Monday, April 13, 2015

Singapore trip - Panduan nak drive masuk ke Singapore

Salam...
Ok entry ni nak kongsi panduan untuk yang nak drive masuk Singapore.

Maybe ramai yang x berapa berani nak drive sendiri masuk ke negara ni.. mungkin sebab x confident, x tau step by step cara nak drive masuk dan melalui imigresen sana, atau takut atas faktor keselamatan dan jugak mungkin faktor kewangan dsb..

Aku dan suami memang suka travel n suka nak explore benda2 baru especially cara nak ke negara orang. Kira macam cabar diri sendiri.. omputih kata baru 'adventure.'

Memandangkan kami enggak punya sedara mara di Singapura, bukanlah faktor yang boleh membantutkan plan kami untuk menjelajah ke seberang tambak Johor. Kami travel sekeluarga bawa anak2 berjalan2 ke sana tahun 2010 dan repeat semula untuk berlibur di USS pada tahun 2012. So apa yang perlu ada kalau nak drive sendiri masuk Singapore (Untuk yg first time bawa kereta sahaja, kalau dah pernah bawa kereta  n register kat situ x yah risau da just isi white card, top up autopass card n jalannn)


1) Pasport - berbaki 6 bulan tu mcm xde la rigid sangat. Sbb pernah je pasport nak mati 2 minggu lagi tyme nak masuk sana tapi lepas.. but the pegawai imigresen Singapore akan bagi warning suruh alert bende tu la.

2).Insuran kereta

3) Road Tax yang masih bernyawa

4) Isi White card - boleh ambik di imigresen Singapore. Atau boleh jugak minta khidmat2 penulis white card di area JB tapi akan dikenakan bayarann (no, thanks). So bawa la pen siap2.. 2 atau3 batang so yang lain2 leh tolong isi dlm kereta.. kat belakang kereta berbaris panjang.. ko jangan membikin onar lambat2 mengisi white card... weii jammed woo. After isi utk setiap ahli keluarga (memang part ni paling x best) selit each white card pada pasport, bukak cermin kereta sebab pegawai imigresen nak tengok muka setiap orang termasuk la baby.


5) Kena beli autopass card (kadang dorang sebut 'cash card') kepada yang masih belum pernah ada. Autopass ni lebih kurang cam kad touch n go. Untuk bayar tol/parking, etc semua guna kad ni. Register autopass ni atas nama kereta yang kita bawa (no.plat). So jangan hilangkan kad ni.. Cara nak beli autopass - lepas melalui imigresen Singapore ikut laluan merah, rapat tepi n park kereta kat pat yang ada tulis signboard Block/Zon B. ke dalam kaunter/bangunan tu n bawa insuran/geran kereta sebab ada form yang nak kene isi. Lepas tu nanti ada pegawai dier yang akan datang untuk check kereta nyer no. plat and road tax.

autopass - tanya je pegawai imigresen Singapore tu kat mana nak bli kad ni, dorg akan tunjuk cara

Harga Autopass - $10, baki $4 sebab harga kad $6, so nanti kene top up. ada banyak tempat top up di sana nanti, dun worry
kad ni memang penting, utk bayar tol VEP, ERP dan bayar parking pun pakai kad ni. So kena top up kad ni kat mana2 7 eleven kat sana atau booth2 tepi jalan (ada sign board)

6) Lesen memandu - seperti jugak di negara2 lain, pakai lesen memandu Malaysia pun dh ok, xyah nak ada international license

7) GPS - Memang penting, kalau x roaming data, once masuk Singapore line terus xde. So kalau ada GPS at least xde la sesat.. (sesat merugikan masa pecutian)

8) Bayaran masuk Singapore:
  • VEP (vehicle entry permit) - sabtu ahad FREE. isnin-jumaat $35 sehari. tapi utk kad baru ada 10 hari percuma kalau masuk isnin-jumaat.lepas tu baru start cas $35 sehari klau masuk on weekdays
  • ERP (electronic road pricing) - ni mcm bayar tol dlm singapore tu. Tapi sabtu ahad (weekend) FREE. Best kan.
So sepanjang pengalaman drive ke sana memang masuk Sabtu Ahad so xde tol, free

9) Kalau nak keluar Singapore make sure autopass tu ada baki yang cukup, kalau x kena denda so make sure top up dulu sebelum keluar kat 7E

