lepas ziarah
or during ziarah tu trus leh wat solat kat masjid2 tmpt ziarah
-Tudung
sarung (awning) 2 helai - tudung yg senang dipakai, sarung je.. utk pakai tyme2
nak g makan, emergency, ziarah dsb
-Anak tudung
- bawa secukupnya
-Anak tudung
ninja - bawa 2-3 helai, penting supaya bahagian muka dapat ditutup proper
(tutup bawah dagu) - tyme wat umrah especially tawaf, aurat mmg betul2 kene
jaga n tyme solat di masjid2 kat situ nanti
-Telekung -
bawa 3-4 helai - kain x yah bawa, bawa telekung tu je.. mmg kene bawa banyak
sbb most of the tyme kt sana mmg pakai telekung, mungkin kene cuci selalu jugak
kot kt bilik hotel - nak hantar laundry pun boleh, but harga agak mahal sebab
dorg kira per pieces.. cuci tangan je senang, sidai kt dlm bilik hotel..
6) Pakaian tidur
-Bawalah
baju kaftan lengan panjang or ¾ tu, atau apa2 pakaian rumah yg biasa dipakai - 2
helai (pakai banyak kali) x yah bawa banyak2
7) Towel mandi
-Bawa
sehelai (stand by) tapi kat hotel mmg disediakan, bawa gak tuala muka n kain
batik sehelai
8) Stokin kaki + stokin tangan +
stokin Sa'ie
-Stokin kaki
tebal 6 pasang - mmg kene bawa banyak sebab benda kecik2 ni senang kotor. Kat
sana banyak berjalan so possibility untuk mudah kotor tu besar.
-Stokin
tangan 3 pasang.
-Stokin
tawaf/Sa'ie sepasang - stokin ni kat bawah tapak tu ada bulat2 kecil (timbul) -
supaya x senang tergelincir (grip) n agak tebal, macam kasut ballet yg elastic
- muat semua size tapak kaki. So xdela tapak kaki sakit/melecet tyme wat
tawaf/sa’ie
9) Sandal
-Bawa
sepasang kasut/sandal utk jalan2 n sepasang selipar utk pakai g masjid
10) Pakaian dalaman
-Bawa
secukupnya, mungkin panties kene bawa lebih, atau boleh beli disposable panties
(terpulang)
11) Barang2 keperluan lain:
Toilettries - (bawa mini kit/travel pack) better bawa
sabun mandi ketul, bawa shampoo kecil, ubat gigi ,berus gigi ,pencuci muka yg
kecil n sabun basuh baju (guna sabun ketul mandi tu utk basuh baju/telekung pun
ok.
-Penjagaan
badan
- · Pelembap muka & Sun block (elhajj),
- · pelembap bibir (Vaseline for lips),
- · cracked heel cream (ellgy)
- ·
losyen badan
(nivea extra moisture)
5 items ni sangat
penting kat aku tyme dkt sana!- cuaca sana sama ada sangat sejuk + kering / panas kering - n
possibility kulit muka n kulit badan jadik kering + cracked heel tu terjadi mmg
tinggi - so belilah produk yg sesuai n halal (No Perfume, No Alcohol) - Contoh:
produk elhajj - produk ni really
help kitorg kat sana. Halal untuk dibawa ketika ihram. Produk ni boleh didapati di gerai2 kat tingkat bawah kompleks
Tabung Haji, KL - pernah gak nampak kat Carrefour
Deodorant + perfume
yg xde alcohol (attar) - dipakai ketika bukan dlm ihram
Cotton buds,
sikat rambut, facial cotton + toner - bawalah utk membersihkan telinga + muka
Ketip kuku
& Shaver - Nak
bercukur n ketip kuku sebelum niat umrah – yg biasa guna shaver better bawa.
