Saturday, November 8, 2014

Projek 2014 - refinance home loan

As- salam,

8 November 2014 (Sabtu)

Alhamdulillah, tahun 2014 dah dekat smp ke penghujung nya, actually ada banyak projek yg aku n hubby rancang since awal tahun ni, antara projek2 tu:

1)Umrah (Feb 2014) - done

2)Percutian2 keluarga (Mac - Sept  2104) - done

3)Birthday celebrations utk anak2 - done

4)Urusan refinance pinjaman rumah (convert bank loan to government loan) (Mei - July 2014) - done

5)Projek house renovation (Nov - Dis 2014) - in progress

dan, syukur ke hadrat Allah swt, semua projek terlaksana dan hampir terlaksana (renovation) walaupun ada rintangan dan dugaan yang berlaku, tapi kami dapat juga hadapi..haha adoii..

So entry ni nak kongsi serba sedikit pasal:

Refinance pinjaman rumah
Dulu, hujung thn 2008, perumahan yg kitorg duduk ni baru pecah tanah..so that tyme pun baru keja, so nak booked n beli rumah tyme tu rege RM2++,+++ so agak terbeliak jgk biji mata (tyme dulu2 rumah RM200 lebih ribu ke atas mmg dkategorikan agak mhal dan x mcm skrg). So, nak wat gov loan, kelayakan x sampai that amount (baru2 keje) so nak tak nak mmg kne wat bank loan.

So, utk convert ke loan kerajaan (BPPP), bank loan dier ada 'lock in period' kene rujuk agreement berapa tahun yg kiter kne stay ngn bank tu (utk dier amik interest grr!) before kita leh decide utk refinance. Ada certain loan yg xde this terms, so papehal rujuk agreement. Klau kiter langgar agreement, kiter kne byr penalty (denda) RM8-10 ribu x silap, ok.. xpe la

After aku rujuk agreement, boleh refinance after Jun 2014. Pertengahan Mei 2014 bermula la proses tersebut:

1)Start isi borang BPPP secara online (bpp.treasury.com.my) tyme nak isi tu siap2 kt sebelah uols S&P atau anythin yg ada maklumat pasal rumah cth mcm no.lot/mukim, etc. Pas isi borang tu print, satu utk simpanan sendiri, satu utk BPPP (kene sertakan beberapa dokumen termasuk satu salinan borang1 JPPH) n minta pengesahan majikan kt HR dulu)

2)Kene byr wang proses RM100 (boleh juga guna online banking M2u, cimbclicks, etc, print resit pembayaran n sertakan dlm borang permohonan yg diprint tadi) - tapi x silap prosedur yg ni dah dimansuh, betul ke?

3) Isi borang 1 - JPPH , boleh amik borang tu di laman web (www.jpph.gov.my) utk proses penilaian harta. Isi borang tu, minta cop majikan n sertakan sekali dlm borang tu dokumen2 yg diperlukan n pos ke JPPH. Kadang pegawai penilai akan dtg umah nak tengok, kdg tu xdtg pon sbb dier dah maklum kot nilai umah kt kwsn perumahan kiter tu. And, after 1 week korg leh check kt laman web (ikut JPPH area mana umah korang) dah dinilai ke blom, n uols kene make sure JPPH dah hntr laporan penilaian ke BPPP, kol selalu..jgn biar je..kdg dorg x take action pon (berdasarkan pengalaman)

4)Lantik peguam utk menjadi perantara antara bank n BPPP,dorg yg akan prepare mcm2 dokumen - akan dikenakan lawyer fees

5)Dah settle semua, hntr borang yg dh lengkap ngn semua dokumen ke bhgn perumahan kt putrajaya..better hntr by hand klu duduk area lembah klang ni..sbb tyme submit tu dorg leh check kan lengkap ke x, klu hntr by post, takut ada yg x lengkap..so kiter x tau,..tau2 biler check web  - status:  Borang tidak lengkap, satu hal lg nak kne settle n proses jadik delay

6)Urusan antara lawyer n bank/BPPP ni agak lambat jugakla.. once pihak peguam dh ready dokumen, kiter kne dtg sign ..blablabla n baru pastu submit plak ke BPPP utk perintah byr baki hutang ke pihak bank

7)Sentiasa check web BPPP utk tau status permohonan berjaya atau tak..n once ready pihak bank dah dpt cek dari bhgn pinjamanan perumahan n settle, so status akan jadik aktif dkt web BPPP

proses agak memenatkan n memeningkan..makan masa gak..dlm 2 bulan ++ adoii mcm2 dugaan..berulang jugakla ke putrajaya.. :( tapi alhamdulillah dh settle

Kenapa nk refinance sgt ke loan gov? ----> sebab benefit dier bnyk n sendiri mau tau la kan...hihihi

Next entry nanti nk share psl proses2 renovation lak..yg x kurang letihnya ..sigh!


