Wednesday, April 24, 2013

Nak diet tapi menyusu..??


Semasa hamil dan selepas melahirkan bayi, kita akan mengalami pelbagai perubahan dari segi fizikal dan sebagainya. Perubahan ini akan berlaku secara berperingkat, agar memberi masa yang lama secukupnya untuk kita bersedia dan menyesuaikan diri kepada perubahan tersebut.

Antara perubahan-perubahan yang boleh dijangka adalah seperti perubahan fizikal, perubahan bentuk badan, pertambahan berat badan, sembelit, loya dan sebagainya. Perubahan ini berlaku disebabkan oleh perubahan hormon badan untuk menyesuaikan diri dengan kehamilan. Tidak perlu gusar, takut dan murung akibat perubahan yang berlaku, ini kerana ianya hanya bersifat sementara dan ianya boleh kembali normal setelah melahirkan bayi.

Namun, sebagai wanita moden dan berkerjaya, tentu kita terfikir akan keperluan ingin berdiet untuk mengembalikan kembali bentuk badan selepas bersalin. Sudah tentu kita merasa perlu untuk berdiet semasa menyusu dan sebagainya sebagai salah satu cara untuk menurunkan berat badan dan mengembalikan bentuk badan asal. Namun perlukah berdiet semasa menyusu? diet semasa menyusu, adakah baik untuk kita dan bayi?

Bagaimana Hendak Diet Semasa Menyusu

 

Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi sebab mungkin ini akan membebaskan toksin – yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda. 

Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat 0.5 kg /1 paun sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu.

Oleh itu, semasa menyusu kita tidak perlu untuk melakukan aktiviti berat hanya untuk diet. Aktiviti penyusuan juga banyak menggunakan tenaga. Pada peringkat ini tumpukan kepada penyusuan bayi dan bukan sebaliknya.

Adalah lebih baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda.

 

 

Semasa Menyusu – Apa Yang Perlu Anda Makan

 

Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang kita ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay) - makan chocolate nyummyy..

Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh (wholemeal). Adalah baik kita menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa. -(alamak..camne nak makan nasi minyak org kahwin bebanyak nie...??)

Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang-larang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa kita tidak perlu menghadkan diet , kecuali bayi menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.

 

 

Diet Semasa Menyusu – Tumpukan Kepada Bayi Anda Dahulu

 

Semasa peringkat penyusuan, diet perlulah dihadkan, ini kerana kepentingan utama ialah penjagaan kesihatan yang baik sebagai persediaan penyusuan bayi. Ini kerana untuk kekal cantik, ramping, kurus dan berdiet boleh dilakukan pada bila-bila masa. Pastikan kita memberi penyusuan yang terbaik kepada bayi dalam tahun-tahun pertama bayi kita membesar... 


P/S - support breast feeding !! (ngan poyo nyer)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...