Macam aku x biasa guna - so x bawa
-Ubat2an
- Ok, yg ni antara benda penting utk dibawa bersama. Ubat kat sana mahal. So, letaklah
dalam satu beg kecil semua ubat2an seperti: Ubat batuk, ubat sakit tekak (e.g
strepsils - yg ni bawalah sebanyak mungkin 4-5 papan), ponstan, panadol, ubat
migraine, ubat cirit birit ,Pil chi kit teck aun, ubat angin, ENO, ubat selsema
(e.g. Clarinase - make sure yg tak bagi ngantuk), ubat tahan muntah, minyak
angin n analgesic cream (utk muscle pain). Kalau ada penyakit2 tertentu,
bawalah siap2 ubat2an peribadi (e.g ubat sakit jantung n asthma) – letak ubat2
yg penting dalam sling beg n bawa bersama selalu utk mengelakkan berlaku
kemudharatan pada kesihatan. Minyak urut
kene bawak sebab bagi yang kurang excercise, lepas umrah pertama tu selalunya
kaki lenguh2, so nak kene urut-urut sikit utk next umrah hihi.
-Vitamin
– Penting makan vitamin (aku amik Revicon) n other supplement sekurang2nya
sebulan sebelum pergi. Ini utk mengekalkan kesihatan dan juga membantu
menguatkan stamina. Lagi bagus kalau ada masalah kesihatan, wat check-up kat
pusat kesihatan dulu utk mengetahui tahap kesihatan sebelum pergi. Nak buat
ibadah, fizikal + rohani dua2 kene sihat.. barulah mudah utk beribadat dgn baik
+ khusyuk..
- Hanger
– bawa hanger secukupnya.. certain
hotel kt sana x provide hanger
-Berus
kain and sabun basuh - sekiranya pakaian yang dibawa tak mencukupi, boleh
lah basuh kat sana..
-Buku
panduan ibadah umrah – Satu buku panduan yg biasa (pihak agensi provide) n
satu lagi buku panduan ihram gantung kt leher. Yang buku panduan biasa tu baca
sambil2 dlm flight, dalam bas n dalam bilik hotel. Semasa menunaikan ibadah
umrah, aku lebih selesa menggunakan yang kecil, yang boleh digantung di leher.
Senang nak menyelak semasa bertawaf dan bersaie (senang nak tahu kita di
pusingan yg ke brapa dah? Dah habis ke belum?- penting buku gantung ni bagi
aku) Possiblity untuk buku tu jatuh semasa bersesak2 pun lebih kecil. Buku ni
mengandungi bacaan ketika tawaf dan saie sebagai panduan. Nak baca ikut buku
pon boleh, tak ikut pon tak pe -baca doa sendiri pun lagi baik.
-Al Quran
+ tafsir – kat dalam masjid banyak Al Quran wakaf tersusun rapi. kalau nak
baca ambik je. Kalau ada Al Quran sendiri lagi bagus kot, sbb kita boleh tanda
kat mana kita berenti. Haritu teringin kalau boleh dapat habiskan bacaan Al
Quran kat sana (khatam). Better bawa yang kecil, saiz besar tapak tangan n boleh
letak dalam sling beg.
-Sejadah – bawa yang besar (bukan yg kecil tepat2
untuk sujud tu) sebab kalau kita terpaksa solat di kawasan yg x berkarpet
(jubin) so mungkin sejuk.. kalau bawa sejadah besar at least x la sejuk sangat
duk kt atas tu - bawa yang nipis + ringan boleh lipat n muat ketak dlm sling
beg.
-Tasbih – beli yg digital ok, yg manual biasa pun ok
(aku bli yg digital. Senang.. kecil n
sangkut je kat tag name nyer tali
-Botol spray
wudhuk – Bagi orang perempuan memang penting, kalau wudhuk terbatal kat dlm
masjid mmg susah la nak g tempat wudhuk sebab jauh, orang ramai pulak tu berasak2.. so
amik wudhuk guna botol spray ni sangatla memudahkan kerja,alhamdulillah.. tyme
kitorg berwudhuk guna spray org2 kat sana sangat teruja tengok.. (tyme kursus
umrah memang akan diajar cara untuk amik wudhuk dengan botol spray) juga
penting tyme nak berwudhuk untuk solat dalam flight.
-Uncang
kasut – penting utk simpan selipar bila ke masjid nanti
-penutup
hidung + sarung tangan – cam x penting sangat tapi kalau musim terlalu
panas n terlalu sejuk boleh pakai utk protection (but dlm ihram both x leh
pakai)
-Gunting
kecil - untuk bertahallul
- 2 Pin
adapter - Kat sana ada yang guna 3 pin macam kita. Ada yang guna 2 pin.
Kalau tak bawak pon takpe. Boleh beli kat deretan kedai2 kat Madinah n Mekah.