XXX


Friday, November 7, 2014

New passion - make up collections

Ok.. x tau pesal.. before this mmg suka make up2, dari dulu pun mmg minat, but recently makin menggila menambah collection.. (Gile ke pe, verangan nk jadik MUA ker?)

Tapi xde la sampai tahap membajir..biasa2 je, dlm setahun adalah sekali dua je kot aku membeli..tu pun x pakai sgt..pakai yg selalu guna g kerja je

But this tyme kemain.. Pantang nmpk make up yg best, mesti grab.. Pening camni neh

So step by step, make up ringkas bw g keje yg selalu org wat:

Moisturizer - BB cream - foundation - compact powder - eye shadow n highlite - blusher - eye brow pencil - eye liner - lipstick + lip gloss, siap!

Tapi klu make up yg luar dari wktu biasa dia adalah kne follow beberapa teknik (e.g shading, highlight, concealer bagai etc)

I luv colors


So ni antara make up n make up tools yg aku tambah dlm koleksi ... and ada bnyk lagi wishlist yg blom tertunai.

So next step.. nak g belajar make up kan org maybe.. berapa ek bayaran?

XXX

Tuesday, October 28, 2014

My vitamin and supplements


Salam.. actually banyak entry yang nak aku masukkan dlm blog ni, tapi kebizian hidup seharian menyebabkan semua tu terbantut. Bestnya kalau dpt duduk dlm bilik relax2 n xde apa nak buat melainkan menaip blog atas meja waaa... hahah tapi tu semua anganan belaka.. x mungkin berlaku dgn adanya si kecik2 kt umah tu yg mmg suka menyepah2 rumah n selagi x jadi tongkang pecah umah tu mereka tidak akan berpuas hati hahahah..tunggu kamu!

Menjadi ibu kepada empat org anak agak meletihkan bagi aku.. syukur abg asim mmg sangat ringan tulang orangnya.. banyak membantu kerja2 rumah, kalau x memang mcm zombie la aku jadiknya.. so aku rasa aku memerlukan vitamin untuk kesihatan.. ditambah lagi dengan usia yg semakin bertambah, so sememangnya penting untuk mengambil supplement utk menambah tenaga dan meningkatkan kesihatan.

So entry ni aku nak kongsi vitamin n supplement (makanan tambahan) yg aku ambik n aku rasa kesannya bagus utk aku-" ya terasa bedanya - bagus banget!".

1) Alfalfa Complex - Shaklee

Pengambilan 10 biji/day ( aku ambik 5 biji after bfast n 5 biji after lunch)
Kebaikan: Legakan sakit sendi dan belakang, hilangkan kelesuan dan tekanan, membuang toksik dalam badan (detox), cuci buah pinggang dan rawat kencing kotor, neutralkan asid dalam badan, menegangkan payudara, merawat masalah keputihan, bertindak sebagai kacip fatimah wanita, buang angin dlm badandan sebagai milk booster (breastfeed mummy)
  



2) Lecithin (dietary supplement) - Shaklee
Pengambilan 6 biji/ day - (aku ambik 2 biji after bfast, 2 biji after lunch n 2 biji after dinner)
Kebaikan: Membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan lebihan lemak dalam badan, seperti darah tinggi, stroke, sakit jantung dsb, juga berperanan sebagai agen memecahkan lemak, membantu dalam penyerapan zat- zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan, melindungi sel darah merah kita daripada serangan virus dan bakteria, meningkatkan daya ingatan, membantu mencegah eczema, kerana ia adalah zat kecantikan (untuk kulit, rambut), bertindak sebagai pelincir kepada sendi- sendi badan dan ianya diperlukan dalam penghasilan hormon epinephrine yang diperlukan bagi mencegah simptom menopause dan PMS



3) Herb-lax - Shaklee
Pengambilan 3 biji/ day -( aku ambik 3 biji before tidur / after dinner)
Kebaikan:  Detox yg sangat baik, membersihkan najis yang tersekat, merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita, membantu masalah sembelit, membantu mengempiskan perut - ia membantu dalam mengurangkan lemak pada perut dan memberi kepejalan pada perut.



4) Vitamin C (1000mg)
Pengambilan:  aku ambik 3 biji/seminggu (x ambik hari2)
Kebaikan: vitamin C umum mengetahui ianya mempunyai fungsi anti oksidan iaitu dapat mencegah sel badan daripada dirosakkan oleh radikal bebas. Selain itu, vitamin C juga penting untuk pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyokong sebahagian sel supaya dapat memberi struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit serta tisu badan disamping membantu penyerapan zat besi (mencantikkan kulit)

5) Calcium caltrate (kapsul) + Vit.D
Pengambilan : 3 biji /seminggu
Kebaikan: membekalkan kalsium kepada tulang agar lebih kuat dan mengelakkan dari penyakit osteoporosis



 




6) Evening Primrose Oil (EPO) - Cosway
Pengambilan: aku amik yg 1000mg brand Cosway (mana2 brand pun ok), so amik sebiji sehari cukup. Kalau EPO yg 500mg kena amik 2 biji/day. 
kebaikan EPO : Menurunkan tekanan darah, mengawal kadar kolesterol dan berat badan, melancarkan peredaran haid, meningkatkan kesihatan kulit, kuku dan rambut serta mengawal keradangan dan juga boleh mengurangkan simptom kemurungan, PMS, menopaus seperti panas badan, kekeringan, dan sengal sendi.
 

