Semasa hamil dan selepas melahirkan bayi, kita akan mengalami pelbagai perubahan dari segi fizikal dan sebagainya. Perubahan ini akan berlaku secara berperingkat, agar memberi masa yang lama secukupnya untuk kita bersedia dan menyesuaikan diri kepada perubahan tersebut.
Antara perubahan-perubahan yang boleh dijangka adalah seperti
perubahan fizikal, perubahan bentuk badan, pertambahan berat badan,
sembelit, loya dan sebagainya. Perubahan ini berlaku disebabkan oleh
perubahan hormon badan untuk menyesuaikan diri dengan
kehamilan. Tidak perlu gusar, takut dan murung akibat perubahan
yang berlaku, ini kerana ianya hanya bersifat sementara dan ianya boleh
kembali normal setelah melahirkan bayi.
Namun, sebagai wanita moden dan berkerjaya, tentu kita terfikir akan keperluan ingin berdiet untuk mengembalikan kembali bentuk badan selepas bersalin.
Sudah tentu kita merasa perlu untuk berdiet semasa menyusu dan
sebagainya sebagai salah satu cara untuk menurunkan berat badan dan
mengembalikan bentuk badan asal. Namun perlukah berdiet semasa
menyusu? diet semasa menyusu, adakah baik untuk kita dan bayi?
Bagaimana Hendak Diet Semasa Menyusu
Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang
cepat akan membahayakan bayi sebab mungkin ini akan membebaskan toksin –
yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah,
justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan
anda.
Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang
terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu.
Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang
tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun
berat 0.5 kg /1 paun sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang
diperlukan untuk menghasilkan susu.
Oleh itu, semasa menyusu kita tidak perlu untuk melakukan
aktiviti berat hanya untuk diet. Aktiviti penyusuan juga banyak
menggunakan tenaga. Pada peringkat ini tumpukan kepada penyusuan bayi dan bukan sebaliknya.
Adalah lebih baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada
berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit
pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu
selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada
minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda.
Semasa Menyusu – Apa Yang Perlu Anda Makan
Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti
diet yang sihat sepertimana yang kita ikuti semasa kehamilan. Fokus ke
atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijirin,
buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak
protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan
sekali-sekala adalah okay) - makan chocolate nyummyy..
Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang,
telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh (wholemeal). Adalah baik kita menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan
yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa. -(alamak..camne nak makan nasi minyak org kahwin bebanyak nie...??)
Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang-larang terhadap
sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas
kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa kita tidak perlu menghadkan diet , kecuali bayi menunjukkan
tanda-tanda sensitif selepas menyusu.
Diet Semasa Menyusu – Tumpukan Kepada Bayi Anda Dahulu
Semasa peringkat penyusuan, diet perlulah dihadkan, ini kerana kepentingan utama ialah penjagaan kesihatan
yang baik sebagai persediaan penyusuan bayi. Ini kerana untuk kekal cantik, ramping, kurus dan berdiet
boleh dilakukan pada bila-bila masa. Pastikan kita memberi penyusuan
yang terbaik kepada bayi dalam tahun-tahun pertama bayi kita membesar...
P/S - support breast feeding !! (ngan poyo nyer)
2 comments:
Hehehe...ngan poyo nyer yerr..thanx...rajin kumpul maklumat ko Tini... :)
Hehe,
Post a Comment