TIPS (amik dari blog ni):
  • kesimpulannya, kalau dtg sabtu ahad, kad autopass perlu bajet utk parking + tol masa nak keluar dr singapore nanti je.
  • masa nak parking, kad autopass tak perlu masukkan, just swipe je. kalau masukkan, dia tolak keluar balik
  • masuk singapore awal pagi untuk elak jem dan keluar sebelum 6 ptg utk ulak jem. ( kalau balik hari)
  • isi minyak kereta penuh2 sebelum masuk singapore sbb harga minyak sana lg mahal.
  • Tukar duit sebelum msuk singapore. Biar lebih jgn kurang kata orang.
  • harga souvenir magnet di uss bermula $3.90 dan ke atas untuk satu. yang cun sikit dlm $5.90 satu (RM15)
  • Murtabak singapore zam zam popular di arab street. Ada chicken, beef, lamb. Harga ikut size S ($6) M($8)
  • ERP tu memang byk dalam bandar singapore tu. Tak sure rate berapa tapi baca2 rate berbeza ikut peak hour. bukan dalam bandar je, tol highway pun guna ERP jugak.
  • sediakan touch n go or smart tag sebab nak keluar n masuk dari imegresen mesia kena bayar. bayaran tunai tak ada.kalau masuk/keluar dari woodland kena bayar rm6.80 kalau masuk/keluar dari tuas rm7.80. pergi dan balik kena bayar tau. maksudnya kalau masuk dan keluar dari woodland rm6.80x2= rm13.60.kalau dari tuas rm7.80x2=rm15.60. so make sure kad touch n go tu mencukupila.
so nak kongsi sket 2 keping gambar percutian kami ke Singapore tahun 2010


Selamat memandu ke Singapura, selamat bercuti... Singapore best!




Monday, April 6, 2015

Sabah Trip - Kundasang (Memorial War)

Ogos 2014


Next, after makan kat KFC hari dah agak petang.. Sabah cepat gelap, means by 6.30 petang dah nak senja..so kami cepat2 pergi ke Kundasang Memorial War. Ni kali kedua aku pegi ngn husband n anak2.. dulu pegi tyme Aleeya n Ain je.. now dah 4 orang anak aku hangkut sekali semua pegi..



Before this aku pernah gi tyme aku sekolah menengah, trip ngan kawan2 sekolah.  Actually tempat ni senang je nak sampai. Confirm x sesat. Kalau dari Kinabalu Park, nanti akan sampai satu round about dan dari situ dah nampak Pekan Kundasang, pastu amik kiri utk exit, n Nampak Alliance Bank, so Memorial War just kat sebelah dia.

So kitorang sampai dah dekat kol 4.30 petang. Masuk RM2/person. Memorial War ni dibina utk memperingati 2300 British dan Australian prisoners of war yang mati during the death march dan hanya ada 6 orang yang survived.the march and dorang kena berjalan sejauh 200km ++ from Ranau to Sandakan. Kat Memorial ni ada 3 different gardens to represent 3 nationalities English, Australia and Borneo. Kat sini bukan kubur dorang.. kubur sebenar dorang ada kat Sandakan kalau x silap..


So kat sini nak share jugak gambar2 kenangan kami kat Kundasang Memorial War. Bagi aku menarik tempat ni.. walaupun ada pokok2 tanaman yg macam dah terjaga, but aku still rasa tempat ni cantik. Kalau pihak pengurusan memorial ni dapat upgrade servis cantikkan lagi landskap kat sini mesti lagik umph..



















So kitorang balik dah nak malam.. kat sini sejuk n lebih sejuk dari Cameron Highlands. Bahaya actually bawa kereta kalau dah gelap kat area ni nak turun balik semula ke Tuaran sebab memang kabus tebal...scary.. pengalaman2 lepas cukup buat kitorang takut sebab kabus yang tebal ni sampai kena pasang high beam .. hahah seriau

so trip ke Kundasang memang best... ada peluang n masa nak pergi lagi banyak tempat kat sini, inshaAllah

i luv travelling..


Sabah Trip - Kundasang (Desa Cattle Dairy Farm, Mesilau)

Desa Cattle Dairy Farm ,Mesilau ,Sabah
Ogos 2014

Walaupun aku asal Sabah..tapi masih banyak tempat2 menarik kat Sabah yg masih belum sempat aku jejak lagi. Sabah is negeri yang cantik bagi aku, banyak tempat yang boleh dilawati sambil menikmati keindahan pemandangan dan keunikan tradisinya yang tersendiri. So Raya tahun lepas (Ogos 2014), aku tekad utk ajak keluargaku berjalan2 ke Dairy Farm Mesilau, Kundasang ..fefeeling ke New Zealand, gituh.

Antara tempat2 menarik kat Sabah yang aku dah pernah pergi à Puncak Gunung Kinabalu, Kinabalu Park, Kundasang, Poring Hot Spring, Rumah Orang Utan Sepilok, Rumah Terbalik kat Telipok, etc semua dah pernah sampai. Actually ada banyak lagi tempat2 menarik kat Sabah yang aku teringin nak pegi. Salah satu nya kat Tip of Borneo , Tg. Simpang Mengayau Kudat., Sipadan Island and Mabul Island..yup tu tempat2 best kat Sabah yang aku berhajat nak pergi.