7) REVICON forte (Multivitamin)
Pengambilan : sebiji/day
Actually, multivitamin ni xyah ambik pun xpe, if kita dah ambil makanan yg seimbang every day. Tapi aku ni jenis yg selalu skip meal, n kadang tu x ambik makanan yg seimbang, so I really need multivitamin utk cover balik mana2 nutrient yg aku x terambik. So, secara umum multivitamin ni boleh membantu mencegah kekurangan vitamin dan mineral yang digunakan untuk meningkatkan nutrisi penting dalam tubuh,

 




8) Habbatus sauda kapsul - BARAKA 
Pengambilan 2 kapsul/day (aku ambik satu kapsul je/day - after lunch)
Kebaikan: Menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya. 

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam hadisnya yang bermaksud ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat ubat penyembuh untuk segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

dua2 ni sama je, packaging kaler hijau tu repack Malaysia punya n kaler oren tu pack original dari Mesir

Ok ini je la supplement yg aku ambik.., tapi xde la sihat sgt aku ni.. banyak gak sakit2, tapi x salah berikhtiar utk kesihatan :)..

"Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali Dia turunkan untuk penyakit itu ubatnya." ( HR Al- Bukhari no. 5678)






Tuesday, October 14, 2014

Majlis ulangtahun ke- 7 Nur Ain Shafiqah 2014 - Rapunzel theme

24/8/2014 - Ahad
Masih di bulan Syawal, kebetulan bday puteri ke dua kami yg ke-7 tahun (Nur Ain Shafiqah) jatuh pada bulan Syawal, so aku rasa buat majlis bday tu sekali ngn open house kitorang. So, aku pun rancang idea utk birthday party Ain. 

Birthday girl yg Happy

Untuk Majlis Birthday aku pilih:
Tema : Purple + Yellow mustard
Character : Rapunzel (tangled) sbb ain sukerr sgt kartun ni



So bende2 yg kne order/beli/prepare:
a) Birthday cake, cupcakes & apam polka dots 
b) Doorgift - Sticker bday + Fridge magnet, etc 
c)  Tempah Khemah + kerusi meja
d) M.R DIY - beli brg2 utk door gift + decoration utk party birthday (belon, ribbon, candles etc)
e) Kedai Jungle food (sebelah NSK Wangsa Maju) - my fevret place beli choc n candies
f) Order catering - tugas abg asim
g) Beli barang2 utk masak kat kedai depan umah (CS Brother) - murah sket


Menu majlis hari tu:

1) Order Catering:
Nasi beriyani + 2 lauk (Kurma daging dan ayam sambal) + acar + papadom + buah2an, + 2 jenis kuih
Roti jala 100 pcs
Sate ayam n daging + kuah kacang 
Lemang
Air sirap

2)Menu aku masak/prepare
Soto ayam + pegedel
Laksa penang
Nasi impit
Kuah lodeh + sambal ikan bilis
Rendang daging
Rojak buah
Koktel buah2an
Kek batik

3)Candy birthday table:
Untuk Candy birthday buffet Ain - aku siapkan secara D.I.Y:
a) Kek birthday 
b) 20 small cup cupcake 
b) Apam Polka Dots
c) Assorted chocolate n candies
d) Jelly 
e) Personalized Chocolate bar
f) Personalized Mineral bottle
g) Lollipops
g) doorgift + stickers
h) Stick biscuit + Love letter + corn biscuit
h) belon2
i) Lanterns

Semua ikut tema ---> Purple + Yellow Mustard  , mesti!! haha

4) Khemah  + meja kerusi 
Khemah yg selalu kiotrg order kali ni full (ramai wat Open House), so order ngn org lain..


So gambar2 sekitar majlis haritu:













Seronok walaupun hujan lebat di tengah2 majlis berlangsung.. yg tu x best sgt...hmm

Terima kasih yang tak terhingga buat rakan yg banyak membantu tyme majlis (Mizzura Betablocker) , terima kasih juga buat keluarga dan rakan2 yg berkesempatan hadir di Majlis Opeh House + Birthday Ain kali ini

Ibu Happy tengok Ain happy with her friends celebrate her birthday. Dier mmg keep on counting days nak ke hari birthday dier (tau la kan budak2 umur mcm ni excited giler sambut bday.)

