Thursday, March 21, 2013

Majlis Aqiqah, Cukur rambut dan Berendoi Muhammad Hariz Nazhan Bin Mohd Hashim

Majlis Aqiqah baby Hariz telah berlangsung pada 17 Mac 2013, bersamaan 5 Jamadil Awal 1434 H. Majlis berlangsung dengan meriah dan berjalan lancar, alhamdulillah. Persiapan sepenuhnya dibuat oleh aku ngan husband berdua. Kami sememangnya bercadang dari awal untuk membuat Majlis Aqiqah ini seawal mungkin; tyme aku masih dalam cuti bersalin - sebab kitorg takut akan kekangan masa if majlis ini ditangguh2 di bulan2 yang akan datang. Aku memilih tarikh ni sebab ramai yg free, sekolah x start cuti lagi (klu cuti sekolah bnyk jemputan kahwin lain), aku pun masih cuti bersalin... so perfect la tarikh tu.. aku bincang ngan abg asim, n dier setuju.. 


So entry ni nak kongsi persiapan2 yang kitorg buat sebagai kenangan dan panduan dimasa akan datang. Kitorang start plan 2 minggu sebelum majlis...

1) Tema
Aku memilih tema kaler Green Apple + Ocean Blue   untuk semua persiapan termasuk kanopi, goodie bag etc, nasib baik pinggan n gelas aku x minta kaler hijau biru, klu x haru... tapi kalau x samer ngn kaler tu pun, janji hijau muda n biru muda pon dah ok arr tu (abg asim dah pening) hihi aku mmg cerewet bab2 'ikut tema' ni .. sori bang!

2) Kambing
abg asim bertanggungjawab dalam mencari dan membeli kambing.. so dier mmg dah tau kat mana sebab tyme aqiqah baby Nadhirah pun dier ambik ngn orang yang sama.. so shud be no problem..so yang ni settle. abg asim beli kambing Aqiqah ni kat Hulu langat ni je.. dekat ngan umah n murah kot, so beli 2 ekor + sembelih n lapah ngan orang yang sama..




3) Jamuan makan
Kitorang berfikir2 sama ada nak masak atau guna khidmat katering,.. ada pro and cons, kalau katering memang la senang semua katering siapkan tapi sumtyme makanan dier x la ok sangat, terhad n satu lagi diorang amek RM11.50 per pax ni la yang paling murah aku tanya.. mak aii kalau jemputan 150 orang RM 1800 ++, agak jugak la tu.. n kalau masak yang penatnya kena g beli bahan mentah blablabla, tapi puas hati n mmg dah tau rasa camne kan n satu lagi kos x sampai RM600 so akhirnya kami memilih -> masak, ok settle!

Menu: Nasi Putih, Kari Kambing, Sup kambing, Daging Masak lemak cili api, Ayam Sambal, Sayur tumis kacang panjang + fish ball + udang, sambal belacan, kek, kek batik, tembikai, apam polka dot, bahulu


4) Door gift
aa..yang ni aku handle, aku beli glass jar kat Quality Pack , kedai kat area Puchong, pastu aku beli riben, beli kertas sticker kat MYDIN n lakar design pastu print kaler, tampal kat glass jar tu, senang. Buku Yasin beli kat jln TAR, kat deretan kedai buku mamak ,dapat RM1 /pcs. Bunga telur n Paper bag beli kat Sayang you (Semua House) murah2 n cantik2 belaka.. haha n last sekali order kuih bahulu (pack of 2) - kat kedai Bahulu Classic batu 18 Hulu Langat

Glass jar
yasin + sticker
paper bag untuk door gift
door gift dalam paper bag : bahulu + jelly in glass jar + yasin + bunga telur
door gift untuk kumpulan marhaban



door gift untuk tetamu
Kalau nak cari doorgift dengan design baru, comel unik dan murah2, boleh usha kat page ni https://reemdoorgift.com/ ada banyak item yang korang leh beli untuk doorgift korang, ada kotak songket, tasbih, alat tulis, set sudu garfu,  dan macam2 lagi.  Just klik link tadi n dapatkan harga pakej dan promo kat situ. Next majlis memang nak order dengan reem doorgift sebab harga sangat mampu milik n kuailti memang terbaik! so korang yg dh ada perancangan untuk buat majlis aqiqah ke, kenduri kahwin dsb.. jgn lupa k, order kt sini.. gerenti puas hati

5) Marhaban
My MIL urus yang ni... jemput kumpulan marhaban dari Ampang, ada dua group yang mak mertua kenal.. so memang senang.. thx ibu.. settle!
  
