Friday, March 14, 2014

Umrah - Mulanya di sini

Bismillahirrahmanirrahim,

Firman Allah SWT. Ertinya:
"Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah" (Surah al-Baqarah 2:196)

Firman Allah SWT. Ertinya:

"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan ketaqwaan yang benar dan janganlah kamu mati kecuali sudah lengkap Islam (melakukan dengan sepenuhnya rukun-rukun Islam" . (Surah Ali 'Imran 3:102)

Melaksanakan ibadah umrah merupakan salah satu niat dan cita2 yang dah lama terpendam dalam hati aku.. since aku n abg asim mula berkahwin (tahun 2005) aku dah pasang niat yang aku nak sangat melaksanakan ibadah umrah wajib yang pertama (Umrah Fardhu) kalau boleh berdua bersama2 dengannya. Alangkah indah, barakah dan bersyukurnya andai niat dan cita2 aku utk menjadi tetamuNya di sana (berdua suami isteri) dimakbulkan secepat mungkin...

Tapi apakan daya, rezeki belum ada, berusaha menyimpan wang utk perbelanjaan ke sana tapi masih juga tidak berjaya atas pelbagai halangan (mungkin belum rezeki). Maha suci Allah, maha mendengar lagi maha mengetahui, syukur alhamdulillah, tahun 2012 rezeki Allah SWT beri dari segi perbelanjaan telah cukup, tetapi benarlah bagai dikata, andai belum sampai rezeki utk ke sana, tiadalah daya kita untuk menolak takdirNya (Allah maha mengetahui). Pelbagai kekangan timbul baik dari segi masa (kerja + study), mengandung dan bersalin (berturut2 dua orang anak), anak masih kecil dan sebagainya menyebabkan aku dan suami masih terhalang untuk ke sana, kami redha Ya Allah - rupa-rupanya Allah SWT beri rezeki yang lain kepada kami (dikurniakan bayi lelaki yang sangat kami nantikan - syukur alhamdulillah)

Akhirnya pada tahun 2013 aku n abg asim telah bersedia untuk pergi melaksanakan ibadah umrah. Aku cadang untuk pergi awal tahun hadapan (2014) sebab cuti tahunan utk tahun tersebut telah banyak digunakan dan x cukup lagipun baby Hariz masih breastfeeding.. so kami mula mencari travel agency n booking pakej umrah utk tahun hadapan seawal bulan September 2013. Alhamdulillah urusan booking pakej umrah dah settle, bayaran booking RM300 seorang. Tak dapat digambarkan betapa gembiranya hati bila dapat tahu yang kami bakal ke sana bulan Febuari tahun hadapan, syukur alhamdulillah Ya Allah, doa2 kami dimakbulkan, maka permudahkanlah urusan kami yang seterusnya Ya Allah.. amin.

Next entry aku nak kongsi serba sedikit persiapan umrah kami, agar dapat dijadikan panduan di masa2 akan datang, inshaAllah.. salam 

        

Monday, July 22, 2013

Ramadhan kali ini

Salam Ramadhan ,
Alhamdulillah dah 14 Ramadhan dan masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat berpuasa. Pejam celik2 dah 14 hari dah seluruh umat Islam berpuasa sedar tak sedar je.. (berada di minda separa sedar rupanya). This year bulan Ramadhan agak kelam kelibut, sebab ada 2 baby yang nak kene handle.. part ni mmg mencabar kesabaran aku yg tipiss ni, dan semakin kurus la.... bukan body yg kurus hahha, but my pahala puasa sebab asyik marah, mengeluh n merungut.. caner tu?? Ya Allah terimalah ibadahku yang tidak seberapa ini..