So kat sini just nak share beberapa keping gambar kami ke Dairy Farm Mesilau tahun lalu.. kami awal2 pagi dah gerak dari rumah ibu kat Tuaran dengan membawa sedikit bekalan makanan utk anak2 lalu drive terus ke Desa Cattle Dairy Farm. Sejuk n kuat betul angin kat tempat ni.. cantik.. I like.. berlatarbelakangkan pemandangan Gunung Kinabalu yang indah tersergam, dengan angin sejuk yang bertiup , pohon2 dan rumput2 yang segar menghijau jauh dari bau asap dan debu cukup membuatkan sesiapa yang berkunjung ke sini teruja.

Tapi yg x best nya..hari yang kami pergi tu, lembu2 dalam proses untuk diperah susunya, so xde la sang lembuss berkeliaran di padang rumput, so xdpt aku feeling2 bergambar macam di NZ..hm..




Anak2 penuh girang bila sampai di Desa Cattle Dairy Farm, Mesilau.. Angin sejuk dan kuat cam nak tercabut tudung hahah.

Gunung Kinabalu

Aku, ibu n adik lelaki aku + Nadh yg montel

Pemandangan di Dairy farm, tapi sayang lembu tengah diperah susu..


Anak2 happy bergambar2 di sini


Kami sekeluarga



Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Desa Cattle

  • Melihat bagaimana proses pemerahan susu
  • Boleh memberi lembu makan / rumput dikenakan bayaran
  • Melihat sendiri proses bagaimana susu segar dijalankan / penghasilan susu dalam kotak, harus merasai sendiri susu yang dihasilkan pelbagai perisa dan sangat lazat!
  • Berjalan-jalan di sekitar ladang ternakan.
  • Sekiranya lapar, di sini juga ada menjual makanan ringan seperti  waffle, sosej & pop corn, dan boleh membeli ole-ole di kedai cenderahati 
Bayaran masuk & urusan lawatan
  • Masa yang paling sesuai untuk membuat lawatan ialah jam 3.00pm-5.00pm untuk melihat aktiviti pemerahan susu lembu (setiap hari) atau waktu pemprosesan susu jam 10.30am-2.00pm (selasa,khamis,ahad). 
  • Bayaran masuk RM4.00/Dewasa dan RM3.00/pelajar atau kanak-kanak Pelajar Pra sekolah (umur 6 Tahun dan kebawah) dan OKU dikecualikan bayaran masuk 

kawasan kat dalam desa farm.. ramai pengunjung tyme ni, masing2 nak tengok proses susu lembu diperah

Ada jugak Fridge Magnet dan pelbagai souvenir dijual. Tetapi harga agak mahal

Layan aiskrim segar yg dibuat oleh tempat ni.. so nyummy

Ayah n Hariz
Kemain excited ibu n anak2 nak tengok lembu, banyak nya lembu kat sini,,. kata Dairy farm kan.. lembu2 kaler hitam putih ni memang banyak n sihat2 semua.. betul2 lembu New Zealand






Ok, pas tengok proses memerah susu lembu dijalankan menggunakan mesin yg disediakan, kami pun menuju ke Calf Pen. Tempat/kandang kambing







Tempat wajib untuk bergambar kalau dah sampai Mesilau kan....

Luv this place

Ibu n Nadh on the way nak turun ke Pekan Kundasang
Lepas habis melawat Dairy Farm, kami kemudiannya turun ke Pekan Kundasang untuk makan sbb x lunch lagi... lapar, so tak tau nak singgah kedai mana..anak2 nak makan KFC, so bedal la..




Kami sambung perjalanan kami ke Memorial War Kundasang , satu lagi tempat yang harus dilawati kalau sampai ke Kundasang selain dari Kinabalu Park, Pekan Nabalu dsb

Next entry -----> Memorial War Kundasang

Tuesday, March 17, 2015

Travelog Umrah 2014 - Last Day (Makkah - Jeddah - KL)


Entry sebelum - Travelog Umrah 2014 - Day 10


27/2/2014 (KHAMIS)
LAST DAY - AIRPORT JEDDAH - KL

Setibanya bas kami di airport Jeddah, suasana sangat sejuk. Kami terus berkumpul dan diberi dinner pack setiap seorang. Dek kerana lapar, kami pun duduk di kerusi2 yang tersedia di airport dan menjamu selera. Sedap pulak tu.. Kemudian kami berehat sebentar dan kemudian bersiap masuk ke balai berlepas, melalui imigresen dan kemudian tiba di balai pelepasan. Flight kami dijangka delayed 2 jam (aduss delay lagi) so kami yang x solat Isyak lagi terus solat di surau yang disediakan di airport. Kami terus tidur di kerusi duduk apabila terjaga waktu Subuh dah pun masuk. Kami pun Solat Subuh dan sempat membeli sedikit buah tangan (menghabiskan sisa duit riyal yang tinggal) di kedai2 jualan dalam airport.

