Salam, sambung entry pasal pengalaman umrah kami yang lepas..
Hari kedua di Madinah, seawal pagi sebelum azan Subuh kami dah bersiap ke Masjid Nabawi untuk Solat Jemaah. Kat sini azan Subuh berkumandang sebanyak dua kali. Sebelum azan yg pertama kami dah amik port siap2 dalam masjid. Kat sini x pernah lekang dek jemaah memang sentiasa meriah dan ramai. So, sebelum menanti Solat Subuh, kami pun mengisi masa2 kami dengan membaca Al Quran, berzikir, solat sunat dsb.
Selesai solat Subuh n Solat jenazah (kat sini setiap kali habis solat waktu akan disertai dgn Solat Jenazah) kami terus bersiap2 balik ke hotel. Cuaca ketika awal pagi sangat sejuk sampai ke tulang. Langit Subuh di Madinah - SubhanAllah, sangat indah x tergambar dengan kata2. Aku juga cukup suka menikmati keindahan dan keunikan payung2 gergasi yang terbuka indah di Perkarangan Masjid Nabawi. Payung2 ni akan mula terbuka pada waktu Subuh, dan mula tertutup pada waktu Maghrib kalau x salah.
Seawal pagi lagi dah mmg ramai penjual berbondong2 memulakan aktiviti menjual pelbagai barangan seperti jubah lelaki n wanita, tudung panjang, aksesori, coklat2, sejadah,kekacang, kurma dan macam2 lagi - sangat meriah n memang best. Orang2/ peniaga2 di Kota Madinah terkenal dgn sikap mereka yg sangat peramah.. dorang boleh dan faham berjual beli dalam Bahasa Melayu, so xyah risau..
Setelah selesai bfast, program kami hari ini - Ziarah Dalam iaitu ziarah ke Raudhah n Perkuburan Baqi' (utk jemaah lelaki shj). Sedikit briefing utk para jemaah wanita dibuat ketika di dewan makan oleh Ustazah Hamidah sebelum kami sama2 bergerak ke Raudhah lebih kurang pukul 8 pagi. Kami mem follow dia ke Raudhah yg terletak di dalam Masjid Nabawi. Ustazah mengajar kami amalan2 yang perlu kami lakukan n doa2 yg perlu kami baca apabila tiba di depan pintu masuk Masjid Nabawi. Dia juga membimbing kami semua melakukan Solat sunat, seperti Solat Sunat Dhuha, Taubat, Tahiyyatul Masjid, Sujud Syukur dsb.
Memula sampai di Masjid nabawi, aku terfikir jugak kat mana Raudhah ye?? camne nak ke situ?? jauh ke? x dpt bayangan..rupa2 nya ada pintu laluan yg tak selalu dibuka utk ke sana. Ada masa2 je dibuka n kemudian ditutup. Kami masuk slot pukul 8 pagi dan semua jemaah wanita dibenarkan ke Raudhah pada waktu ini. Pintu laluan jemaah wanita tersebut akan ditutup lebih kurang pukul 11.30 pagi. Pintu tersebut harus ditutup utk melimitkan jemaah wanita yg berada di dalam kawasan tersebut. So, aktiviti ziarah raudhah dapat dihabiskan sebelum masuk waktu Solat Zuhr sekitar pukul 12 ++ tghari (awal). Actly, kawasan raudhah ialah kawasan solat kaum lelaki (untungnya jadi kaum lelaki) setiap kali solat waktu, mereka berkesempatan untuk bersolat di Raudhah..
Nak cerita pengalaman pertama berada di Raudhah :
Semua jemaah akan berkumpul dan bergerak ke hadapan sedikit demi sedikit sehingga sampai turn kita baru dibenarkan masuk.. ramainya jemaah jangan cakap.. subhanAllah...kami dibimbing cara memberi salam kepada Rasulullah, dan kepada para sahabat nabi.. juga cara menyampaikan salam kepada Rasulullah dari keluarga dan rakan2 ..hati sangat teruja
"Indahnya berada di Taman Syurga" , sayunya hati bila dpt berdiri betul2 di sebelah makam nabi kesayangan kita semua Nabi Muhammad SAW... Air mata x putus bila berada dcni, percayalah..