So as a breastfeeding mummy, nak kongsi kat sini camna aku buat supaya kekal cergas dan sihat dengan izin Allah SWT semasa berpuasa n volume susu pun maintain (xde la banyak tapi takde la teruk sangat berkurangan).. make sure kena sahur.., during sahur , amik minuman soya + oat yang bancuh tu  (cap cosway je), pastu amik 5 biji alfalfa (shaklee) &3 biji Lecithin (shaklee).. produk ni memang bagus n sesuai for me, alhamdulillah.. pastu tyme berbuka amik kurma n minum air masak (ye la tu, poyo je) pastu hentam je la makanan yang tersedia depan mata hahaha, pastu sebelum tidur amik another 5 biji alfalfa n 3 biji Lecithin, and special thanks to abg asim sebab jadik reminder tidak berbayar for me sepanjang ni, thank u bnyk2 abang... alhamdulillah berkat bulan Ramadhan, xde masalah susu berkurangan untuk baby..

Cerita pasal berbuka.. kitorang beli beberapa juadah mcm kuih2, murtabak, roti john blablabla kat Bazar Ramadhan Tasik Permaisuri (area stadium Cheras) .. memang meriah gilerr bazar ni kat cni (terbaik wuuk), apa ko nak, kambing golek, itik panggang semua ado.. tapi x leh mambazir (ingatkan pada diri sendiri) perut berapa sangat la yang boleh masuk untuk kasik kenyang.. so mmg kene berjimat cermat, di samping rege yang dikenakan oleh peniaga2 kt situ mmg tahap mencekik gak a.. So, the rest kitorang masak nasi n lauk simple and also prepare sirap n kordial kat umah je.. dijamin bersih (chewahh) so aku masak lauk, abg asim prepare air, macam2 air dier buat, cincau la, bandung la, sirap limau la hahaha..terbaik a bang asim!! 

Abg asim balik awal, kol 4pm bulan Ramadhan ni.. so dapatla kitorang balik awal amik anak2 kat umah MIL n trus balik umah, sampai umah dalam kol 5.45pm and berbuka puasa sekeluarga. Kalau di tahun2 yang dulu (tyme abg masih keje d tempat lama) memang x berkesempatan langsung nak buka puasa ngan anak2, aku ngn asim buka puasa berdua n anak2 kat umah MIL, alhamdulillah rezeki tahun ni (dan harap rezeki ni berterusan ke tahun2 yang seterusnya in shaa Allah) kami dapat bersama-sama berbuka ngn anak2 - seronok!!

Cuti Nuzul Quran ni , In shaa Allah nak p shopping raya ngan abg asim, yang penting, kami pergi berdua je supaya ianya berjalan ngan lancarr

Bab ibadat tyme bulan posa - Sembahyang Terawih memang tak dan nak p masjid/surau this year, sebab nak handle Nadhirah n Hariz yang banyak ragam... waaaa ;( ( rindu nak g terawih cam dulu2)  tapi, aku akan berusaha sedaya untuk cuba melakukan ibadah (solat terawih, witir, sunat tahajjud, taubat dan hajat - di rumah sahaja) pada malam yang seterus2 nya ini .. lagi2 dah nak 10 malam terakhir ni, Ya Allah permudahkan aku yang lemah dan hina ini ya Allah..jadikkan la aku dan keluargaku, keluarga yang sentiasa teguh beriman kepada Mu yang satu, sentiasa bersyukur dengan rahmat dan nikmat Mu Ya Allah, jadikkanlah hati2 kami agar sentiasa  mencintai dan menyayangi Rasulullah SAW ...jauhkan la diri kami dan anak2 kami serta zuriat2 kami yang seterusnya dari sikap bongkak, takbur, dusta dan bodoh sombong amin ya rabbal al amin..

*** Semalam berbuka kat umah MIL, aku masak ayam rendang (verangan nak raya dah ke???) n bubur kacang hijau .. bawa p umah MIL n makan beramai2 kat sana.. - Nikmat Ramadhan semoga berterusan.. xxx
Selamat meneruskan ibadah puasa..........