Lebih kurang pukul 9.30 pagi kami pun diminta untuk masuk ke perut kapal. Kat airport ni xde pengumuman2 macam kt KLIA, diam senyapp seribu bahasa.. pelik jugak kitorang, tau2 je dah kene masuk dlm kapal.. hihi.

Selamat tinggal bumi anbiya.. sesungguhnya aku sangat gembira bercampur sedih untuk kembali semula ke tanah air. Aku dan suami sangat bersyukur kerana segalanya berjalan lancar dan kami dipermudahkan dalam segala urusan ibadah kami sepanjang umrah ini. Terima kasih atas doa2 dari keluarga dan juga rakan2. 

Teringat pelbagai dugaan yang diterima oleh rakan2 segrup kami, ada yang ayahnya hilang sampai ke sudah tak jumpa ketika umrah, ada yang kehilangan sejumlah wang yang banyak, ada yang diberi dugaan kesihatan yang agak teruk dan tidak mampu melaksanakan ibadah umrah, ada yang tidak boleh melakukan umrah kerana didatangi keuzuran (kaum wanita), ada jugak yang kehilangan barang2 kesayangan seperti kasut, selipar dsb. Kami seharusnya bersyukur kerana diberi dugaan2 yang ringan sepanjang berada di sana.. Syukur x henti2 ku panjatkan ke hadrat Mu ya Allah.

Umrah ke Madinah dulu bagiku ada baiknya dan aku lebih suka ke Madinah dulu sebab, kita akan rasa lebih yakin setelah melakukan ibadah2 di masjid Nabawi, sempat berdoa, solat hajat, solat sunat taubat dsb bagi mempersiapkan diri sebelum melakukan ibadah umrah di Mekah. Alhamdulillah..


Kami selamat tiba di tanah air lebih kurang pukul 11 malam. Urusan menunggu bagasi dan air zam-zam memakan masa yang agak lama. Kami sempat beramah mesra sesama jemaah, dan bertukar2 no telefon agar hubungan sentiasa terjalin selepas ini. Selesai solat Isyak di surau LCCT, adik ipar sudah menunggu di luar perkarangan air port utk menjemput kami, dan terus ke rumah MIL utk mengambil anak2 yang sedang tidur lebih kurang pukul 12 tgh malam.

Aku pasti rindu...


Travelog Umrah 2014 - Day 10 (Ziarah Hudaibiyah, Tawaf Wida')


Entry sebelum --> Travelog Umrah 2014 - Day 9


26/2/2014 (RABU)
DAY 10 – ZIARAH HUDAIBIYAH, TAWAF WIDA’

Walaupun semalam balik dah jam 3 pagi, tapi syukur, Allah memberi kekuatan kepada aku dan suami utk bangun dan berjalan kaki (jauh) ke masjidil Haram utk solat Subuh berjemaah. Subuh ini merupakan Subuh yang terakhir kami di sini. Sedih je rasa hati nak tinggalkan bumi barakah malam ni. Serius aku akan rindu Mekah dan Madinah.. sangat rindu

Imam Masjidil Haram membaca surah2 dalam Solat cukup sedap dan syahdu. Aku pasti rindukan bacaan2 imam besar di sini nanti. Betapa sedapnya bacaan imam hinggakan seluruh Jemaah terkesan lalu menangis selesai bacaan surah ketika solat subuh pagi itu. Aku turut sama menangis berlinangan air mata apabila mendengar bacaan yang sesedap itu, MasyaAllah.. kenangan yg x pernah padam dalam ingatan..

Selesai bersarapan pagi, kami dibawa utk aktiviti ziarah pilihan iaitu ziarah Hudaibiyah. Ziarah ini tiada dalam pakej. Kalau nak ikut akan dikenakan bayaran SR25 seorang. Aku dan suami xnak lepaskan peluang. Kami seboleh2nya akan join semua aktiviti yg ada di sini sebabnya –>1) keadaan kami yg masih sihat, 2)bukannya senang nak sampai ke sini lagi, 3)entah akan diberi rezeki sihat sebegini lagi atau x sekiranya berpeluang utk pergi lagi. Terasa rugi andai xdpt join aktiviti ziarah kat sini. Syukur Allah permudahkan setiap urusan aku dan suamiku sepanjang umrah ini.

Harini Kami akan dibawa ke Masjid Hudaibiyah dan ladang ternakan unta, yang terletak di daerah Hudaibiyah. Perjalanan mengambil masa sekitar setengah jam ke Hudaibiyyah. Masjid Hudaibiyyah merupakan satu lagi tempat Miqat umrah (niat) selain dari Masjid Ja’ranah dan Masjid Tana’im. Hudaibiyyah terletak kira-kira 24 km dari Masjidil Haram. Kawasan ini merupakan tempat peristiwa di mana Rasulullah SAW bersama 1400 para sahabatnya telah ditahan daripada melakukan umrah pada tahun ke 6 Hijrah dan akhirnya berlakulah perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Hudaibiyah yang berlaku pada bulan Zulkaedah tahun ke 6 Hijrah. Perjanjian itu ditandatangani antara pihak Musyrikin Mekah dengan Rasulullah SAW.