Nur Ain Shafiqah, ibu harap Ain membesar menjadi anak yg solehah n berjaya dunia akhirat, walaupun ibu mmg selalu garang dengan korang, but jauh di sudut hati ibu, ibu terlalu sayang kamu semua  ... semoga kejayaan menjadi milik kamu inshaAllah..

Happy 7th Birthday Ain... kami semua saayang Ain (Ibu, Ayah, Kak Aleeya, Nadh n Hariz)

Thursday, June 19, 2014

Travelog Umrah 2014 -Day 1 (KL - Jeddah - Madinah)


Travelog Umrah 2014
Hari Pertama (Perjalanan KL – JEDDAH – MADINAH)

16/2/2014 (Ahad)

Penat masih bersisa, kitorang baru selesai kursus intensif kat USM Penang start dari 20/1/14 and tamat pada 15/2/14. Kemudian kami terus sambung untuk ke Tanah Suci for umrah 16/2/14 (malam)(Bulan2 yg agak packed schedule) Pagi ni sempat gi Pejabat Andalusia kat Kg. Pandan utk dengar kursus umrah kali terakhir sebelum bertolak ke tanah suci pada malamnya nanti. Hati berdebar + gembira - tak dpt digambarkan betapa terujanya kami (actually aku yg rindu nak dengar celoteh Ustaz Daud tu bagi ceramah, hahah.. ada certain part yg aku suka)

Kami berdua dihantar oleh MIL and SIL ke LCCT malam tu. Flight kami dijadualkan bertolak dengan AirAsiaX KL - JEDDAH pukul 2 pagi. Semua jemaah diminta berkumpul kat depan MarryBrown LCCT  pukul 11 malam. Ada Mutawwif yg akan tunggu semua Jemaah kat sana. Sedih bila terpaksa meninggalkan anak2 utk ke sekian kali lagi (after tinggalkan dorg during course kat USM) but kami tetap kuatkan hati untuk ke sana.





 

Malam tu ramai jemaah yang akan ke tanah suci n datang dari pelbagai agensi umrah. Ada juga jemaah yg dtg dari Indonesia (transit) ke sini. Masing2 ambik port untuk berehat/tidur sebab just now ada pengumuman, flight kitorg delay kol 2 pagi ke pukul 5 pagi adess.. dugaan ler tu. Aku ngan suami pergi ngan kawan kami Nor Azura n adik lelaki dier Yeh. Kami tak tidur semalaman. Penat n mengantuk jangan cakap. Tapi aku bajet yg aku nak tido puas2 kt dlm flight nanti. Sepanjang menunggu, kami hanya bersembang2 kecil

17/2/2014 (Isnin)
Tiba masa kami dah dibenarkan untuk ke Pintu berlepas International, alangkah seronoknya hati, perjalanan akan bermula sebentar je lagi. Kami melalui imigresen checkpoint then, semua benda yg berliquid (lebih dari 100ml), xleh bw ke dlm perut kapal (kena letak dlm beg besar kalau nak bw gak).

So perjalanan dari KL ke Jeddah mengambil masa selama lebih kurang 8 jam. Kami dijadualkan tiba di Jeddah dalam pukul 9 pagi (2 petang waktu Malaysia - beza 5 jam). Sepanjang kat dlm flight aku sangat mengantuk. Pengumuman masuk waktu utk Solat Subuh dlm flight kedengaran, so aku pun mengambil wudhuk dgn botol air spray lalu solat Subuh atas kerusi seperti yg telah diajar ketika kursus umrah haritu. Pastu aku sambung tidur dan apabila tersedar aku lihat ke luar tingkap.. dekat nak sampai dah.. nampak padang pasir.. tebal MashaAllah.. aku dh sampai di bumi Anbiya.. teruja nya Ya Allah.., Penerbangan dgn AirAsiaX not bad,  tq AirAsiaX – murah, berbaloi ..Alhamdulillah!





Mendarat di Jeddah, suhu agak sejuk lebih kurang 14-15 degree. Sebelum ni org kata pernah mencecah 8-10 degrees, yang benerr?? Bercakap pun cam berkabus (Korea??) Setelah selesai urusan ngan Imigresen Checkport (cepat alhamdulillah, sbb pernah dengar pengalaman org lain-imigresen sini sangat teruk blablabla) mungkin nasib kami baik haritu.. segalanya berjalan lancar, takde beg  yang hilang dsb syukur dipermudahkan.







Bas n Mutawwif Andalusia (Ust. Muhammad Shafiq dan Ust. Ahmad Firdhaus) dah sedia menunggu kat luar perkarangan airport Jeddah. Setelah semua bagasi dh dpt, kami pun naik bas utk ke Madinah. Kami singgah sebentar  untuk solat jamak Qasar (zuhur n Asr) kat RnR apa nama x ingat, n kami disajikan dengan hidangan Nasi Mandy ayam utk juadah tengahari di restoran yg ada kat situ. Perjalanan mengambil masa selama 8 jam lagi (lama kan?) n sepanjang kt dalam bas, mutawwif banyak menerangkan sejarah2 di situ, ajak ramai2 berzikir penuh syahdu..