Harga tak ingat plak.
Iron – x penting, aku x bawa.. better bawa
tudung2 yg x yah iron, senang
Botol air - Untuk ambik air zam-zam sebagai bekalan di
hotel and ketika ziarah. Tak bawak pon takpe, boleh jer beli air mineral kat
sana and recycle the bottle.
Hand
sanitizer (hand rub) – penting kalau nak
buang air kecil kat tandas, tandas kat situ agak tak berapa nak bersih, so
tuang hand sanitizer tu sekeliling n lap guna tisu agar terjamin sikit.. J, juga penting untuk mengelakkan diri dari terkena jangkitan virus
yang agak hebat di sana dek kerana ramai sangat org yang berkunjung dari
pelbagai negara. Sentiasa bersihkan tangan untuk elakkan penyakit.. inshaAllah
(pakai diluar waktu ihram sebab bau dier agak wangi dan mengandungi alcohol)
-Lain2 :
- Tisu basah n tisu biasa – no perfume
- Pen + buku nota kecil
- Power bank + handphone
- Camera + charger battery
- Marker pen
- Kunci (mangga) kecil utk beg
- Tag name laminate utk dilekat
pada beg
Lelaki
- Baju Melayu (1 helai) - Untuk pakai solat n ziarah. Pakai dengan seluar slack or nak bawak sepasang pon boleh
- T-Shirt (sehelai)- Kalu nak gi ziarah pakai T-shirt jer pon takde masalah
- T-shirt putih umrah (2 helai) – pakai dalam jubah , tak bawa pun takpe
- Seluar slack (2 helai) - Pakai dengan baju melayu / baju t-shirt
- Kain pelikat (sehelai)- untuk buat basahan masa lepak-lepak kat bilik hotel
- Jubah (2 helai)- Pakai tyme nak p solat kat masjid
- Kain Ihram (2 pasang) - Kalau duduk setakat 8 hari kat Mekah untuk umrah, sepasang Ihram pon dah memadai. Setiap kali lepas pakai tu sangkut elok-elok.
- Tali pinggang ihram – penting supaya tyme pakai ihram tu ikatan kain kemas
- Selipar jepun & kasut/ sandal jalan – sepasang selipar pun dah memadai, yang x tutup jari kaki n tumit iaitu selipar jepun.- tapi belilah yang ada kualiti sikit cam brand ASADI etc.
- Pakaian tidur
- Kopiah/songkok/serban
- Keperluan2 lain - sama macam wanita
Kalau kita tak nak bawak barang banyak sangat
dari rumah, nak bawak beg kosong jer, boleh jugak...budget bawak pakaian untuk
sampai ke madinah, and bila sampai madinah dah boleh start membeli2 untuk
bekalan pakaian kat sana.Dekat bahagian luar pagar Masjid Nabawi tu setiap kali
lepas habis waktu solat, ramai peniaga2 jalanan akan bentang tikar and bukak jualan mereka. Jubah perempuan boleh dapat dalam SR30. Jubah budak lelaki SR20. Jubah lelaki SR40 - SR
60. Seluar jubah SR15. Tudung labuh pakistan SR10 dan macam2 lagi
oh ya
sebelum terlupa.. if perjalanan umrah tu ke Madinah dulu (so x yah pakai
pakaian ihram) make sure pakai pakaian yg selesa, x mudah kedut of coz tutup
aurat, pakai stokin kaki n tangan + proper anak tudung sebabnya.. perjalanan
akan mengambil masa selama lebih kurang 15 jam dengan pakaian yg sama tu jugak,
(15 jam okay!!) so kalau pakai pakaian yg x selesa akan nanti ianya akan menyukarkan kita.. so
pakai pakaian yang yang selesa, senang utk bergerak n boleh terus dibawa solat
(tanpa menyarung telekung)..sbb kita akan solat jamak di dalam flight n di
beberapa tempat di sepanjang perjalanan ke Madinah nanti
Seingat-ingat saya, inilah antara keperluan
yang perlu dibawa bersama ke tanah suci. InsyaAllah, kalau ada yang tertinggal,
akan saya tambah kemudian. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan
yang lemah itu datang dari diri saya sendiri. Salam..
Link sebelum -->persiapan umrah kami
Link sebelum -->persiapan umrah kami