kemudian kami sampai ke destinasi2 kami iaitu:

1) Ladang Ternakan Unta
Kat sini boleh la tengok unta2 dengan jarak yang dekat, gosok2 badan unta, bagi makan unta dan bergambar2. Unta kat sini peramah2 belaka. Abg asim kata ada unta gigit dada dier. (eii Unta betina kot bang..ada hati kat awk hahah). Pas bergambar2 dan beli susu unta eii aku mmg x leh minum susu unta, x leh masuk,kembang rasa tekak. Susu tu x dipasteurkan.. takut sakit perut kalau x tahan. Pastu ada jugak jual urine (air kencing) unta. Katanya elok utk kesihatan. Dua2 produk ni aku mampu tengok sahaja hahah xde perasaan lak nak beli. Abg asim elok p beli 2 botol susu unta. Susu tu xde bahan pengawet n mesti minum cepat, kang rosak. Aku suruh abg asim abiskan..hahah sapa soh beli.

2) Masjid Hudaibiyah
Ok kitorg sampai masjid ni dan kat sini ada banyak jualan2. Ada jugak jual fridge magnet, ubat2an dsb. Aku terus ke masjid dan perform solat tahiyyatul masjid dan solat sunat ihram 2 rakaat lalu bermiqat untuk buat umrah kejap lagi. So aku xleh macam2 perangai, kena jaga pantang larang ihram sebab aku dah niat ihram tadi. Masjid kat sini agak kecil dan aku hanya bersolat di luar dan penuh pasir, lalu aku hanya bentangkan sejadah aku dan terus solat tanpa banyak karenah. Kemudian selesai solat aku singgah gerai2 utk membeli sedikit ole2 lalu kembali semula ke dalam bas utk ke lokasi seterusnya.

3) Muzium Haramain
Sebelum kembali ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah kami dibawa utk singgah di Muzium Haramain. Terdapat banyak artifak dan juga gambar2 perkembangan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dari zaman dahulu sehingga ke hari ini. Terdapat juga model projek pembinaan Masjidil Haram di dalam gelas kaca. Kami cukup teruja melihat semua artifak2 di situ. Al Quran2 lama dari zaman para sahabat nabi pun diletakkan di muzium tersebut. Aku agak menjaga2 sedikit takut2 tergigit kuku atau termusnah apa2 kerana kami berada dalam ihram. Kat muzium ni kami semua dihadiahkan secara percuma 2 botol air zam zam dan senaskhah Al Quran ketika keluar dari Muzium. seronoknya..

Selesai ziarah Hudaibiyah, kami bergegas turun dari bas dan terus ke Masjidil Haram. kami start menunaikan tawaf umrah mengelilingi kaabah. Kali ni perasaan lebih kepada sedih dan sayu kerana ini merupakan hari last kami berada di sini dan ini merupakan umrah kami yang kelima alhamdulillah. Selesai kami melaksanakan tawaf umrah kami terus tidak berlengah untuk melakukan Sa'ie dan seterusnya bertahallul. seronok dapat melakukan umrah dan masih kuat walaupun letih mendaki jabal Nur yang agak jugak a malam tadi.

Selesai kami buat umrah, kami terus solat Zuhur dan kembali semula ke hotel utk makan tengah hari. Kemudian siap2 packing barang sebab malam ni kami akan gerak ke Airport Jeddah. Kami kemudiannya tidak Solat Asar berjemaah di Haram hari ni kerana ada sesi ceramah dan taklimat berkenaan tawaf wida' di dewan makan oleh ustaz untuk grup kami. Selesai sesi taklimat kami terus solat Asar di bilik dan keluar ke BinDawood buat kali terakhir utk membeli ole2 kerana selepas perform tawaf wida' kami tidak boleh buat apa2 jugak aktiviti di tanah haram Makkah sama ada bergambar, membeli belah, solat2 sunat, tawaf sunat tidur dan sebagainya di tanah haram.

Selesai membeli pelbagai manisan, jus2 buah, susu2 coklat dsb di BinDawood (rege murah gila2), ramai betul org kat kedai petang tu,tak tau apesal.. Kami terus balik ke bilik dan solat maghrib di bilik sahaja sambil bersiap packing barang2 dan bawa turun ke lobi hotel utk dibawa masuk ke dalam bas. Kami akan gerak  ke airport Jeddah selepas solat Maghrib. 