Ok, nak cerita kejadian dalam bas, ada seorang jemaah lelaki grup kami duk betul2 kat belakang seat aku. Tetiba asyik muntah2 teruk (angin kot)..astaghfirullah aku simpati sgt2. Then, aku soh abg asim bagi gula2 berangin + minyak angin yg aku ada dgn harapan dia akan ok. Tapi yg sedihnya keadaan dia masih teruk n dier nampak letih sangat sebab banyak kali muntah. Sepanjang perjalanan dekat 3 jam dia non-stop muntah. Aku x henti2 berdoa agar dia tak apa2. Suddenly, aku teringat yg aku ada bawa beg ubat, aku pun belek2 ubat2 kat dlm tu then, betapa happynya bila aku nampak ubat “TAHAN MUNTAH” ada kt dlm beg tu, trus aku soh abg asim bagi kat dia.. pastu baru dier ok.. Syukur alhamdulillah aku panjatkan ke hadrat Ilahi.. Tu mungkin dugaan utk dia..dugaan kita, tak tau macam mana nanti.. doa tak pernah putus agar kami dipermudahkan.

Sampai je di Tanah Haram Kota Madinah.. terasa sayu je hati.. benar2 tak sangka yg aku akan berada di sini.. Ya Allah, sesungguhnya kau Maha Pengasih lagi Penyayang.. bahawa sesungguhnya kami diberi kesempatan utk berada di tanah yg suci lagi barakah, tanah di mana Nabi kesayangan kita semua - Rasulullah SAW disemadikan.


Kami ditempatkan di Hotel Mubarak Silver, 400 meter jarak dier dari Masjid Nabawi. Kami sampai dah Maghrib, x dpt kami solat berjemaah di Masjid utk Maghrib mlm tu sbb baru sampai, jalan masuk ke Kota Madinah agak jammed menyebabkan kami agak kelewatan sampai. So,lepas pembahagian bilik dan kunci, kami siap2 solat dlm bilik, makan malam n cepat2 berjalan kaki ke Masjid Nabawi utk Solat Isyak. Tau tak apa perasaan dia first tyme bila nampak Masjid Al Nabawi depan mata tersergam indah dgn disinari lampu2 yg bergemerlapan?..SubhanAllah indah tak terkata.. aku hanya mampu mengucapkan syukur yg tidak terhingga kerana diberi peluang oleh Allah SWT utk menghadirkan diri di situ bersolat jemaah beramai2..beberapa kali air mata aku menitis mensyukuri segala nikmat yg diberikan olehNya kepadaku..








Cuaca malam di Kota Madinah sangat sejuk.., terasa nyaman dan tenang.. ramai betul jemaah di dalam Masjid Nabawi.. memang kene g awal supaya dpt solat kat dalam (atas karpet) kalau tak terpaksa solat di perkarangan masjid la nampaknya (atas tiles).. sejuk lak tu..haha. Before masuk masjid ada Polis/Pegawai Masjid wanita Arab (berpurdah) kat pintu masuk utama (bahagian wanita) akan check beg kita.. mereka x kasi bw masuk kamera, tab etc. nanti dorg rampas or soh kita hantar balik ke hotel.. but handset boleh bawa tu pun kena sembunyi2.. (tak tau pesal..) but begitulah keadaannya kat sana.. org berpusu2 bertolak2 nak masuk n keluar.. bersabar saja la ye.. aku agak 'culture shock' memula tu.. ramai nya umat dari pelbagai pelusuk negara.. mmg macam2 pe'el la kan.. 

Selesai solat Isyak.. kami terus balik ke hotel, menyusun barang2 pakaian yg masih x terurus.. n tidur coz esok kena bangun awal utk Solat Subuh.. :)

link seterusnya - Travelog umrah - Day 2 (Madinah)

Friday, March 21, 2014

Umrah - Barang2 keperluan yang perlu dibawa


Berdasarkan kepada pengalaman sewaktu membuat umrah pertengahan Febuari haritu, kat sini nak share entry barang2 keperluan yang dibawa ke tanah suci:

 Wanita

1) Jubah
-Bawa 4-5 helai. Kalau boleh jubah tu biar potongan kembang kat bawah (ala2 dress). Kalau yang potongan lurus ke bawah (straight x kembang) pergerakan jadi limited – nak melangkah  n  nak jalan laju sikit ke masjid pun susah
-If perjalanan umrah tu direct ke Mekah dulu mungkin boleh pakai jubah putih (pakaian ihram) siap2 dari rumah (sunat memakai pakaian berwarna putih) actually, x jubah putih pun xpe, telekung dah kaler putih tapi cam x feel, alahaii..nak jugak.
-Tapi kalau perjalanan umrah tu ziarah ke Madinah dulu, memang cun habis. Bawa sikit je jubah dari rumah (dlm 2-3 helai) pastu beli la beberapa helai kat Madinah…murah2. Jubah putih pun bli je kat sana 40 - 80 Riyal je, waaa.. best giler!! cantik2 plak tu, kat Malaysia mmg x dpt la that price, believe me.. Budget satu jubah dipakai lebih dari sekali hehehe sangkut la elok2 dengan hanger lepas pakai tu.