Monday, June 17, 2013

Just Give Me A Reason

Hari tu tyme jalan2 p Cuti-cuti Malaysia, terdengar lagu omputih ni dalam radio keta.. banyak kali gak lagu ni main kat radio ... so gatal hati nak tau sape penyanyi dier.. langsung x dapat cam... Nice song, 'ter'suka lak.. first, ingat kumpulan Fun yang nyanyi lagu 'we are young' tu pnya lagu or Justin Bieber maybe... but cam lain je
so cakap ngan abg asim.. "bang, tolong carikkan n downloadkan lagu ni utk te k" (padahal dalam hati dah tau dah yg abg asim mana la reti nak cari2 lagu ni, lagik2 lagu omputih yang baru2) haahahahha - saje nak buli jugak

So pencarian lagu ni agak terbantut lately, sebab banyak hal nak kene settle.. paper plak banyak (exam), so today agak free pepagi so try cari kt mr. Gugel (Google) .. cari punya carik lirik , tajuk lagu ape.... akhirnya jumpa jugak la lagu ni.. (pheww) lagu Pink upernyer.. adess so layann..

"Just Give Me A Reason" - PINK
(feat. Nate Ruess)

Right from the start
You were a thief
You stole my heart
And I your willing victim
I let you see the parts of me
That weren't all that pretty
And with every touch you fixed them

Now you've been talking in your sleep, oh, oh
Things you never say to me, oh, oh
Tell me that you've had enough
Of our love, our love

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
We're not broken just bent
And we can learn to love again

I'm sorry I don't understand
Where all of this is coming from
I thought that we were fine
(Oh, we had everything)
Your head is running wild again
My dear we still have everythin'
And it's all in your mind
(Yeah, but this is happenin')

You've been havin' real bad dreams, oh, oh
Used to lie so close to me, oh, oh
There's nothing more than empty sheets
Between our love, our love
Oh, our love, our love

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
I never stopped
You're still written in the scars on my heart
You're not broken just bent
And we can learn to love again

Our tear ducts can rust
I'll fix it for us
We're collecting dust
But our love's enough
You're holding it in
You're pouring a drink
No nothing is as bad as it seems
We'll come clean

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
That we're not broken just bent
And we can learn to love again

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
That we're not broken just bent
And we can learn to love again

Oh, we can learn to love again
Oh, we can learn to love again
Oh, oh, that we're not broken just bent
And we can learn to love again

Wednesday, April 24, 2013

Nak diet tapi menyusu..??


Semasa hamil dan selepas melahirkan bayi, kita akan mengalami pelbagai perubahan dari segi fizikal dan sebagainya. Perubahan ini akan berlaku secara berperingkat, agar memberi masa yang lama secukupnya untuk kita bersedia dan menyesuaikan diri kepada perubahan tersebut.

Antara perubahan-perubahan yang boleh dijangka adalah seperti perubahan fizikal, perubahan bentuk badan, pertambahan berat badan, sembelit, loya dan sebagainya. Perubahan ini berlaku disebabkan oleh perubahan hormon badan untuk menyesuaikan diri dengan kehamilan. Tidak perlu gusar, takut dan murung akibat perubahan yang berlaku, ini kerana ianya hanya bersifat sementara dan ianya boleh kembali normal setelah melahirkan bayi.

Namun, sebagai wanita moden dan berkerjaya, tentu kita terfikir akan keperluan ingin berdiet untuk mengembalikan kembali bentuk badan selepas bersalin. Sudah tentu kita merasa perlu untuk berdiet semasa menyusu dan sebagainya sebagai salah satu cara untuk menurunkan berat badan dan mengembalikan bentuk badan asal. Namun perlukah berdiet semasa menyusu? diet semasa menyusu, adakah baik untuk kita dan bayi?

Bagaimana Hendak Diet Semasa Menyusu

 

Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi sebab mungkin ini akan membebaskan toksin – yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda. 

Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat 0.5 kg /1 paun sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu.

Oleh itu, semasa menyusu kita tidak perlu untuk melakukan aktiviti berat hanya untuk diet. Aktiviti penyusuan juga banyak menggunakan tenaga. Pada peringkat ini tumpukan kepada penyusuan bayi dan bukan sebaliknya.

Adalah lebih baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda.

 

 

Semasa Menyusu – Apa Yang Perlu Anda Makan

 

Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang kita ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay) - makan chocolate nyummyy..

Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh (wholemeal). Adalah baik kita menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa. -(alamak..camne nak makan nasi minyak org kahwin bebanyak nie...??)

Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang-larang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa kita tidak perlu menghadkan diet , kecuali bayi menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.

 

 

Diet Semasa Menyusu – Tumpukan Kepada Bayi Anda Dahulu

 

Semasa peringkat penyusuan, diet perlulah dihadkan, ini kerana kepentingan utama ialah penjagaan kesihatan yang baik sebagai persediaan penyusuan bayi. Ini kerana untuk kekal cantik, ramping, kurus dan berdiet boleh dilakukan pada bila-bila masa. Pastikan kita memberi penyusuan yang terbaik kepada bayi dalam tahun-tahun pertama bayi kita membesar... 


P/S - support breast feeding !! (ngan poyo nyer)


Tuesday, April 23, 2013

Sabar dan Syukur



Sering kita diuji di dunia ini, sama ada - kita mungkin diuji dengan kenikmatan rezeki yang mencurah2 , dan tidak kurang ditimpa kepedihan dan kesempitan. Terkadang kita menjadi lemah ketika ditimpa penderitaan hingga mengalami kehinaan. Dan terkadang kita mendapat kenikmatan yang berlimpah yang tidak diduga. Apa yang dituntut dari kita adalah agar kita tidak menyeleweng, mengambil kesempatan, menipu dan tidak sombong serta tetap teguh dalam keimanan tatkala menghadapi dua keadaan tersebut.

Selama hidup, kita tidak mungkin terbebas dari ujian yang datang. Allah S.W.T. menguji kita untuk mengetahui sejauh mana reaksi kita dalam mengatasi suatu masalah. Allah S.W.T. memberikan penilaian kepada kita sesuai dengan sikap kita terhadap ujian yang kita hadapi. Hidup ini memang penuh dengan ujian, sebagaimana firman Allah S.W.T;

“Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), dan kerana itu kami jadikan dia mendengar dan melihat.”
[Surah Al-Insaan : Ayat 2]

Seorang yang sedar akan berhati-hati terhadap penderitaan atau kesenangan yang diberi, sehingga tidak terperosok dalam kelalaian serta melihat setiap yang menimpa dirinya, baik duka mahupun gembira - merupakan suatu ujian dan takdir dari Allah SWT .

Penderitaan merupakan salah satu realisasi ujian Allah. Di saat menderita , kita terasa terusik untuk mengetuk pintu Allah dalam erti kata memohon keampunan, keselamatan dan mengharapkan kasih sayangNya. Dengan demikian, setiap penderitaan merupakan saranan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Bukankah Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Hendaklah seseorang mengucapkan kalimat Irtirjaa’ ketika tertimpa musibah (Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un). Sesungguhnya kita ini hanyalah milik Allah dan kepadaNyalah kita kembali.”

Sebaliknya kesenangan hidup seringkali melalaikan manusia. Mereka terjebak dengan perangkap yang menipu dan merasa diri sebagai orang yang sukses dan beruntung kerana hasil ilmu atau usahanya sendiri. Padahal tiada daya upaya dan kekuatan kecuali dengan izin Allah.

Seharusnya tatkala menghadapi sesuatu yang menyenangkan kita segera bersyukur kepada Allah dan menyalurkan kurniaanNya itu pada jalan Allah sebagai merealisasikan rasa syukur dan untuk meningkatkan ketaatan kepadaNya. Dengan demikian kenikmatan menjadi pangkal untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Sebaiknya kita tidak mudah tertipu dengan kesenangan hidup dan menyedari bahawa kesenangan merupakan ujian Allah. Dengan ujian ini Allah akan menilai apakah kita bersyukur atau kufur terhadapnya. Semoga kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur kepada Allah dan dijauhkan dari sifat takbur dan bongkak sombong.