Kumpulan Marhabban 


Set renjis, semua aku prepare sendiri dari beras kuning, sampaila ke bunga rampai - bunga rampai tu aku letak minyak patchoully sket beli kat New maligga kedai kt Jln TAR, wangiiii and I like! terasa bau2 kenduri adeii verangan




luv this moment
6) Buaian berendoi
yang ni namanya GEDIK, nak jugak... padahal xde pun xpe, tapi nak merasa gak. (baby bukan nak sgt pon dok dlm buai ni adehh) so aku pun cari thru blog kt internet, so jumpa la buaian berendoi yang harga agak berpatutan.. but overall aku puas hati ngan servis adik ni , jauh datang.. dari Rawang.. aku pilih yang simple yang xde la sarat ngan backdrop.. n mesti kena ngan tema I la kann... hahahah, so settle!


ibu dan ayah


ibu n Hariz




7) Candy buffet
Aku mmg suka kan benda ni, ikutkan nak letak chocolate fountain, sebab aku ada mesin ni, tapi takut lak aku berantakan nanti so simpan je la.. so buat yang simple2 sudah... actually candy corner ni sangat menyerikan majlis bagi aku, so aku beli all candies kt kedai sebelah NSK wangsa Maju ape nama ek?? tapi mmg syurga candy la kat situ.. Aleeya n Ain mcm nak giler tengok gegula yang meriah n murah... so aku beli Marshmallow, lollipops, jelly bean, jelly, mini drops, wheel snacks, peanut candies and love letters.. mmg best!, apam polka dots plak aku order kat kawan yang duk kat Hulu Langat ni..selalu gak klu ada majlis bday ke ape ke aku order kat adik ni.. apam polka dot also blue n green kaler.. sabo je le, so utk budak2 xde goodie bag, sebab candy buffet ni rasanya da cukup ..haa auntie beli sebeban gegula untuk kamu wahai budak2.. klu x pengsan makan gula2 auntie tak taw la hahah..

tray hitam tu standby nak letak apam polka dot (biru hijau) + biskut batik
blue - green lantern - beli kat kedai the basket shop ke ape nama kat Jalan Panggung KL, murah2 je n I also luv those lanterns...  

Aleeya enjoy it
candies
jelly bean



8) Pinggan dan gelas, tray untuk serving dish etc..
Pinggan n gelas aku sewa kat Kajang.. dier datang hantar kat umah and lepas majlis dier datang collect..bagus.. aku kalau boleh nak reduce penggunaan pinggan polisterine.. bnyk la nak buang sampah kalau guna polisterine.. lagipun x elok untuk alam sekitar (dah macam pengerusi Kelab Pencinta Alam plak dah). Serving tray aku pinjam MIL punya.. and the rest guna la apa2 yang aku ada... kendi basuh tangan, tong air, tong nasik, tong untuk sup, periuk belanga, sudip, sudu,  semua available kat kitchen haku tuhhaa waalaupunn...

9) PA system
lagu2 semua ada dalam abg asim's lappy.. lagu nasyid la kan... takkan nak pasang lagu Awie n Anuar Zain kots.. hehe and PA system adik ipar memang buat bisnes ni so dier sponsor, alahai terima kasih bnyk2 ye.. :)  (so sesiapa yang nak sewa PA system leh contact me , sound system tip top)... settle!