2) Jubah seluar
- Bawa sepasang pun cukup, untuk pakai masa gi ziarah luar (especially yang nak gi mendaki Jabal2 yang ada kat situ atau nak pakai wat umrah) kalo tak bawak pon takpe, boleh pakai jubah biasa jer. Aku x bawa, just bawa blouse panjang sehelai n pakai ngan seluar labuh (seluar umrah kaler putih tu) tyme g ziarah. Boleh gak bawa baju kurung without kain, pakai baju kurung tu ngan seluar (jadik mcm jubah seluar).. tapi aku x prefer sgt hihi..:)

3) Singlet berzip
- 1 helai (mana tau jubah putih tu agak jarang .. so leh pakai ngan singlet ni (jadik inner). Motif zip tu,  untuk letak duit/kunci.. tapi xyah letak pape pun xpe.. ada beg pihak agency bagi tu pun dah ok, ley simpan dlm tu..

4) Seluar panjang
- 3 helai. Beli la seluar umrah tu sehelai n bawa la seluar panjang (tracksuit) yang lembut tu 2 helai. Boleh bawa utk tido n boleh gak pakai dalam jubah,so kene tiup angin pun x la terdedah betis. Satu lagi, penting pakai seluar panjang dlm jubah bagi mengelakkan peha melecet bila pergerakan terlalu banyak masa wat umrah kat sana nanti (lagi2 kalau peha yg agak semangat2) mmg perlu sangat utk keselesaan.

5) Tudung + anak tudung + telekung
-Tudung labuh 2-3 helai - utk dipakai tyme ziarah. Tudung apa2 pun boleh, janji tutup dada (sopan). But better bli yg labuh (kaler hitam/putih) senang.. lepas ziarah or during ziarah tu trus leh wat solat kat masjid2 tmpt ziarah

-Tudung sarung (awning) 2 helai - tudung yg senang dipakai, sarung je.. utk pakai tyme2 nak g makan, emergency, ziarah dsb

-Anak tudung - bawa secukupnya

-Anak tudung ninja - bawa 2-3 helai, penting supaya bahagian muka dapat ditutup proper (tutup bawah dagu) - tyme wat umrah especially tawaf, aurat mmg betul2 kene jaga n tyme solat di masjid2 kat situ nanti

-Telekung - bawa 3-4 helai - kain x yah bawa, bawa telekung tu je.. mmg kene bawa banyak sbb most of the tyme kt sana mmg pakai telekung, mungkin kene cuci selalu jugak kot kt bilik hotel - nak hantar laundry pun boleh, but harga agak mahal sebab dorg kira per pieces.. cuci tangan je senang, sidai kt dlm bilik hotel..

6) Pakaian tidur
-Bawalah baju kaftan lengan panjang or ¾ tu, atau apa2 pakaian rumah yg biasa dipakai - 2 helai (pakai banyak kali) x yah bawa banyak2

7) Towel mandi
-Bawa sehelai (stand by) tapi kat hotel mmg disediakan, bawa gak tuala muka n kain batik sehelai

8) Stokin kaki + stokin tangan + stokin Sa'ie
-Stokin kaki tebal 6 pasang - mmg kene bawa banyak sebab benda kecik2 ni senang kotor. Kat sana banyak berjalan so possibility untuk mudah kotor tu besar.

-Stokin tangan 3 pasang.

-Stokin tawaf/Sa'ie sepasang - stokin ni kat bawah tapak tu ada bulat2 kecil (timbul) - supaya x senang tergelincir (grip) n agak tebal, macam kasut ballet yg elastic - muat semua size tapak kaki. So xdela tapak kaki sakit/melecet tyme wat tawaf/sa’ie

9) Sandal
-Bawa sepasang kasut/sandal utk jalan2 n sepasang selipar utk pakai g masjid

10) Pakaian dalaman
-Bawa secukupnya, mungkin panties kene bawa lebih, atau boleh beli disposable panties (terpulang)

11) Barang2 keperluan lain:
Toilettries - (bawa mini kit/travel pack) better bawa sabun mandi ketul, bawa shampoo kecil, ubat gigi ,berus gigi ,pencuci muka yg kecil n sabun basuh baju (guna sabun ketul mandi tu utk basuh baju/telekung pun ok.