Aku, Zura dan Abg asim bersiap2 untuk check out dan terus ke Masjidil Haram untuk melaksanakan Tawaf Wida' atau lebih dikenali sebagai tawaf selamat tinggal. Part ni satu lagi memang touching abes... Ketika buat tawaf wida 7 pusingan, dan di setiap pusingan jugakla air mata aku mengalir laju.. sedih yang x terhingga kerana setelah hampir 2 minggu berada di bumi yg penuh barakah ini akhirnya kami perlu mengucapkan selamat tinggal.. Aku pasti akan merindui Kaabah, Masjidil haram, dan semua yang ada di sini.. sedih nya, dan selesai sahaja pusingan tawaf yang ke tujuh, aku terus memandang Kaabah dengan hati yang penuh sayu kerana akan pergi dan bergegas keluar dari Masjidil Haram, dan pantas berjalan utk kembali semula ke hotel dan menaiki bas sesegera yang mungkin utk meninggalkan tanah haram. Kami diminta utk tidak tidur atau tertidur sehinggalah bas kami melalui sempada tanah haram-tanah halal. Aduii menahan mengantuk dan lapar mmg agak menyeksakan haha. 

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 - 4 jam ke airport Jeddah (sorry klu silap). Setiba kami di airport Jeddah dah tengah malam. Kami terus menunggu di ruangan menunggu kerana flight kami dijadualkan pukul 7 pagi. 

Entry seterusnya --> Travelog Umrah 2014 - last day







Travelog Umrah 2014 - Day 9 (Mendaki Jabal Nur - Gua Hira')

Entry sebelum --> Travelog Umrah 2014 - Day 8

25/2/2014 (SELASA)
DAY 9 – MAKKAH -UMRAH TANA’IM, MENDAKI JABAL NUR (GUA HIRA’)

Ok hari ni, kami mengikuti rombongan grup ramai2 ke Masjid Tana’im. Masjid yang kami pergi semalam untuk miqat dan seterusnya menyempurnakan umrah kami yang keempat (ni aktiviti dlm pakej). Umrah2 aku yang seterusnya kebanyakannya aku berniat Umrah Badal untuk arwah datuk ku sebelah ayah dan juga sebelah ibu, Alhamdulillah, aku sgt gembira dapat menghadiahkan pahala umrah buat kaum keluargaku yang telah tiada dan tidak berkesempatan utk buat umrah ketika hayat mereka..semoga Allah menerima segala ibadahku dan niat suciku di sini Ya Allah..

Setelah selesai umrah, kami kembali ke hotel untuk menikmati makan tengahari kami. Harini agak special .. ada jemaah yang buat korban kambing utk aqiqah anaknya dan kami semua disajikan denagn nasi Mandy Kambing. Aku yang pada mulanya jual mahal sebab kononnya tak makan kambing, dipaksa oleh suami utk rasa. Aku pun rasa sedikit dan masyaAllah..rasanya sangat sedap..x terasa hamis kambing langsung..aku makan dengan cukup berselera.. nikmat di bumi barakah.

Petang itu, usai solat Asar, kami berjalan2 lagi sekitar BinDawood, dan selesai solat Maghrib dan Isyak berjemaah di Haram, kami balik semula ke hotel. Malam ni kami tak ke masjid utk tawaf sunat kerana kami akan join aktiviti ekspedisi malam (ziarah pilihan) iaitu, mendaki Jabal Nur ( ke Gua Hira’) pada waktu malam. Gua ini akan bersinar di waktu malam dan dapat melihat pemandangan kota Makkah dari atas puncak Jabal Nur.. waaa excited ni. Aku kagum betul dengan semangat ada seorang akak ni.. bersemangat  betul dier n anak dier nak join ekspedisi ni. Semangat ni yg kita nak.. hahah walaupun faktor usia, ini bukan penghalang kita utk merasai pengalaman yg mugkin tak kan berulang lagi, ntah bila boleh sampai lagi ke bumi ini, wallahu’alam.. Menurut akak tu, dia join Andaluisa ni sbb Andalusia ada wat ekspedisi mendaki jabal Nur waktu malam , agensi lain kebanyakannya x buat (ni x pasti), n ada yg buat waktu siang - panas..

Kemudian malam tu. Aku siap2 memakai seluar.. ai kalau berjubah tak pasal koyak kang. Tinggi tu nak mendaki. Kuat ke aku ni??hahah risau la. Tak ramai jemaah yg nak join ekspedisi malam ni.. semua mungkin x larat dan penat. So aku, suami, dan beberapa Jemaah saja yang pergi lebih kurang 20 orang sahaja. Kami menunggu bas lebih kurang pukul 9 malam dan kemudian bertolak ke Jabal Nur.

Jabal Nur adalah lokasi di mana terletaknya Gua Hira’, tempat Rasulullah SAW menerima wahyu dari Allah SWT yang pertama (Surah Iqra’). Yang ni x de dalam pakej. So utk pegi kami dikenakan bayaran SR20 seorang. Yang ni duit transport je, nak naik bukit bayaran sendiri. Dari Parking bas nak ke kaki gunung/bukit kami dibawak menaiki van, 1 van dalam 10 orang kut..siap kat depan ada 3 orang termasuk driver. 