10) Canopy + meja n kerusi
Yang ni minta jasa baik MIL jugak.. dier selalu deal ngn satu katering ni kat Kampung Pandan, so dapat la canopy ngan tema yang I nak tu khennn (Arabian canopy with scallop blue n green + meja + kerusi sarung n riben, kipas n lampu =RM300) which is takkan dapat d mana2 harga ni... actually kitorg order biasa nyer canopy je, ntah camne bleh tersilap bagi.. rezeki.. untunglaa, so yg ni settle!

luv it..
blue - green theme
Add caption


11) Jemputan
macam biasa jemput jiran2, keluarga n kawan2... aku ngan poyo nye buat invitation card.. saja, buat meriah.. Jiran2 n orang surau abang asim yang jemput...:)

pun ikut tema ... x nak kalah hahah




12) Cukur Rambut
Cukur oleh ayah..... alhamdulillah
actually dalam Islam sangat menggalakkan amalan mencukur rambut bayi ni, lebih afdhal dilakukan pada hari ke -7 kelahiran bayi, kemudian ditimbang dengan nilai emas/perak lalu sedekah nilaian tersebut kepada yang berhak seperti fakir miskin dsb. Antara kebaikan dan hikmat amalan sunnah Rasulullah SAW ni adalah hikmat kesihatan iaitu dengan membuang rambut ini, dapat membuka rongga2 rambut seterusnya akan mengukuhkan panca indera pengelihatan, pernafasan dan pendengaran si kecil. wallahualam...

sebelum dicukur
selepas dicukur



 Sekitar Majlis

Acara sepatutnya start kol 10.30am, tapi kumpulan marhaban terlewat sampai sebab jalan Ampang - Hulu Langat ditutup (apsal ntah), so majlis berzanji, marhaban & berendoi terpaksa start kol 11.15am dan berlangsung sehingga pukul 12.30 tghari. Selepas tu bacaan yasin dan tahlil arwah (untuk arwah ayah mertua, ayah ngan atuk aku). Setelah selesai semua, jemputan pun dah ramai untuk jamuan makan tengahari. Majlis berakhir pada pukul 6.30pm..



Bacaan tahlil arwah dan yasin
















Alhamdulillah, terima kasih kepada keluarga yang banyak membantu tyme majlis berlangsung,.. Terima kasih juga buat jiran2 dan kawan2 yang sudi hadir ke majlis ini, Semoga ibadah ini diberkati oleh Allah SWT.. Ibu dan ayah sentiasa mendoakan kesejahteraan baby Muhammad Hariz Nazhan, semoga membesar menjadi anak yang soleh, diberi kesihatan yang baik, diberkati kehidupan di dunia dan akhirat serta beroleh rahmat olehNya insha Allah, amin ya rabbal al amin.

20 comments:

halim mubaroq said...

anaknya mirip banget kaya anaku beneran deh

halim mubaroq said...

anaknya mirip bgt kayaanaku

halim mubaroq said...

anknya mirip bgt kaya anaku foto terahirnya

IsZulShah said...

Canopy tu RM300 complete semua ke? Murahnya...blh bg address/no phone tak? Nak buat majlis aqiqah jgk minggu depan ni...

hartneesatim said...

actually katering tu salah bagi.. harga sebenar x macam tu..:) ,

salfarina said...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Tumpang tanya, kambing utk aqiqah ni u beli kat hulu langat kat mana ye. Ada contact no tak. Klu ada boleh bagi i tak. Tq

hartneesatim said...

salam salfarina, no. contact 013-6285518 / 012-6710746, Haji Ahmad kalau x silap :)

isma said...

nak contact buaian berendoi plis :)

kd said...

sis berape ye harga paper bag biru tu?

hartneesatim said...

Saya beli kat semua House KL (Jln TAR) , satu pek ada 10 keping dalam RM2, tapi harga skg mungkin dan beza

hartneesatim said...

Saya beli kat semua House KL (Jln TAR) , satu pek ada 10 keping dalam RM2, tapi harga skg mungkin dah beza

Unknown said...

Salam..boleh tak sy dpt kan kumpulan marhaban dari ampang tu...t.ksh..

hartneesatim said...

salam, boleh contact no. Kak Peah 0163173862

Nazira Nordin said...

Salam, paper bag biru tu rm2 sekeping ke 1 pek? Kedai semua house dekt bawah sekali tu ke?

hartneesatim said...

rm2 1 PEK, = 10 keping kat sayang you semua house tingkat atas

Dyedo Iqmal Jihaan said...

Salam sis...PA system tu abg sis buat bisnes tu lagi x? if ada, bley share contact no dia?

Unknown said...

salam sis..berapa sewa pa system

Unknown said...

salam sis..berapa sewa pa system

Unknown said...

salamsis.pa system sewa berapa

Reem Doorgift said...

Semoga dimurahkan rezeki selalu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...