                                                                          


Thursday, April 18, 2013

Puding Roti + Kismis

Hari ni, aku cuti, so aku kat umah jaga Baby Hariz n Nadhirah.. Aleeya n Ain gi sekolah, abg asim lak keje.. so lepas aku ngentam layan 2 drama korea pagi ni, pastu terfikir2 nak wat pe... baby dua2 tido (memberi kerjasama yg baik) so bukak peti ais.. banyak pulak roti2 gardenia ni, dari keras kejung roti tu tak de sapa yg layan, baik haku buat puding roti ...

bahan2:

  • 5 keping roti
  • 1 tin susu cair
  • kismis
  • sedikit esen vanilla
  • 2 biji telur ayam
  • 4 s/b gula
  • butter


cara dier simple,
1) sapukan butter pada roti2 tersebut depan belakang n belah 4 susun dalam loyang
2) satukan telur, gula, esen vanilla dalam mangkuk - kacau sebati kemudian tuangkan susu cair, kacau sekali lagi, pastu tuang campuran tadi atas roti yg disusun dlm loyang , pastu tabur kismis
3) panaskan pengukus
4) kukus 20 - 25 minit - siapp

so pas sejuk sket aku letak dlm fridge, sbb makan sejuk2 lagik heavenn...  (pd hal rasa biasa2 je pon, nak jugak tunjukk, tak mo kalah hahaha)

kbai



Sunday, April 14, 2013

Angin Syurga


Now, lepas dah lahir our 4th baby n abg asim dah pindah tempat keje, jadual dah rombak balik, dulu punya jadual dah tak bley pakai, now it's totally different..sebab abg masuk keje kol 8am-5pm dh skrg, in stead of kat Subang dier masuk keje kol 9am-6pm. So kene gerak awal semua orang sekali serentak. Barang2 anak, beg baju n pampers, beg2 sekolah,baju2 sekolah Kebangsaan Aleeya utk seminggu, beg pam susu, motor buaian, beg isi telekung n towel semua kene siapkan waktu malam n letak depan pintu umah (kalau x, konfem ada yg tertinggal nyer la.. kang meroyann) - berapa banyak beg daa.. 

Seawal 5.30 am (before subuh) - Dan.. berbunyik la alarm clock hset bang asim yg soo annoying for me.. pls change it abang!! kejut anak2,mandi n bersiap,. kemudian aku mandi, solat subuh n after that aku handle yg kecik2.. susukan , n abg asim prepare bfast utk aleeya n Ain, tukar diaper anak2 sambil aku men touch up muka sana sini,then loading barang dlm keta blablabla. So gerak beramei2 ke Ampang (anto anak2 kecik kt umah MIL n Aleeya Ain ke sekolah) lebih kurg kol 6.30am - 6.45am begitu la rutin kehidupan kami yg sgt 'menyeronokkan' dari Isnin till Jumaat -

So pagi ni dlm keta pasang radio channel ape ye? x ingat lak n terdengar lagu ni... Suka lagu ni,song by Misha Omar.. lagu baru kot?? eh? ntah ler.. tajuk dier angin syurga - (lagu ni best sebab komposer n penulis lirik bukan cencalang org rupanya..)

 Angin Syurga

Ku himpun waktu ucapan terindah
Terbenam sudah asmara
Mesranya siang dan malam
Selalu kau tiupkan angin syurga padaku
Ku himpun makna kata darimu
Harum yang mekar di kebun hati
Dan katamu sebuah kota bahagia dan berdiri


Sehingga hujung masa
Berbisik sendiri dan terbit suara kalbuku
Kasihku tuluskah cintamu
Sebuah jawapan ku damba dari bibirmu bibirmu

Chorus
Tidakkah kau tahu hidup punya waktu
Kasih tersia bukan itu ku mahu
Andai kau membisu tentu akhirnya
Perpisahan ini akan tetap terjadi


komposer dan penulis lirik lagu - Datuk M.Nasir dan Budi Hikayat

--- feeling2 ko, sambil mendukung bb Hariz yg x reti duk diam asek nak nangess je dalam kereta, haha..

Sampai pat keje skg awal... 7.25am gitu dah tercongok dah kat lab buat keje.. n siap kene tegur" eh awal kak tini wat keje?" tekejut ye? azam baru dek.. hihihi  xoxo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...