-Penjagaan badan
  • ·         Pelembap muka & Sun block (elhajj),
  • ·         pelembap bibir (Vaseline for lips),
  • ·         cracked heel cream (ellgy)
  • ·         losyen badan (nivea extra moisture)

5 items ni sangat penting kat aku tyme dkt sana!- cuaca sana sama ada sangat sejuk + kering / panas kering - n possibility kulit muka n kulit badan jadik kering + cracked heel tu terjadi mmg tinggi - so belilah produk yg sesuai n halal (No Perfume, No Alcohol) - Contoh: produk elhajj - produk ni really help kitorg kat sana. Halal untuk dibawa ketika ihram. Produk ni boleh didapati di gerai2 kat tingkat bawah kompleks Tabung Haji, KL - pernah gak nampak kat Carrefour

Deodorant + perfume yg xde alcohol (attar) - dipakai ketika bukan dlm ihram
Cotton buds, sikat rambut, facial cotton + toner - bawalah utk membersihkan telinga + muka 

Ketip kuku & Shaver - Nak bercukur n ketip kuku sebelum niat umrah – yg biasa guna shaver better bawa. Macam aku x biasa guna - so x bawa

-Ubat2an - Ok, yg ni antara benda penting utk dibawa bersama. Ubat kat sana mahal. So, letaklah dalam satu beg kecil semua ubat2an seperti: Ubat batuk, ubat sakit tekak (e.g strepsils - yg ni bawalah sebanyak mungkin 4-5 papan), ponstan, panadol, ubat migraine, ubat cirit birit ,Pil chi kit teck aun, ubat angin, ENO, ubat selsema (e.g. Clarinase - make sure yg tak bagi ngantuk), ubat tahan muntah, minyak angin n analgesic cream (utk muscle pain). Kalau ada penyakit2 tertentu, bawalah siap2 ubat2an peribadi (e.g ubat sakit jantung n asthma) – letak ubat2 yg penting dalam sling beg n bawa bersama selalu utk mengelakkan berlaku kemudharatan pada kesihatan. Minyak urut kene bawak sebab bagi yang kurang excercise, lepas umrah pertama tu selalunya kaki lenguh2, so nak kene urut-urut sikit utk next umrah hihi.

-Vitamin – Penting makan vitamin (aku amik Revicon) n other supplement sekurang2nya sebulan sebelum pergi. Ini utk mengekalkan kesihatan dan juga membantu menguatkan stamina. Lagi bagus kalau ada masalah kesihatan, wat check-up kat pusat kesihatan dulu utk mengetahui tahap kesihatan sebelum pergi. Nak buat ibadah, fizikal + rohani dua2 kene sihat.. barulah mudah utk beribadat dgn baik + khusyuk..


- Hanger bawa hanger secukupnya.. certain hotel kt sana x provide hanger

-Berus kain and sabun basuh - sekiranya pakaian yang dibawa tak mencukupi, boleh lah basuh kat sana..

-Buku panduan ibadah umrah – Satu buku panduan yg biasa (pihak agensi provide) n satu lagi buku panduan ihram gantung kt leher. Yang buku panduan biasa tu baca sambil2 dlm flight, dalam bas n dalam bilik hotel. Semasa menunaikan ibadah umrah, aku lebih selesa menggunakan yang kecil, yang boleh digantung di leher. Senang nak menyelak semasa bertawaf dan bersaie (senang nak tahu kita di pusingan yg ke brapa dah? Dah habis ke belum?- penting buku gantung ni bagi aku) Possiblity untuk buku tu jatuh semasa bersesak2 pun lebih kecil. Buku ni mengandungi bacaan ketika tawaf dan saie sebagai panduan. Nak baca ikut buku pon boleh, tak ikut pon tak pe -baca doa sendiri pun lagi baik.

-Al Quran + tafsir – kat dalam masjid banyak Al Quran wakaf tersusun rapi. kalau nak baca ambik je. Kalau ada Al Quran sendiri lagi bagus kot, sbb kita boleh tanda kat mana kita berenti. Haritu teringin kalau boleh dapat habiskan bacaan Al Quran kat sana (khatam). Better bawa yang kecil, saiz besar tapak tangan n boleh letak dalam sling beg.

-Sejadah – bawa yang besar (bukan yg kecil tepat2 untuk sujud tu) sebab kalau kita terpaksa solat di kawasan yg x berkarpet (jubin) so mungkin sejuk.. kalau bawa sejadah besar at least x la sejuk sangat duk kt atas tu - bawa yang nipis + ringan boleh lipat n muat ketak dlm sling beg.

-Tasbih – beli yg digital ok, yg manual biasa pun ok (aku bli yg digital. Senang.. kecil  n sangkut je kat tag name nyer tali

-Botol spray wudhuk – Bagi orang perempuan memang penting, kalau wudhuk terbatal kat dlm masjid mmg susah la nak g tempat wudhuk sebab jauh, orang ramai pulak tu berasak2.. so amik wudhuk guna botol spray ni sangatla memudahkan kerja,alhamdulillah.. tyme kitorg berwudhuk guna spray org2 kat sana sangat teruja tengok.. (tyme kursus umrah memang akan diajar cara untuk amik wudhuk dengan botol spray) juga penting tyme nak berwudhuk untuk solat dalam flight.