Dalam Raudhah mmg ramai sgt jemaah dari seluruh dunia berpusu2 untuk mengambil kesempatan solat dan berdoa di dalam Raudhah. Kaum lelaki dan wanita di pisahkan dengan dinding kertas tebal warna putih.. Jemaah wanita dibahagi2 kan mengikut negara. Wanita Arab Saudi diberi laluan yg pertama utk masuk ke Raudhah, Kemudian diikuti jemaah wanita dari Turki, Iraq, Iran, etc. Turn yg seterusnya ialah utk jemaah wanita dari India, Pakistan dan jemaah wanita dari Asia (Indonesia dan Malaysia) yg paling terakhir sekali. Memang akan diguide oleh pegawai2 masjid wanita di sana. Kita kena ikut peraturan. Sebab kenapa org2 kita diberi turn yg paling last?? banyak hikmahnya.. kita mmg xdpt nak lawan org2 Arab yg besar2 berpusu2 masuk ke dalam Raudhah..seelok2 nya kita bersama dgn jemaah dari negara kita sendiri.. kerana adab, cara dan budaya yg sama. hhehe serius..
Bila turn aku sampai di hadapan Raudhah..aku cepat2 ambik tempat di mana2 bahagian yg berkarpet hijau.. terus aku solat sunat taubat dsb dan berdoa.. tapi keadaan yg terlalu sarat dgn jemaah membuatkan aku rasa x puas untuk berdoa dan solat lagi di situ tapi apakan daya.. dengan segera aku tinggalkan Raudhah dgn niat utk datang lagi malam nanti inshaAllah. (Ya Allah permudahkanlah aku YaAllah.. makbulkan permintaan aku untuk dpt solat dan berdoa penuh khusyuk dlm Taman Syurga ini..amin)
Selesai Ziarah dalam, kami kembali semula ke hotel utk makan tengahari dan bergegas ke masjid Nabawi semula untuk menunaikan Solat Zuhr, Sementara menunggu waktu Asr, aku, zura n abg asim berjalan2 sebentar menikmati jualan2 di sekitar perkarangan Masjid Nabawi.
Aku dan zura pergi ke Raudhah lagi malam tu.. kali ni kitorg berdegil,.. taknak join turn org Indonesia/Malaysia sbb kononnya lambat (kes nak cepat). Di sini la berlakunya sesuatu yg memberi kesedaran kepada aku bahawasanya sifat tamak haloba akan memakan diri sendiri. Kitorg ikut turn wanita2 dari Turki (kira potong Q la).. dan tahukah anda bahawa mereka ini sangat agressif dan cepat panas baran?.. MashaAllah.. terasa kekesalan kerana tidak mengikut peraturan yg sepatutnya..keadaan yg bertolak2 dan berpusu2 sangat melemaskan aku..Org2 Turki agak degil dan mereka x faham bahasa Inggeris.. so kira macam itik ngn ayam bercakap la.. adoi la.. so sama jugak, bila sampai kaki melangkah dlm Raudhah .. masih x dpt solat dgn khusyuk.. bertolak2 dan kita rasa risau kepala kita dipijak dan sebagainya (Syukur xde pernah berlaku semua itu alhamdulillah) ..so malam tu balik ke hotel dengan sedikit kekesalan.. dan berdoa lagi agar dipermudahkan utk aku solat di Raudhah pada hari seterusnya inshaAllah.. (Pengajaran buat aku)

Entry seterusnya --> Travelog Umrah 2014 - Day 3
1 comment:
Seronok baca..teruskan menulis ya
Post a Comment