Kami dapat driver van yg agak giler2 majnun sket.. mereng ke hape hahahah dia boleh buat drift tak hengat lak kat corner2 tuh, hahh..ni bukan memain punya drift, serius drift van buruk ngan 10 orang penumpang terjerit2 kat dalam, drift lak bukannya ada track mcm kat dlm citer KL Drift, kalo ada track xpe lagi, ni dengan jalan sempit, ada lak rumah2 orang keliling tuh, kereta parking sana sini n macam2 lagi, boleh tercabut jantung wuu hahah enjoy habis. Patutla hampir semua kereta kat Mekah ni calar2 n kemik2. Orang2 kat sini kasar sket. Teringat ada sekali bas yg bawa kitorg terlanggar kereta kat depan, n dorg keluar dari kenderaan masing2 pastu boleh lak gelak2..adeii la

Kami start mendaki dalam kol 11 malam. Nama Jabal Nur ni diberi sebab bukit ni bercahaya pada waktu malam walaupun xde diterangi dengan lampu, kuasa Allah SWT. Jabal nur ni tinggi lebih kurang 300 meter.. (iye ke?) ye kot.. macam xde la tinggi sangat tapi ko..pancit giler nak naik hahah. Syukur ada dibina tangga2 yg dibuat oleh orang2 kat sana. Kalau nak panjat batu alamatnya wassalam. Cuma kalau x fit cam agak payah gak la. Panjatnya dalam setengah jam hingga sejam atau lebih then dah boleh sampai di puncak Jabal Nur ini. Wuii Jabal ni plg pancit yg aku naik compare Jabal di Bukit Uhud (Madinah) dan Jabal Rahmah (Arafah , Mekah). X cukup stamina la pulak haha. Sepanjang mendaki tangga2 batu korang akan berjumpa dengan sahabat2 yang meminta sedekah, sambal melaungkan “Malaysia Boleh”. Kelakar kan?..”Hajji, Hajjah, 10 riyal, Malaysia Boleh”. Ramai plak tu, adei sorang dua boleh la kasik kalau ramai cenggini gulp…

Sampai kat Puncak tu ada port rehat2 sambil boleh beli makan dan ada jugak jual souvenir. Gua Hira’ tu lokasi dia kat bawah sikit je dari puncak. Maknanya kita kena turun balik dalam 20 meter lebih kurang dan ada 2 jalan. Satu jalan melalui batu2 dan satu lagi kena hike sket batu2 kat lereng bukit. Kitorang prefer jalan kat celah2 batu tuh sebab jalan yg kat lereng bukit tuh nampak cam bahaya terutama yang gayat, malam gelap pulak tu, tambahan pulak agak licin, takut terjatuh ke gaung na’udzubillah.

Kami sampai di pintu gua..alahaii keciknya pintu dier, takut x lepas, eii muat ke aku? Sekali tengok jemaah wanita dari Turki yg badan besar2 pun leh muat (amazing) aku pun cuba nasib.. n nasib naik leh lepas. So kat atas kami berkenalan la dengan beberapa org Turki kat situ, ayat dier “Hai saya Mujahedd, kamu apa kabar? “ tu je kot Bahasa Melayu dier tau ..adeii lawak. Pastu kena tunggu turn utk solat 2 rakaat amik berkat di dalam gua Hira’ yg kecik saja, boleh muat 2-3 org utk solat . Pastu selesai bergambar2 di puncak Jabal Nur, n akak yang bersemangat tadi sampai jugak ke atas akhirnya.. tahniah kak!!kagum aku.. kami pun start jalan menuruni Jabal Nur tu.. tyme turun kene hati2 gak takut terpeleot ..x pasal seliuh. Kemudian sampai d kaki gunung tu jumpa balik Pak Arab majnun tadi n dier drift kitorg sekali lagi ke tempat kitorg parking bas adess. Seronoknya laa

Kitorg sampai kat hotel kol 3 pagi dan terus rehat (aku set alarm time supaya dpt bangun Subuh dan solat Jemaah di Masjid haram) esok hari last.. takut terlajak tidur sebab letih. Esok gak umrah terakhir kami Umrah Hudaibiyah..adoii boleh ke ni, kaki lenguh2 ni daki gunung..

Entry seterusnya - Travelog Umrah 2014 - Day 10


Travelog Umrah 2014 - Day 8 (Umrah Tana'im)


Entry sebelum - Travelog Umrah 2014 - Day 7

24/3/2014 (ISNIN)
DAY 8 – MAKKAH (MIQAT SENDIRI DI TANA’IM)

Harini kami bercadang utk pergi ke masjid ‘Aisyah atau Masjid Tana’im iaitu kawasan miqat paling dekat sekali di Mekah untuk perform niat umrah. So aku dan suami pun mencari2 teksi yang nak ke sana. Kebetulan ada beberapa orang Jemaah lelaki dlm grup kami (dari Sabah) yang juga mempunyai niat yang sama.. lalu kami pun berjumpa dengan seorang driver teksi yang sangat baik dan peramah. Dia offer kami dengan offer yang jauh lebih murah. Kami menaiki kenderaan MPV yg sangat selesa utk ke Tana’im. Setelah sampai suami pun menukar kain ihram, lalu kami solat sunat ihram dan niat ihram di dalam masjid tersebut. Kemudian kami dibawa oleh driver tu terus direct ke Masjid Haram lebih kurang kol 11 pagi dan kami terus menunaikan umrah kami yang ketiga.

