Tuesday, March 17, 2015

Travelog Umrah 2014 - Last Day (Makkah - Jeddah - KL)


Entry sebelum - Travelog Umrah 2014 - Day 10


27/2/2014 (KHAMIS)
LAST DAY - AIRPORT JEDDAH - KL

Setibanya bas kami di airport Jeddah, suasana sangat sejuk. Kami terus berkumpul dan diberi dinner pack setiap seorang. Dek kerana lapar, kami pun duduk di kerusi2 yang tersedia di airport dan menjamu selera. Sedap pulak tu.. Kemudian kami berehat sebentar dan kemudian bersiap masuk ke balai berlepas, melalui imigresen dan kemudian tiba di balai pelepasan. Flight kami dijangka delayed 2 jam (aduss delay lagi) so kami yang x solat Isyak lagi terus solat di surau yang disediakan di airport. Kami terus tidur di kerusi duduk apabila terjaga waktu Subuh dah pun masuk. Kami pun Solat Subuh dan sempat membeli sedikit buah tangan (menghabiskan sisa duit riyal yang tinggal) di kedai2 jualan dalam airport.

Lebih kurang pukul 9.30 pagi kami pun diminta untuk masuk ke perut kapal. Kat airport ni xde pengumuman2 macam kt KLIA, diam senyapp seribu bahasa.. pelik jugak kitorang, tau2 je dah kene masuk dlm kapal.. hihi.

Selamat tinggal bumi anbiya.. sesungguhnya aku sangat gembira bercampur sedih untuk kembali semula ke tanah air. Aku dan suami sangat bersyukur kerana segalanya berjalan lancar dan kami dipermudahkan dalam segala urusan ibadah kami sepanjang umrah ini. Terima kasih atas doa2 dari keluarga dan juga rakan2. 

Teringat pelbagai dugaan yang diterima oleh rakan2 segrup kami, ada yang ayahnya hilang sampai ke sudah tak jumpa ketika umrah, ada yang kehilangan sejumlah wang yang banyak, ada yang diberi dugaan kesihatan yang agak teruk dan tidak mampu melaksanakan ibadah umrah, ada yang tidak boleh melakukan umrah kerana didatangi keuzuran (kaum wanita), ada jugak yang kehilangan barang2 kesayangan seperti kasut, selipar dsb. Kami seharusnya bersyukur kerana diberi dugaan2 yang ringan sepanjang berada di sana.. Syukur x henti2 ku panjatkan ke hadrat Mu ya Allah.

Umrah ke Madinah dulu bagiku ada baiknya dan aku lebih suka ke Madinah dulu sebab, kita akan rasa lebih yakin setelah melakukan ibadah2 di masjid Nabawi, sempat berdoa, solat hajat, solat sunat taubat dsb bagi mempersiapkan diri sebelum melakukan ibadah umrah di Mekah. Alhamdulillah..


Kami selamat tiba di tanah air lebih kurang pukul 11 malam. Urusan menunggu bagasi dan air zam-zam memakan masa yang agak lama. Kami sempat beramah mesra sesama jemaah, dan bertukar2 no telefon agar hubungan sentiasa terjalin selepas ini. Selesai solat Isyak di surau LCCT, adik ipar sudah menunggu di luar perkarangan air port utk menjemput kami, dan terus ke rumah MIL utk mengambil anak2 yang sedang tidur lebih kurang pukul 12 tgh malam.

Aku pasti rindu...


11 comments:

Unknown said...

Tqsm sis hartini satim
Good info dan penuh ketelitian. Dn tahniah kepada sis dn hubby dpt melaksanakan umrah sebyk 5 kali tahniah dn alhamdulillah.insyaallah saya, suami dn 4 org anak2 yg palinb kecil berumur 2tahun 1/2 akan menunaikan umrah pada 13hb dec '15 ini. Blog umrah sis byk memberi info kepada saya yg baru pertama kali nk menunaikan umrah. Semoga dipermudahkan oleh Allah s.w.t.ameen

Unknown said...

Tqsm sis hartini satim
Good info dan penuh ketelitian. Dn tahniah kepada sis dn hubby dpt melaksanakan umrah sebyk 5 kali tahniah dn alhamdulillah.insyaallah saya, suami dn 4 org anak2 yg palinb kecil berumur 2tahun 1/2 akan menunaikan umrah pada 13hb dec '15 ini. Blog umrah sis byk memberi info kepada saya yg baru pertama kali nk menunaikan umrah. Semoga dipermudahkan oleh Allah s.w.t.ameen

hartneesatim said...
This comment has been removed by the author.
hartneesatim said...

Salam perkenalan.. semoga sentiasa dirahmati Allah swt

Anonymous said...

Terima kasih..coretan puan sangat membantu saya mendalami ilmu sebelum menunaikan umrah. semoga Allah sentiasa permudahkan urusan puan.inshaAllah.

Anonymous said...

Assalam, puan.

seronok dan sayu baca travelog puan..

saya ingin bertanya berkenaan pil perancang (tahan haid) boleh puan email kepada saya h_niza@yahoo.com.

hartneesatim said...

nanti sy emailkan puan

Anonymous said...

Terima kasih kak.. Sangat detail dan saya baca satu persatu dari hari pertama sampai hari terakhir. saya akan menunaikan umrah minggu depan.. baca cerita akak ni rasa sebak, gembira dan tak sabar-sabar pula..

hartneesatim said...

Selamat menunaikan umrah.. moga mendapat umrah mabrur dan maqbul

Unknown said...

Terima kasih menulis travlog ini..Insha Allah Saya akan menunaikan umrah pada nov 2018 ini.. Segala penceritaan ini sedikit sebanyak dapat saya jadikan panduan.

hartneesatim said...

sama2. moga bermanfaat.. selamat mengerjakan umrah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...