-Uncang kasut – penting utk simpan selipar bila ke masjid nanti

-penutup hidung + sarung tangan – cam x penting sangat tapi kalau musim terlalu panas n terlalu sejuk boleh pakai utk protection (but dlm ihram both x leh pakai)

-Gunting kecil - untuk bertahallul

- 2 Pin adapter - Kat sana ada yang guna 3 pin macam kita. Ada yang guna 2 pin. Kalau tak bawak pon takpe. Boleh beli kat deretan kedai2 kat Madinah n Mekah. Harga tak ingat plak.

Iron – x penting, aku x bawa.. better bawa tudung2 yg x yah iron, senang

Botol air - Untuk ambik air zam-zam sebagai bekalan di hotel and ketika ziarah. Tak bawak pon takpe, boleh jer beli air mineral kat sana and recycle the bottle.

Hand sanitizer  (hand rub) – penting kalau nak buang air kecil kat tandas, tandas kat situ agak tak berapa nak bersih, so tuang hand sanitizer tu sekeliling n lap guna tisu agar terjamin sikit.. J, juga penting untuk mengelakkan diri dari terkena jangkitan virus yang agak hebat di sana dek kerana ramai sangat org yang berkunjung dari pelbagai negara. Sentiasa bersihkan tangan untuk elakkan penyakit.. inshaAllah (pakai diluar waktu ihram sebab bau dier agak wangi dan mengandungi alcohol)
-Lain2 :
  • Tisu basah n tisu biasa – no perfume
  • Pen + buku nota kecil
  • Power bank + handphone  
  • Camera + charger battery
  • Marker pen
  • Kunci (mangga) kecil utk beg
  • Tag name laminate utk dilekat pada beg

Lelaki
  1. Baju Melayu (1 helai) - Untuk pakai solat n ziarah. Pakai dengan seluar slack or nak bawak sepasang pon boleh
  2. T-Shirt (sehelai)- Kalu nak gi ziarah pakai T-shirt jer pon takde masalah
  3. T-shirt putih umrah (2 helai) – pakai dalam jubah , tak bawa pun takpe
  4. Seluar slack (2 helai) - Pakai dengan baju melayu / baju t-shirt
  5. Kain pelikat (sehelai)- untuk buat basahan masa lepak-lepak kat bilik hotel
  6. Jubah (2 helai)- Pakai tyme nak p solat kat masjid
  7. Kain Ihram (2 pasang) - Kalau duduk setakat 8 hari kat Mekah untuk umrah, sepasang Ihram pon dah memadai. Setiap kali lepas pakai tu sangkut elok-elok.
  8. Tali pinggang ihram – penting supaya tyme pakai ihram tu ikatan kain kemas
  9. Selipar jepun & kasut/ sandal jalan – sepasang selipar pun dah memadai, yang x tutup jari kaki n tumit iaitu selipar jepun.- tapi belilah yang ada kualiti sikit cam brand ASADI etc.
  10. Pakaian tidur
  11. Kopiah/songkok/serban
  12. Keperluan2 lain - sama macam wanita


 Kalau kita tak nak bawak barang banyak sangat dari rumah, nak bawak beg kosong jer, boleh jugak...budget bawak pakaian untuk sampai ke madinah, and bila sampai madinah dah boleh start membeli2 untuk bekalan pakaian kat sana.Dekat bahagian luar pagar Masjid Nabawi tu setiap kali lepas habis waktu solat, ramai peniaga2 jalanan akan bentang tikar and bukak  jualan mereka. Jubah perempuan boleh dapat dalam SR30. Jubah budak lelaki SR20. Jubah lelaki SR40 - SR 60. Seluar jubah SR15. Tudung labuh pakistan SR10 dan macam2 lagi

oh ya sebelum terlupa.. if perjalanan umrah tu ke Madinah dulu (so x yah pakai pakaian ihram) make sure pakai pakaian yg selesa, x mudah kedut of coz tutup aurat, pakai stokin kaki n tangan + proper anak tudung sebabnya.. perjalanan akan mengambil masa selama lebih kurang 15 jam dengan pakaian yg sama tu jugak, (15 jam okay!!) so kalau pakai pakaian yg x selesa akan nanti ianya akan menyukarkan kita.. so pakai pakaian yang yang selesa, senang utk bergerak n boleh terus dibawa solat (tanpa menyarung telekung)..sbb kita akan solat jamak di dalam flight n di beberapa tempat di sepanjang perjalanan ke Madinah nanti

Seingat-ingat saya, inilah antara keperluan yang perlu dibawa bersama ke tanah suci. InsyaAllah, kalau ada yang tertinggal, akan saya tambah kemudian. Segala  yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang lemah itu datang dari diri saya sendiri. Salam..

Link sebelum -->persiapan umrah kami
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...