Desa Cattle Dairy Farm ,Mesilau ,Sabah
Ogos 2014
Walaupun aku asal Sabah..tapi masih
banyak tempat2 menarik kat Sabah yg masih belum sempat aku jejak lagi. Sabah is negeri yang cantik bagi aku, banyak tempat yang boleh dilawati sambil menikmati keindahan pemandangan dan keunikan tradisinya yang tersendiri. So Raya
tahun lepas (Ogos 2014), aku tekad utk ajak keluargaku berjalan2 ke Dairy Farm
Mesilau, Kundasang ..fefeeling ke New Zealand, gituh.
Antara tempat2 menarik kat Sabah
yang aku dah pernah pergi à
Puncak Gunung Kinabalu, Kinabalu Park, Kundasang, Poring Hot Spring, Rumah
Orang Utan Sepilok, Rumah Terbalik kat Telipok, etc semua dah pernah sampai. Actually
ada banyak lagi tempat2 menarik kat Sabah yang aku teringin nak pegi. Salah satu nya kat
Tip of Borneo , Tg. Simpang Mengayau Kudat., Sipadan Island and Mabul
Island..yup tu tempat2 best kat Sabah yang aku berhajat nak pergi.
So kat sini just nak share
beberapa keping gambar kami ke Dairy Farm Mesilau tahun lalu.. kami awal2 pagi dah gerak
dari rumah ibu kat Tuaran dengan membawa sedikit bekalan makanan utk anak2 lalu
drive terus ke Desa Cattle Dairy Farm. Sejuk n kuat betul angin kat tempat ni..
cantik.. I like.. berlatarbelakangkan pemandangan Gunung Kinabalu yang indah tersergam, dengan angin sejuk yang bertiup , pohon2 dan rumput2 yang segar menghijau jauh dari bau asap dan debu cukup membuatkan sesiapa yang berkunjung ke sini teruja.
Tapi yg x best nya..hari yang kami pergi tu, lembu2 dalam proses untuk diperah susunya, so xde la sang lembuss berkeliaran di padang rumput, so xdpt aku feeling2 bergambar macam di NZ..hm..
Anak2 penuh girang bila sampai di Desa Cattle Dairy Farm, Mesilau.. Angin sejuk dan kuat cam nak tercabut tudung hahah.
|
Gunung Kinabalu |
|
Aku, ibu n adik lelaki aku + Nadh yg montel |
|
Pemandangan di Dairy farm, tapi sayang lembu tengah diperah susu.. |
|
Anak2 happy bergambar2 di sini |
|
Kami sekeluarga |
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Desa Cattle
- Melihat bagaimana proses pemerahan susu
- Boleh memberi lembu makan / rumput dikenakan bayaran
- Melihat sendiri proses bagaimana susu segar dijalankan / penghasilan susu dalam kotak, harus merasai sendiri susu yang dihasilkan pelbagai perisa dan sangat lazat!
- Berjalan-jalan di sekitar ladang ternakan.
- Sekiranya lapar, di sini juga ada menjual makanan ringan seperti waffle, sosej & pop corn, dan boleh membeli ole-ole di kedai cenderahati
Bayaran masuk & urusan lawatan
- Masa yang paling sesuai untuk membuat lawatan ialah jam 3.00pm-5.00pm untuk melihat aktiviti pemerahan susu lembu (setiap hari) atau waktu pemprosesan susu jam 10.30am-2.00pm (selasa,khamis,ahad).
- Bayaran masuk RM4.00/Dewasa dan RM3.00/pelajar atau kanak-kanak Pelajar Pra sekolah (umur 6 Tahun dan kebawah) dan OKU dikecualikan bayaran masuk
|
kawasan kat dalam desa farm.. ramai pengunjung tyme ni, masing2 nak tengok proses susu lembu diperah |
|
Ada jugak Fridge Magnet dan pelbagai souvenir dijual. Tetapi harga agak mahal |
|
Layan aiskrim segar yg dibuat oleh tempat ni.. so nyummy |
|
Ayah n Hariz |
Kemain excited ibu n anak2 nak tengok lembu, banyak nya lembu kat sini,,. kata Dairy farm kan.. lembu2 kaler hitam putih ni memang banyak n sihat2 semua.. betul2 lembu New Zealand
Ok, pas tengok proses memerah susu lembu dijalankan menggunakan mesin yg disediakan, kami pun menuju ke Calf Pen. Tempat/kandang kambing
|
Tempat wajib untuk bergambar kalau dah sampai Mesilau kan.... |
|
Luv this place |
|
Ibu n Nadh on the way nak turun ke Pekan Kundasang |
Lepas habis melawat Dairy Farm, kami kemudiannya turun ke Pekan Kundasang untuk makan sbb x lunch lagi... lapar, so tak tau nak singgah kedai mana..anak2 nak makan KFC, so bedal la..
Kami sambung perjalanan kami ke Memorial War Kundasang , satu lagi tempat yang harus dilawati kalau sampai ke Kundasang selain dari Kinabalu Park, Pekan Nabalu dsb
1 comment:
Salam,
Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Kita Kinabalu Axia Auto Rm100/day. Selesa dan jimat minyak. Kenderaan lain juga ada. Saga,Myvi, Alza,Exora,Hiace. Perkhidmatan pemandu juga ada. Call/Watsapp 014 201 1144 untuk tempahan.
Terima kasih
Post a Comment