Kat sini Air zam2 lagi banyak dari kat Nabawi. Puncanya pun dari telaga zam2 yang terletak di Mekah.. Aku cukup suka menghilangkan dahaga denga air Zam2 yang sejuk.. bertuah betul penduduk Mekah, dapat minum air zam2 percuma setiap hari.. kalau kt Malaysia ianya dijual dengan harga yang agak mahal.

Tyme kami wat sa’ie tapi x abis 7 pusingan lagi, azan Zuhur dah start berkumandang. So masih x abis Sa’ie lagi semua yang berada kat Bukit Safa dan Marwah akan berhenti sai’e dan start bentang sejadah lalu beramai2 solat Jemaah di kawasa Sa’ie. Seronok kan?? Pengalaman yg cukup manis buat aku dan suami. Kawasan Sa’ie ni terletak di dalam masjidil Haram juga.. dan juga terdapat 3 tingkat (x silap), berhawa dingin dan cukup selesa. Ketika melakukan rukun umrah ini, aku cukup suka jemaah2 dari Indonesia yg bersemangat beramai2 dengan grup mereka bernasyid, dan berzikir sehingga bergema kawasan tu..

Selesai sa’ie dan bergunting (Tahallul) tetiba ada seorang wanita Turki pengsan di kawasan laluan nak keluar, lalu aku cepat2 menggunakan botol spray wudhuk aku dan spray ke wajah Jemaah itu agar dia sedar dari pengsan, dan Alhamdulillah dia ok selepas tu.

Petang tu aku dan suami pergi berjalan2 membeli ole2 di sekitar deretan kedai safa tower di hadapan masjid Haram sambil2 menikmati aiskrim yang lazat SR3 hehe. Sedap.. jgn tak try. Kami juga masuk ke Bin Dawood utk membeli jus2 dan air susu coklat yg lazat ko…

Kemudian seperti biasa selesai solat Maghrib dan Isyak dan makan malam, kami sekali lagi ke Masjidil Haram. Harini nak solat dalam Hijr Ismail lagi dan kalau boleh nak cium Hajarul Aswad (Ya Allah permudahkan kami). So selesai kami melakukan tawaf sunat, kami sekali lagi mengambil peluang untuk solat dan berdoa di dalam Hijr Ismail. Walaupun keadaan agak teruk tapi kami tetap kuatkan semangat utk masuk ke dalamnya. Selesai bersolat dan berdoa. Kami solat pula di belakang (betul2 belakang) makam Ibrahim walaupun kemudiannya dihalau oleh polis yang menjaga tapi kami rasa puas kerana berpeluang melakukan semua itu semasa di sini.

Tempat nak ke hajarul Aswad memang aku surrender. Kat Hijr Ismail aku tahan lagi, tapi memang tak boleh la kat situ, bertolak2.. Jemaah lelaki kiter nak lawan memang tak la kan.. hahah aku tak berani lalu aku cakap kat suami, “Bang why not abg try, n ciumkan untuk kitorng sekali k”.. sebak pulak rasa sebab tak berpeluang utk cium Hajarul Aswad. So aku duduk di tepi tempat orang ramai solat lalu meneruskan pembacaan Al-Quran aku (kata nak khatam). 

Abg Asim pegi mencuba nasib di hajarul aswad. Kemudian selang beberapa lama, aku rasa lebih kurang 20 minit, suami kembali ke tempat aku duduk, aku lihat dia tersenyum gembira dari jauh, dan dier berjaya cium Hajarul Aswad, Alhamdulillah.. bukannya mudah, percayalah..rezeki dariNya. Yang aku lihat, org lelaki pun surrender nak pegi inikan kita kaum wanita. Rezeki suami dapat melakukan satu2nya yang aku x dpt lakukan, takpe la.. suami dapat buat pun kira dah cukup bersyukur.. amin Ya Rabb, terima kasih YaAllah atas rezeki yang kau kurniakan. Kami kembali ke dalam Masjid lalu suami pun melakukan sujud syukur di situ. 

Kemudian setelah berehat sambal menikmati keindahan masjid Haram, aku dan suami kembali ke hotel dan berehat kerana esok kami akan buat umrah lagi dan akan bermiqat sekali lagi di masjid Tana’im (‘Aisyah) tapi kali ni mmg dalam pakej Andalusia.

Entry seterusnya - Travelog Umrah 2014 - Day 9


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...